Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 June 2015

Bila ditanya..

Tahun ni memaknakan tahun keempat di syarikat ini, Ogos akan datang ni genaplah 4 tahun. Dari mula-mula aku masuk team ni aku sorang je melayu. Sampai sekarang dah bertukar ganti dah.

Tapi.

walaupun dah 4 tahun, bila ditanya soalan-soalan dari gadis2 cina ni.. adeh~ cepucemas rasanya.

"how old start practise berpuasa?" 

bermula dengan satu soalan ringkas, bawa kepada pelbagai soalan susulan. begitu menduga.

kesimpulannya,
meski dah 4 tahun.. masih belum tegar .. masih cemas bila muncul soalan2 cepu cemas seperti yang demikian.

ada banyak sebab Allah beri untuk kita kembali mengikat kasih kepada Dia. kan? Apakah mungkin rajin kita semak Fiqh Puasa kalau tak ditanya-tanya soalan cepu cemas sedemikian..

Alhamdulillah untuk semua yang Allah hiaskan dalam hidup sederhana ini.

~ normally mereka akan makan sarapan di ofis, pagi ni diorang makan jauh jauh dari pandangan kami yang berpuasa. Walaupun hakikatnya kat ofis ni ada 2 orang je yang wajib berpuasa :D

8 Ramadhan 1436H

19 June 2015

Rakan sekerja

Ada seorang kawan sekerja.

"Eh, you punya beg bocor"
seraya dia pun memandang ke bawah dah basah lantai nya kerana air tumpah. Rupanya botol airnya yang diletak dalam beg belakang tak tutup ketat. Lalu tumpah.

"Padanlah dari tadi I macam ada dengar suara"

suara?

*  *  *

"Sarah, are you hot?"
Aku tengah makan, berlaukkan sambal bilis. Aku pause beberapa second apa yang nak dia tanya ni. Aku rasa aku takdela hot sangat. Tapi nak jawab macam mana ni. Ke dia tanya pasal aku pakai sweater. Eh kalau sweater, mesti dia tanya are you cold.. Seorang rakan yang perasan akan ke'blur'an aku lantas memintas.

"Bukan lah.. he mean.. is it spicy?" ok baru aku paham. kahkah, nasib aku tak jawab apa-apa lagi.

hot?

*  *  *

"Wah sangat hitamlah"
aku memang boleh di kata dalam 5 hari bekerja.. 3 hari adalah full dark punya attire. So, aku pandang jer dia harap ada sambungan.

"i think its raining soon.." hmm.. ok, dia nak cakap mendung.

hitam?

*  *  *

Fun jugak ada rakan sekerja macam ni, menguji minda. So kita akan berusaha lebih sikit untuk memahami. Dan, mungkin bolehlah kurang kan mengantuk, sebab otak bergerak laju nak cuba men'translate' apa yang nak disampaikan.

Ok tu jer,
corat coret 2 Ramadhan.
:)

17 June 2015

Esok Puasa !!

Malam ni dah start terawih untuk Ramadhan 2015. Kejap kan? sangat la..

Tahun ni, macam perasaan tahun2 yang berlalu memang sangat huru-hara melampau-lampau.
Tambahan pulak banyak kerja-kerja aku yang drag sampai terbawa ke Ramadhan. Patut da perlu setel lebih awal dari hari ni.

So, sampai sekarang aku pun masih struggle. Harap sempat la nak mengharungi Terawih dengan tenang.

By the way semalam aku cakap nak story pasal client aku yang agak saiko tu kan?

Camni, adalah satu client nih, dia minta masukkan data untuk projek dia. Since aku yang paling kurang job lately, maka aku la di tugaskan untuk menjalankan tanggung jawab tersebut. Aku pun buat la seperti diminta. Ngam-ngam aku siap buat tu, dia bagi lagi satu external hard disk minta aku buat jugak. Aku pun dah separa hati. Nak-nak aku buka file dia berkali-kali ganda banyaknya dari data yang dia beri sebelum ni.

(Korang kena faham kenapa aku moody kat sini. Bukan sebab aku tanak buat ke apa, tapi data entry kut, memang bukan jobscope aku. Sekali bila tolong panjang plak citer dia.)

