^_______^ hi awak semua. suke tak kiter dah muncul? bahaha.
ok,
berbalik tajuk. Akhirnya, cerita kereta aku bersambung. Hari ni bawa pi perodua center, macam biasa lah servis 60k. pada asalnya basic servis ja, RM190 ++ la bayaran .. pastu alang-alang aku suh la dia tukar skali aku punya lampu brek ketiga (dah berbulan lampu ni rosak) pastu betul kan bumper depan aku yang dah terodok lepas langgar lubang besar punya ketika sedang laju (ada la kurang sebulan kesana kesini dengan gaya tak bape nak ensem) dan minta basuh terus - basuh kat pusat servis adalah free, mohon jangan lepaskan peluang :P. lepas sejam aku tinggalkan kat pusat sebis, En Haniff call. Katanya gas aircond aku dah berkurangan.. so nak refill kan sekali tak. Disebabkan aku memahami diri sendiri yang tak rajin nak survey dikedai lain, maka aku iya kan sajalah saranan beliau.
Total lost servis 60k: RM319.45
dalam resit nampak pulak beberapa remark:
- support absorber not good (ohoi! macam minta wang ni)
- brake pad 40% (apakah maksud agak2?)
- recommanded to change antena (kantoi aku beli yang palsu, dan letak cincai kira saja)
Ok itu tentang major sevis, tentang insurans & road tax pulak. Hari isnin awal minggu ni, aku dapat call dari sorang amoi ni.. dia ni kawan kepada ejen yang jual kereta ngan aku nih. Dia call tanya gitu gini, pastu aku iya kan lah, setuju nak buat dengan dia. Tahun-tahun sebelum ni pun memang renew ngan dia jugak. Aku cakap kat dia bagi la no akaun aku nak bank in kan, lepas tu dia senyap jer tak respon pape. Dari sehari ke sehari lupa jer aku nak contact dia balik. Cemas sikitlah sebab roadtax aku mati 29.11. huu~
tak alih-alih pagi ni dia contact cakap dah setel. Alhamdulillah.
Road Tax & Insurans: RM860.00
Menjadikan list dari senarai lepas seperti berikut,
- repaint bumper (?? :P )
- antena (new list)
- brake pad (new list)
- absorber (new list)
Ok sekian lah cerita tentang si Vijay. ehemm. Kulit bumper dia yang menggelupas.. rasa macam memanggil jer nak re-paint.. Ingat nak wax and polish. Tapi dek kupasan kupasan tu, asyik terbantut jer nak hantor grooming.
Till then,
assalammualaikum.