Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

27 April 2015

Of Fitness Class and Kg Damansara Baru

Penceritaan tentang wiken ku. eheh~

Faith & Fitness Class
Secara sukarela aku telah menghadiri program Belia Ikram Gombak. Punyalah bersungguh kan dari PJ nak gi program kat Gombak. Serampang dua mata sebenarnya :P Berjaya aku heret Udez untuk menghadiri program ini.

Program ni sangat bagus sebenarnya, dia cerita tentang how to become fit la basically. Aku rasa lebih kurang je kut intipati dia macam program Jom Kurus etc etc. Cuma, program ni macam one off la, basic foundation tu dapat lah. Kalau nak serius kena whatsapp la trainer tu.

Bila kita nak kurus ni, first perkara yang kita kena buat adalah, change cara makan kita. No white carbs & no sugar. Aku rasa takde masalah tak makan nasi, tapi ada masalah tak dapat penuhi sugar rush. !== No puding, no cake. Oh no! Siap ada bagi cadangan meals lagi.

Selepas tu dia beritau lah, sebenarnya problem kita jadi gemuk ni bukan sekadar banyak makan. Banyak makan dan tak bersenam. Sungguh! Lagi-lagi bila dah ada kereta .. sobs. Then dia ajar cardio dan muscular exercise untuk diprektikkan sejam setiap hari. Perkara ni untuk buang lelemak tepu yang dah beraja di dalam diri. So, nak dapat hasil kena berdisplin!

Tapi second day pun aku dah break meal rules. Kbai~


Wedding Rahim, Abg Balqis
Malam Sabtu tu.. aku ke Gombak skali lagi, kenduri Abg Balqis, Rahim nama dia. Memang sebenarnya macam aku tak kenal pun Abg Balqis ni.. tapi sebab Balqis dah ajak dari sebulan or dua bulan sebelum. Dan kebetulan plak time ni ada plan lain yang patut aku pergi tak jadi, so aku pergi lah, jemputan kan. Shila plak sudi menjadi partner i drive. So here we go.

Cantik sangat style dalam taman time malam plak tu. (inlove) Makanan sedap! Mak dia ramah! Perfect Wedding :)


*sebenarnya malam tu mak dan ayah turun KL rumah Naim. Bleh jer gombak nak ke rumah Naim dekat sangat dah sebenarnya. Tapi, camner ngan Shila? ahaha~

Usrah
Sepanjang hari aku tak gi memana pun. Ingat lepas Subuh nak g rumah Naim, tapi MashaAllah penangan vigorous exercise semalamnya, semua dah sakit. Batuk pun sakit! adeh~ So, petang tu jelah lepas Asar p Subang. Usrah. Insaf rasanya mendengar sebarang kata yang keluar dari mulut Kak Syam. T.T

Usrah semalam 3 orang ja mai. Yang lain adalah hal memasing, tapi memang kena buat gak sebab dis week most akan balik kampung awal. Cuti panjanglah katakan. (untuk orang bekerja habis panjang lah tu)

Ceramah Perdana Us. Kazim Elias
Balik dari Subang, aku nampak jalan da banyak tutup. hairan jugak dihati aku kan. Segera aku teringat kemah2 yang terbentang sejak semalam. Then bila aku lalu betul2 tepi rumah.. memang ada event. Aku nampak dia tulis ceramah perdana, elok gak aku try usha. Lepas park kereta, aku pun jalan2 sikit ternampak sorang makcik jalan solo. Maka aku offer diri folo dia. Berdua lebih baik kang.. Nama dia cik ani, duk tingkat satu. tapi aku tak pernah jumpa pun before nih.


Jalan ngan cik ani, so macam acik2.. Sebabkan kitorang sampai before jam 9.. maka dia pun ajak ronda2 dulu kat gerai2. I pun layan, ok gak la gerai2 dia, banyak jual makanan dan jubah/handsock etc. Stended jualan di ceramah2 lah senang citer.

Ust Kazim punya ceramah memang tak dapat dinafikan memang kelako. Best la dengar tak dan mengantuk. Banyak citer pasal relation mak-ayah-anak etc. Cara nak amik hati orang.. cara nak berhadapan dengan ujian. :)

Habis ceramah ronda lagi gerai seround. Cik Ani tadi beli maruku tapi tak amik lagi.. ni baru nak amik. dan, jeng jeng.

Ketika inilah apa yang aku baru dengar tadi.. 'cara hadapi ujian' di uji untuk prektikalnya. Dompet aku cicir! Jenuh gak tiga kali aku ronda tak jumpa. Pastu kesian lak kat Cik Ani dia pun gigih tolong aku cari, abg kedai pun.. last on the way back jumpa pakcik makcik surau.. ada pakcik ni pesan buat solat hajat minta kat Allah.

Sampai je rumah, aku cek ada misscalled. Aku call back. Alhamduillah, ada makcik jumpa aku nyer purse T.T terharu. alhamdulillah.

Kg Damansara Baru
Maka pagi tadi before gerak ke Puchong, aku pun ke rumah kedai acik tu untuk amik purse aku. Dan baru lah aku tau wujudnya Kg Damansara Baru yang terletak nya di seksyen 17. huhuhu T.T

Ronda-ronda dalam tu, nampak macam kampung nya.. Di tengah kepadatan PJ ada sebuah kampung ala-ala setinggan kat situ.

ok, sekian my long story for last wiken.

till then.

