Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 November 2014

kereta.

disebabkan fan hampir merusuh sebab merentas horizon lama tak update (puuuuiii) maka, aku muncul lah dihari Sabtu nan mendung nih.

^_______^ hi awak semua. suke tak kiter dah muncul? bahaha.

ok,

berbalik tajuk. Akhirnya, cerita kereta aku bersambung. Hari ni bawa pi perodua center, macam biasa lah servis 60k. pada asalnya basic servis ja, RM190 ++ la bayaran .. pastu alang-alang aku suh la dia tukar skali aku punya lampu brek ketiga (dah berbulan lampu ni rosak) pastu betul kan bumper depan aku yang dah terodok lepas langgar lubang besar punya ketika sedang laju (ada la kurang sebulan kesana kesini dengan gaya tak bape nak ensem) dan minta basuh terus - basuh kat pusat servis adalah free, mohon jangan lepaskan peluang :P. lepas sejam aku tinggalkan kat pusat sebis, En Haniff call. Katanya gas aircond aku dah berkurangan.. so nak refill kan sekali tak. Disebabkan aku memahami diri sendiri yang tak rajin nak survey dikedai lain, maka aku iya kan sajalah saranan beliau.

Total lost servis 60k: RM319.45

dalam resit nampak pulak beberapa remark:
- support absorber not good (ohoi! macam minta wang ni)
- brake pad 40% (apakah maksud agak2?)
- recommanded to change antena (kantoi aku beli yang palsu, dan letak cincai kira saja)

Ok itu tentang major sevis, tentang insurans & road tax pulak. Hari isnin awal minggu ni, aku dapat call dari sorang amoi ni.. dia ni kawan kepada ejen yang jual kereta ngan aku nih. Dia call tanya gitu gini, pastu aku iya kan lah, setuju nak buat dengan dia. Tahun-tahun sebelum ni pun memang renew ngan dia jugak. Aku cakap kat dia bagi la no akaun aku nak bank in kan, lepas tu dia senyap jer tak respon pape. Dari sehari ke sehari lupa jer aku nak contact dia balik. Cemas sikitlah sebab roadtax aku mati 29.11. huu~

tak alih-alih pagi ni dia contact cakap dah setel. Alhamdulillah.

Road Tax & Insurans: RM860.00

Menjadikan list dari senarai lepas seperti berikut,

- major servis (Nov 2014)
- insurans & roadtax (Nov 2014)
- lampu brek
- bumper depan
- repaint bumper (?? :P )
- antena (new list)
- brake pad (new list)
- absorber (new list)

Ok sekian lah cerita tentang si Vijay. ehemm. Kulit bumper dia yang menggelupas.. rasa macam memanggil jer nak re-paint.. Ingat nak wax and polish. Tapi dek kupasan kupasan tu, asyik terbantut jer nak hantor grooming. 

Till then,
assalammualaikum.

18 November 2014

pause.


UNDER
CONSTRUCTION

.|| pause ||.

p/s: akhir-akhir ni keserabutan meningkek-ningkek.
so, aku akan pause kan blog ni sementara.
sehingga hati kembali pulih.

17 November 2014

Siapa wardah?

Semalam, Nana membangkitkan tentang seorang budak masa kitorang form 1. Budak ni dikatakan setiap masa menangis. (Normal lah tu untuk form one nangiskan. Biasa la first time berjauhan ngan family) Tapi yang rare, gugurl ni tetiap masa nangis, kenalkan diri nangis, waktu biasa nangis, sehinggakan ada satu masa ni, Nana hulur biskut, pun dia nangis!

Memang rare kes macam ni sebenarnya.

Menurut nana lagi, dia tak ingat nama budak tu, tapi bunyi bunyi macam wardah. Tapi sayang wardah tak stay lama, adalah dalam 3 minggu bertahan. Pastu quit.

Bila mula-mula nana mention tentang wardah, aku rasa macam pernah kenal, macam ingat. Tapi semakin lama semakin kelabu ingatan tersebut. (haih, byk makan semut nih)

Crucial betul isu macam ni, nak push otak untuk ingat perkara yang 14 tahun lepas. Dengan data yang limited. Nama taktau, dan hanya di sekolah dalam tempoh 3 minggu.

