"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan ar-Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]
Semalam aku terbaca blog APG.
post dia tentang ini. Ada aku share kan di FB. aku rasa ada logik apa yang ditulis oleh incek gabana. aku rasa macam dekat je dengan apa yang dia tulis tu. tapi aku tak berani komen banyak. aku tak travel mungkin lebih kepada aku tak cukup duit :P
tapi bila dia cakap tugas dakwah tu, aku rasa cam bersalah jugak. dia tulis macam tu sebab dia tak pergi dek kerna beban dakwah ni tak memberi masa untuk dia buat semua tu. i think utk beliau adalah betul. tapi untuk aku? adeh malu rasa sebab macam partially isn't the reason.
camner ni, mengaku membawa Islam. mengaku bz sebab dakwah, tapi..
zzzz..
mohon muhasabah.
by the way.. sebenarnya isn't that bad pun kalau ada duit lebih untuk kita pergi travel. mungkin korang boleh follow idea kakak ni. Pergi Jepun bermisikan tabligh. gila kentang setiap tempat dia singgah di Jepun dengan niat untuk menyampaikan dakwah. barulah rasa macam pergi tu ada misi, bukan sekadar syok2 semata. kan kan.. T.T nangis rasa nak compare ngan diri sendiri.
setelah lama bersama jemaah ni, aku belajar term "whats next.." so untuk setiap sesuatu tu, biasakan tanya diri, then whats next. whats next yang kita mahukan kat sini adalah kontribusi kita kepada ummah.
ok kita gi keluar negara and done something for ourselves, tengok keindahan alam ciptaan tuhan, subhanallah! manjakan diri.. then, what next?
kita kerja giler giler, sabtu ahad pun datang opis, jadi pekerja contoh, then what next?
hujung minggu kita dihabiskan dengan marathon movie, drama, etc. then what next?
premis pertama adalah effort, premis kedua adalah tindakan kita. tiada penetapan mengatakan setiap premis pertama yang disenaraikan adalah salah, tetapi premis kedualah yang menentukan nilai tambah seterusnya.
bagi aku, ini adalah sebuah muhabasah.. untuk membetulkan semula kompas hidup aku yang dah makin tak ketahuan arahnya.
bagi kamu, aku harap ini mampu menjadi satu nilai baru untuk kita menjalani hidup.
WhaTs NExt?!
2 comments:
Salam,
Terima kasih atas perkongsian saudari. Untuk makluman saudari, saya adalah peminat tegar dalam diam blog ini. Saya membaca setiap entry yang saudari tulis. Penulisan yang ringkas, tetapi padat dan bermakna. Tahniah saya ucapkan.
Saya terpanggil untuk menitik kata di sini kerana sungguh berminat dengan entry saudari kali ini.
saya tidak kaya apatah lagi berharta. hutang pun bertingkat-tingkat. dahulu kala, saya menganggap pergi travel atau istilah asal dari zaman nabi iaitu bermusafir adalah satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh orang yang kaya yang tidak tahu nak kemanakan lagi harta-hartanya. Ya, dahulu saya beranggapan aktiviti ini khas untuk mereka. tidak ada peluang untuk orang yang bertaraf miskin atau hampir ke jatuh taraf miskin tegar (mengikut indikator terkini) untuk melakukannya. Namun, persepsi saya kini sedikit sebanyak berubah. berpeluang melihat negara orang lain, membuat saya lebih banyak berfikir. membuatkan saya melihat dari pandangan yang berbeza. bercakap dan bertindak dari sisi yang berlainan. seperti keluar dari kepompong dan tempurung yang membelenggu diri. Pertanyaan 'kenapa' dan 'bagaimana' sering bermain di minda. basically, persoalan seperti 'kenapa kat sini ada, negara kita tak ada' selalu menjadi persoalan utama. salahkan kita membuat perbandingan jika itu adalah cara untuk menuju ke arah yang lebih baik. pendek kata, apabila melihat negara orang, saya mempunyai keazaman supaya satu hari negara saya yang sangat saya cintai ini akan mempunyai teknologi, keindahan, infrastruktur yang sama atau jauh lebih hebat untuk kesenangan rakyat negara ini. mungkin saya tidak mampu mengubah dunia, tapi saya mampu mengubah diri sendiri. yang paling ketara, selepas pulang dari negara matahari terbit, saya yang dulu kurang suka beratur dan suka memotong barisan, tidak kiralah ketika memandu atau beratur di mana-mana kaunter atau untuk naik escalator sekali pun (yup, that's the old me!) kini, Alhamdulillah telah berubah sedikit demi sedikit kerana kagum dan malu melihat penduduk di sana mampu mengamalkannya walaupun mereka bukan beragama islam. sedangkan, bukankah islam telah lama mengajar perkara-perkara ini? itu belum lagi bab menjaga kebersihan. mungkin, apabila melihat dengan mata sendiri membuatkan saya 'tersedar' bahawa perkara-perkara ini benar. Adakah ini tidak dianggap satu dakwah? bukankah islam dan sains tidak pernah berpisah? Mungkin ini persepsi saya apabila saudari mengajukan soalan 'what next?' bukankah dakwah adalah luas pengertiannya. bagi saya tidak salah bermusafir. dan juga tidak salah juga jika tidak bermusafir. sebab semuanya berbalik pada niat kan. terima kasih saudari. teruskan dakwahmu.
subhanallah!!..
tahniah cik anon T.T.. kerana membuktikan what next.. apa yg terubah dalam diri cik anon tu adalah what next.. sehingga mampu merubah daya fikir cik anon.. cara fikir berubah, cara hidup juga berubah. dan ia juga dakwah terbesar.. bil hal.. :)
cabang dakwah ini besar insyaAllah, mari sama sama saling membahu dan melengkapi dalam meneruskan nya.
hwaiting!!
Post a Comment