24 April 2015

oh vijay.

hari ni sedikit sedih. aku share sikit gambo vijay,


menjongket dah dia. T.T Macam tulah ye kawan-kawan, kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita. Hidup kan berputaran. Mungkin dah tiba masanya aku gi hantar vijay grooming. Cat dia dah berbulan gugur sedikit demi sedikit.

Boleh lah rasanya aku kuburkan sekarang perasaan-perasaan nak beli tshirt dan tudung baru, mahupun fly atau ground canvas. Kena beri perhatian pada vijay dulu.

Sabar (tuan) vijay, we will make it through.

23 April 2015

Rafizi.

Ok, citer dia. last week Ara ajak pergi charity dinner PKR, half sponsored, chinese cuisine, ada rafizi. haha, btw apa yang aku list kan tu merupakan reason why aku nak pergi dinner nih.

Walaupun ketika membesar aku tak berapa berkenan dengan parti politik perbalahan. tapi lately aku rasa semua anak muda dah tak ignorance dah. lagi lagi post-gst nih. Kalau masih ada yang ignore lagi tu aku pun tak tau lah .. tahap apa punya ignorance.

Hey, Malaysia beb, dah parah ni.. bangun bangun!

Alamak, melalut plak. Disebabkan itu, semalam aku pun pergila Equastrian Club kut nama dia, ah lupa! tapi sebelah Royal Golf area mont kiara tulah. Yelah dinner PKR Segambut kan.

Sampai sana baru aku alert yang aku akan duduk semeja dengan family Ara. Takdelah janggal sangat pun family Ara ni. Dah several time aku datang rumah dia pun. :P Yang janggal cuma first time kut datang dinner PKR. Aha~

Bila duduk semeja ni.. barulah aku tau, family Ara ni sangat berjiwa pejuang.. Dia ada dua orang abang, dan her family all pergi turun masa reformasi 1998. Dan semua guy members merasalah masuk lokap that time dan merasalah kena belasah dalam lokap. Kagum jap.


Oh, toward the end haruslah ucapan dari Rafizi yang aku sangat tunggu tunggu. He always came with fact and i love it.

"Sekarang ni saya dah tak banyak kerja sebab Tun M dah banyak buat kerja saya. Wartawan pun dah tak nak dengar cerita dari saya, semua tanya kat Tun M je"

Ada beberapa point yang dia highlight, nak tau jom ngeteh! haha. #motip

the main point shared:
- 1MDB & (KWAP)
- Jet PM, Indianapolis
- GST

oh Malaysiaku! Sedihnya. T.T




Ok lah tu jer nak citer today. 

22 April 2015

Am Bless

Rancang dengan apa yang ada ditangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan impian
- Saujana

Kadang-kadang kita selalu bermimpi yang besar tanpa meneliti yang kecil-kecil. Seperti kisah Nabi yang berdakwah kepada pembesar Quraisy tapi terlupakan Abdullah Ibn Ummu Maktum yang buta sedang menagih ilmu. Lalu Allah menegurnya dalam surah Abasa.

Seperti itulah, kadang-kadang kita mencuba terlalu kuat atas kapasiti yang kita ada, dan kita cuba capai. kita usahakan sekeras-kuatnya. Namun sering lelah dek hasilnya yang masih tak terlihat juga.

Sedar-sedar, dalam kelelahan Allah beri yang lebih baik, yang bukan kita bina, yang bukan kita usahakan, tapi hadir dia untuk membantu kita. untuk membantu ummah.

Oh Allah I am blessed.

Untuk Nina, yang terus berdakwah dengan pakaian dan pembawakannya, meski tak terlihat ramai, meski sekadar kelompok kecil yang memandang di pergunungan. Semoga Allah mengira amalmu. Terima kasih Allah untuk ini. :)

Am proud of u dear.

Semoga bertabah dan teruslah melangkah dengan ikhlas.

Setiap kita ada ruang tersendiri. Dan maksimumkanlah ruang itu, untuk menjadi saham kita diSana.
InsyaAllah.

19 April 2015

Mesin Pencetak

Semalam, aku jalan-jalan kat Digital Mall, nak mencari ink printer sebenarnya memandangkan yang hitam telah kehabisan isinya beberapa minggu yang lepas.

Dan agak renyah sebenarnya bila event nak start dan ink printer takde. Maka ronda meronda lah aku kat dalam digital mall. Tanya satu kedai brother ni, kaler hitam catridge RM70 .. sobs.

Jalan lagi, tetiba teringat soon mungkin aku akan kena scan borang pendaftaran keahlian. So, bagus aku survey harga scanner sekali. Oh sekarang harga 3-in-1 boleh dapat around RM200++ eh. Nice.

Printer aku yang berjasa tersebut Canon ip300 aku tu usia dia da mencecah 7 tahun dah. masih setia berbakti. Terharu sangat. Tapi bila umur dah lanjut ni, mentenen akan tinggi. Macam sekarang, harga catridge pun dah RM70.

Ahaha.

Tetiba aku dah beli 3-in-1 HP .. lol. Bahaya bahaya, mencari ink berakhir dengan new printer.

Sekian.

Grey (Canon) vs White (HP)

Welcome Home New Toy in House..

p/s: Bila kita buat sesuatu,, dan something stuck in the middle, find solution not make an excuse. :) Selamat beramal *peace* #notaIngatanUntukDiri