Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 March 2015

Lost (sepatutnya)

Tidak salah untuk lost, yang penting berusaha untuk mencari jalan yang betul itu semula.
Lebih untung, kita menemui jalan yang baru (gain a new lesson)

if u lost, take a good time to recap and just make it right once again.

do it, each and every time.

Manusia kan, begitulah. ada turun dan naiknya.. kan~

Post Muharikah tentang ini, betul-betul memberi satu tamparan kepada aku sebab last week aku baru je tulis tentang lost.

terima kasih Allah untuk semua up and down.


27 February 2015

killing me. softly

ahaha~

ok today on the dot dapat makluman kena stay Puchong balik. oh, alangkah sadisnya perasaan dijiwa ku yang kecil ini. Sebenarnya nothing much pun left kat main office, most yang disayangi telah tiada. (baca: rakan sebatch dah tukar kerja).

Tapi, the main reason aku suka Main office adalah??? sebab dia kat PJ. and u know how i love PJ kan? ha ha. Mana nak sama Puchong ngan PJ kan kan.

walaupun aku seorang yang kurang berperasa, tapi ada juga lah rasa rasa kan. Antara annoyed point bila transfer back to Puchong;
- kena lalu tol ($$)
- jauh, minyak ($$)
- orang dia tak ramai, so aku mengantuk (meskipun kat main, orang ramai pun aku ngantuk)

tapi kelebihan dia
- jarang kena saman
- tak begitu stress (aku rasa kat main pun aku tak la stress sangat)
- banyak tempat makan yang aku suka ($$)

Kalau nak ikut jammed, both PJ ngan Puchong sama je, jalan aku gi kerja melawan arus. Timing dia pun 20 - 30 minit je both office pun.

ah cakap panjang pun tak guna,

ok la.. bye PJS. c u later.
u know how i love u aite? and..
gonna miss u soon.. daa~

26 February 2015

saman saman saman.

24.2 dapat satu surat cinta dari brader MBPJ. baru je pagi ni dengan bangga nya bagitau semua orang dah bayar saman dengan discount 70%.

ehem.

turun bawah lagi nak bayar parking jap tadi ni kena lagi.

grrr...

marilah mengisytiharkan Febuari sebagai bulan saman untuk Vijay.

arghHHHHHhhhh..

sekian, kbai.

24 February 2015

Mistik. the story. 01

Ok punyalah malas nak update kan. tapi, janji tetap janji. aite? Nak jadikan cerita tetiba ada kawan sekolah duk cerita pasal kes yang hampir serupa jadi kat sepupu abang ipar dia. Sakit nampak terminal, tapi bila cek doktor, everything is just fine.

Hurm.
#throwback.
"Kak Sarah, maafkan saya halalkan makan minum.. kalau ada salah silap saya kat akak saya minta maaf. saya sakit sekarang, rasa macam tak lama dah ni.." - S
Mesej seperti diatas memang menyentapkan hujung minggu aku. Macam jantung berhenti berdegup kejap. Apahal plak dah ni. Aku kira agak lama gak la tak contact dia, ada dalam beberapa bulan kut.
"Saya tak boleh angkat kaki dah sekarang, berat sangat. Sebelum ni, keep on batuk, muntah dan demam. Bila buat medical check up. Tak da masalah pape pun" - S
Aku kelam kabut gak lah. Memang rasa nak pergi terus je petang tu gak melawat. Macam terminal je bunyi dia wassap tu. Tapi petang tu aku ada halaqah, jadi memang tak sempat kalau nak pergi balik. Ada dalam 2 jam kut nak sampai tempat dia. Maka aku sabarkan saja.

Aku ingat nak pergi esoknya, lepas kerja. Kira dalam jam 6 habis kerja terus shoot ke rumah dia dengan sorang lagi bestfren dia. Sebenarnya akan kemalaman juga, tapi.. takut gak nak tangguh lama. Kalau pape jadi, macam sesal separuh nyawa kut.

Isnin tu, bestfren dia wassap2 aku updet keadaan S. S pesan tak payah datang lagi, sebab dia tak sihat sangat lagi.

Khamis bestfren dia akan pulang ke kampung, jadi mana yang sempat aku kirim je dulu. Niat di hati nak datang Ahad (Sabtu tak dapat sebab aku berlibur *ehem* di Gopeng) tapi pun macam tak sempat. So, aku lajak lagi hajat murni ke Rabu lepas, bersamaan aku kerja halfday sempena nak CNY.

Sebabkan aku tak dapat nak laju-laju datang melawat S, aku hanya mampu keep on doa je la supaya Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada S. Ye la benda-benda gini, Allah juga lah yang izinkan terjadi, maka Dia juga yang akan izinkan perkara itu berakhir. kan kan? So, the ultimate weapon dan shortcut kita should be Allah juga!

Beberapa bulan sebelum tu aku baru dengar Ustaz Syarhan bagi slot kat Bernama Radio, tentang macam mana iblis pergi menduga keimanan Nabi Ayub. Dan, Nabi Ayub terima ujian tersebut pun setelah Allah membenarkan Iblis menduga Nabi Ayub as.

S seorang budak yg baik, dan aku berhutang banyak dengan dia. Semoga Allah terus mengasihi S dan memberi yang terbaik untuk S. Ini bahagian S, kafarah barangkali. ujian itu baik sakit mahupun kesenangan.. semua tu kan untuk unlock next level of our iman. kan?

eh eh.

bersambung..
(aku dah hampir hilang idea nak tulis citer ni. hohoho)

23 February 2015

favorite baby boy

minggu lepas gi jumpa usna kat Sg Besar. Sekali la dengan makcik chom dan nukman bashir. hehe. dan ofcourse he is that favorite baby boy.. nah gambaq sepamm..

di paksa selfie

selfie berdua baru gumbira. ye daak?

sangat gadget-lover no wonder kecik lagi da pakai spek

sempena birthday ke-6 
(sama tarikh ngan samiha)

nukman ni.. memaknakan umur perjalanan usrah aku di daerah Petaling Jaya. Kira masa aku start usrah belia, nukman ni masih dalam buaian. Kadang mak dia pi dapur, aku lah tolong enjutkan buai. Tapi nukman best, murah senyum dan tak banyak ragam. hehehe.

(Gambo nukman 5 years back)

Tengok nukman selalu terbayang. lama dah aku dalam gerabak ni. tapi .. hmmm

refleksi beb refleksi.

semoga nikmat nafas terus menjadi ruang untuk membaik.

p/s: lamanya dah aku kat PJ, perlukan perubahan barangkali kan?
p/ss: oh i owe u sambungan cerita mistik kan? harap aku rajin nak updet. lemauu dah citer nya.