Boleh migrain gak rasanya.

Siapa wardah weyh?

p/s: So nampak tak peri pentingnya dokumentasi? Ok Sarah, berapa dah laporan tertunggak dalam tangan? ktengsbai.

12 November 2014

Pencarian Terakhir

Genre yang aku suka dalam pembacaan atau movie adalah seram/thriller/action. (cerita romantik cintan cintun - bergantung mood) Kalau pembacaan pula, aku suka genre jenayah. kenapa aku suka? kurang pasti.

Lepas join group outdoor akhir2 ni.. secara tak langsung aku dah layan sekali genre2 seram/mistik pergunungan. walaupun aku takde la minat sangat dengan aktiviti ni. tapi membaca cerita2 ni, memang rajin gak la. aku rasa boleh salahkan nizam dalam kes ni, sebab minat aku yang ni terjadi lepas dengar dia cerita tentang kehilangan humaira di gunung tahan. 19 hari, menangis T.T

So, entah macam mana, aku terjumpa movie ni (seperti tajuk) .. dalam semua pelakon dia aku biasa nampak Lukman Sardi tu je lah. banyak movie dia belakon. Jalan cerita dia common kes kalau di gunung. Sebab sebelum ni aku duk layan baca-baca je kan. Bila duk masuk dalam movie ni.. lain sikit lah feel dia. 

Kalau takde kerja sangat, boleh lah nak layan sama.. nah..


Boleh lah korang ambil iktibar dari kisah. Sekian.

11 November 2014

what next?

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan ar-Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]

Semalam aku terbaca blog APG. 

post dia tentang ini. Ada aku share kan di FB. aku rasa ada logik apa yang ditulis oleh incek gabana. aku rasa macam dekat je dengan apa yang dia tulis tu. tapi aku tak berani komen banyak. aku tak travel mungkin lebih kepada aku tak cukup duit :P

tapi bila dia cakap tugas dakwah tu, aku rasa cam bersalah jugak. dia tulis macam tu sebab dia tak pergi dek kerna beban dakwah ni tak memberi masa untuk dia buat semua tu. i think utk beliau adalah betul. tapi untuk aku? adeh malu rasa sebab macam partially isn't the reason.

camner ni, mengaku membawa Islam. mengaku bz sebab dakwah, tapi..

zzzz..

mohon muhasabah.

by the way.. sebenarnya isn't that bad pun kalau ada duit lebih untuk kita pergi travel. mungkin korang boleh follow idea kakak ni. Pergi Jepun bermisikan tabligh. gila kentang setiap tempat dia singgah di Jepun dengan niat untuk menyampaikan dakwah. barulah rasa macam pergi tu ada misi, bukan sekadar syok2 semata. kan kan.. T.T nangis rasa nak compare ngan diri sendiri.

setelah lama bersama jemaah ni, aku belajar term "whats next.." so untuk setiap sesuatu tu, biasakan tanya diri, then whats next. whats next yang kita mahukan kat sini adalah kontribusi kita kepada ummah.

ok kita gi keluar negara and done something for ourselves, tengok keindahan alam ciptaan tuhan, subhanallah! manjakan diri.. then, what next?

kita kerja giler giler, sabtu ahad pun datang opis, jadi pekerja contoh, then what next?

hujung minggu kita dihabiskan dengan marathon movie, drama, etc. then what next?

premis pertama adalah effort, premis kedua adalah tindakan kita. tiada penetapan mengatakan setiap premis pertama yang disenaraikan adalah salah, tetapi premis kedualah yang menentukan nilai tambah seterusnya.

bagi aku, ini adalah sebuah muhabasah.. untuk membetulkan semula kompas hidup aku yang dah makin tak ketahuan arahnya.

bagi kamu, aku harap ini mampu menjadi satu nilai baru untuk kita menjalani hidup.

WhaTs NExt?!