Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 February 2015

favorite baby boy

minggu lepas gi jumpa usna kat Sg Besar. Sekali la dengan makcik chom dan nukman bashir. hehe. dan ofcourse he is that favorite baby boy.. nah gambaq sepamm..

di paksa selfie

selfie berdua baru gumbira. ye daak?

sangat gadget-lover no wonder kecik lagi da pakai spek

sempena birthday ke-6 
(sama tarikh ngan samiha)

nukman ni.. memaknakan umur perjalanan usrah aku di daerah Petaling Jaya. Kira masa aku start usrah belia, nukman ni masih dalam buaian. Kadang mak dia pi dapur, aku lah tolong enjutkan buai. Tapi nukman best, murah senyum dan tak banyak ragam. hehehe.

(Gambo nukman 5 years back)

Tengok nukman selalu terbayang. lama dah aku dalam gerabak ni. tapi .. hmmm

refleksi beb refleksi.

semoga nikmat nafas terus menjadi ruang untuk membaik.

p/s: lamanya dah aku kat PJ, perlukan perubahan barangkali kan?
p/ss: oh i owe u sambungan cerita mistik kan? harap aku rajin nak updet. lemauu dah citer nya.

19 February 2015

Mistik (pre)

Kisah mistik atau luar alam ni, sebenarnya adalah kisah yang aku selalu follow sedari kecil lagi. Macam fun dan enjoy je dengar citer seram. :D Lepas tu, end up aku pulak takut sendiri kan. Selama sekolah dulu biasa jer la dengar cerita pasal hantu ni.. opkos la, kat boarding school kan.

Bila aku start kerja, cerita hantu ni dah tak sama macam cerita hantu zaman sekolah. Bila dah zaman ni, kisah dia lebih kepada ilmu hitam. ahha~

first time aku ada dengar cerita macam ni adalah masa abang long sakit dulu. Mak ude ada bawa pergi berubat kampung. So, dari situ sikit-sikit aku dengar lah juga pasal jenis-jenis perubatan tradisional yang tak pernah aku dengar sebelum ni.

cerita orang yang mengubat ni.. banyak juga yang aneh2 .. kadang memang 100% aku musykil pun ada. biasala, kita yang tak sakit ni kan.. otak waras gitu, haruslah cari perkaitan logik dia kan. ;P

Lepas tu, kat opis plak.. aku layan cerita amir. amir ni x-superior aku la masa aku first company dulu. Dia selalu cerita pasal bini dia yang 'kena' something. Sebabkan isteri dia pun pernah satu opis ngan kitorang jadi aku kenal gak lah. memang masa dia cerita timing isteri dia kena tu, memang isteri dia pelik sikit lah.

tapi dari cerita perubatan amir ni lah, aku unlock lebih lagi tentang ilmu perubatan tradisional nih. Amir cakap, bila pergi berubat ni.. kadang-kadang ada jenis dia nak keluar kan jin dalam badan kita, dia hantar jin dia .. so both jin akan berlawan sehinggalah jin yg menghuni tu keluar .. tapi macam tak best nya, still ada lah plak jin bomoh tu dalam badan kita. Jadi ada macam2 lah jenis perubatan yang dia da try dan dia nasihatkan lah kalau memang nak berubat cari alternatif ni, kena cari yang betul betul .. kang silap perhitungan akidah kita plak yang rosak. Ada plak nak keluarkan jin, mintak tolong jin lain? ish ish.

sehinggalah, akhirnya cerita benda menyangkut ni akhirnya kena dekat kenalan rapat aku dan dia sendiri cerita pengalaman dia pergi berubat tradisional nih.. aha.

ok, next episod aku cerita pasal kawan aku ni.

btw, happy CNY dan selamat bercuti semua :)

18 February 2015

best friend birthday

Aku tak pernah ada orang yang aku claimed as my best friend.

tapi as long aku hangout dgn dia aku rasa best, kira best friend lah tu kan? hehe.

ok harini merupakan ulang tahun ke-28 my close friend.

Aku kenal dia, masa tu umur aku 19 tahun. Aku tak leh ingat lak macam mana first meet. tapi yang confirm. aku satu usrah ngan dia. Dia kolej 3, orang kuat. Masa tu aku kolej 9. rajin juga la pi program kolej. tapi tak berapa nak kuat, join takat suka suka ja. tak sempat nak bina repo pun. :P

Oh berbalik kepada close friend of mine ni. So, sejak kenal tu sampai lah sekarang satu usrah. pergh how sweet, nampak tak? 2006 - 2015 berapa tahun tu? hehe.

Tahun dua kak naqibah nak matchkan dia dengan this akhi from UiTM Shah Alam (perhaps im the first usrah mate yang knew bout this) Dia cerita kat aku lepas di panggil oleh naqibah time tu. Aku tersangatlah childish lagi masa tu yang mana tak pernah fikir pun langsung pasal nak kahwin. Lambat matang aku ni :P Time tu dia da start istikharah.

Masa final year, bakal husband dia graduate. Aku lah macam biasa partner in crime dia temankan pi konvokesyen tersebut. (asyik jadi side kick je, bila la turn aku lak kan nak jadi heroin. huahua)

hujung tahun 2009, kami konvo. sama k! ye la.. dah ar sama usrah, sama course lak tu. Haruslah konvo time pun sama. Tapi hari konvo aku tak jumpa dia plak. haha! Oh ya masa ni je la aku tak usrah dengan dia, sebab aku p prektikal kat ampang, usrah ngan makcik2 ampang :P Bila first job, tempat kerja kami pun sama :). Hujung tahun tu, dia bertunang. dengan orang yang sama kak Naqibah kenalkan.

2010 somewhere in Jun dia menikah. dan sebulan lepastu pregnant! Bunting pelamin orang cakap..

2011, she got her first child. Tahniah! tapi lepas tu, ofis kitorang problem.. masa tu lah fasa perpisahan, aku kerja dengan company sekarang.. dan dia menganggur. Dekat setahun gak aku rasa..

sekarang?
Dia da jadi cikgu, dan sekarang da ada dua anak :) yang super comel !! Raya lepas dia datang rumah aku.. setelah asyik asyik aku je datang rumah dia kan :P


SELAMAT HARI LAHIR KE-28 SAMIHAH!!

Semoga terus di beri kesihatan dalam membesarkan anak-anak mujahid/ah.
Semoga terus di beri kekuatan & keikhlasan untuk tsabat di jalan dakwah yang makin mencabar ni.

Teruslah memberi sokongan bila aku terjatuh. Dan memaksa aku bangkit berlari kembali.

Doakan aku juga semoga dapat merasai kemanisan hidup di tangga kehidupan yang seterusnya. :)
Doakan kita bertemu lagi di Syurga-Nya

Ukhwah fillah abadan abada.

17 February 2015

Doa. Imam.


ingat aku je selalu ada masalah ni, masalah universal rupanya !==