Hurm.
#throwback.
"Kak Sarah, maafkan saya halalkan makan minum.. kalau ada salah silap saya kat akak saya minta maaf. saya sakit sekarang, rasa macam tak lama dah ni.." - SMesej seperti diatas memang menyentapkan hujung minggu aku. Macam jantung berhenti berdegup kejap. Apahal plak dah ni. Aku kira agak lama gak la tak contact dia, ada dalam beberapa bulan kut.
"Saya tak boleh angkat kaki dah sekarang, berat sangat. Sebelum ni, keep on batuk, muntah dan demam. Bila buat medical check up. Tak da masalah pape pun" - SAku kelam kabut gak lah. Memang rasa nak pergi terus je petang tu gak melawat. Macam terminal je bunyi dia wassap tu. Tapi petang tu aku ada halaqah, jadi memang tak sempat kalau nak pergi balik. Ada dalam 2 jam kut nak sampai tempat dia. Maka aku sabarkan saja.
Aku ingat nak pergi esoknya, lepas kerja. Kira dalam jam 6 habis kerja terus shoot ke rumah dia dengan sorang lagi bestfren dia. Sebenarnya akan kemalaman juga, tapi.. takut gak nak tangguh lama. Kalau pape jadi, macam sesal separuh nyawa kut.
Isnin tu, bestfren dia wassap2 aku updet keadaan S. S pesan tak payah datang lagi, sebab dia tak sihat sangat lagi.
Khamis bestfren dia akan pulang ke kampung, jadi mana yang sempat aku kirim je dulu. Niat di hati nak datang Ahad (Sabtu tak dapat sebab aku berlibur *ehem* di Gopeng) tapi pun macam tak sempat. So, aku lajak lagi hajat murni ke Rabu lepas, bersamaan aku kerja halfday sempena nak CNY.
Sebabkan aku tak dapat nak laju-laju datang melawat S, aku hanya mampu keep on doa je la supaya Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada S. Ye la benda-benda gini, Allah juga lah yang izinkan terjadi, maka Dia juga yang akan izinkan perkara itu berakhir. kan kan? So, the ultimate weapon dan shortcut kita should be Allah juga!
Beberapa bulan sebelum tu aku baru dengar Ustaz Syarhan bagi slot kat Bernama Radio, tentang macam mana iblis pergi menduga keimanan Nabi Ayub. Dan, Nabi Ayub terima ujian tersebut pun setelah Allah membenarkan Iblis menduga Nabi Ayub as.
S seorang budak yg baik, dan aku berhutang banyak dengan dia. Semoga Allah terus mengasihi S dan memberi yang terbaik untuk S. Ini bahagian S, kafarah barangkali. ujian itu baik sakit mahupun kesenangan.. semua tu kan untuk unlock next level of our iman. kan?
eh eh.
bersambung..
(aku dah hampir hilang idea nak tulis citer ni. hohoho)
No comments:
Post a Comment