Lebih menyentuh hati, adalah apabila semua yang aku buat sebelum ni da totally perlu change. hmpfh. Ralat rasa dia. Patut aku setelkan before Jun. Tapi silap aku lak tak cek bebetul folder tu. rupanya ada dalam 3 - 4 folder tu ada anak2 dalam 10 - 14 folder lagi. Maka, memang tak sempat, terpaksa drag. sampailah ke hari ini.

Tu dia citer dia. (Tapi apa kes aku sempat up blog plak kan?)

Pastu memang tunggang tebalik la hidup aku kena chase this 2 weeks. Tak alih-alih semalam my colleagues dapat text dari client..

"Good Job!"

dan aku rasa almost 25% tak siap lagi ni.
Adakah sarcasm?

Ok tu jer la. doa-doa la aku mampu setelkan semua ni A.S.A.P k!
cannot hold any longer dah.

[Sebab kalau setel yang ni pun cam ada something lain tengah on rush jugak T.T arghhh..]

btw, Selamat Menyambut Pesta Ramadhan semua ^.^

( Ok Sorry, gambar diatas tampal smula dari last year, tahun ni 1436 ye kengkawan )

Ramadhan Kareem!

13 June 2015

Telefon Bimbit

Ok topik hari ni random. tentang telefon bimbit dan aku. :D

Aku mula menggunakan telefon bimbit adalah pada umur 18 tahun bersamaan dengan masa masuk matrik. Alkisah masa aku baru masuk tu aku tak pakai henfon pun lah lagi, bertahan lah beberapa bulan. Aku pakai kadfon jer. Habis beli baru. Tapi makaih kemain jarangnya nak call rumah kan. Ada sekali bapak siap minta nombor roomate. Dia call roomate nak cakap ngan aku sebab lama sangat tak call. 

Hehe lupa.

Maka, ada sekali balik tu bapak bagitau, kita akan pi beli henfon hari ni. Bertempat di pasar karat (a.k.a memory land) kat Ipoh. Masa zaman tu memang tengak up up la henfon lipat ni.. flip fon kan. Biasa la drama korea sedang menyerang anak2 muda Malaysia. hehe.
My first phone - rasa kachak je angkat call kena buka flip :P

Maka, aku pilih henfon samsung second hand seperti gambar dengan harga RM200. (of course ayah yang bayarkanlah, aku kan student mana ada pendapatan :P) Tapi ayah cakap tak boleh terus bawa ke matrik, sebab aku kat Penang kan masa tu. Sebab ayah cakap kalau rosak nanti susah nak gi tukar balik kat kedai tu. Jadi, buat sementara waktu aku pakai henfon mak, dan mak try test henfon aku tu dulu. Samsung gak, comel.
(Aku suka gak fon ni comel, bila sms masuk aku tak baca, led dia akan keep blinking)

Bila dah dapat fon, bapa belikan sekali simkad celcom, memandangkan most of family members adalah celcom users. Tapi, ramai kawan2 time tu pakai maxis, including my KI, Aziati. Masa tu azi kat UIA PJ foundation kat sana, aku kat Penang. So, memang kenalah sms kan. sms celcom - maxis 20 sen kut per sms. Nak tanak aku pun beli satu lagi number maxis. Jadi ada satu hari dalam seminggu aku akan on maxis ni bila nak contact Azi. 
Sejenis organizer sebenarnya, ayah punya yang hitam putih tu

Bila aku masuk UM, masa tu aku perasan ada satu henfon lama ayah tak guna. Aku pun angkut sekali phone tu, untuk letak nombor maxis, sedang celcom masih maintain ngan fon lipat aku tu. Lama gak samsung tu bertahan. Aku rasa sampai tahun akhir gak lah, bila dia start meragam signal kadang2 hilang. Aku syak sbb kerap sangat jatuh kut. Dan henfon satu lagi, Palm PDA yang maxis tu tak sempat masuk second year pun da ranap. 


Nokia mahal tu dari ayah, aku letak nombor celcom. 3310 ni aku letak maxis.

Then, ayah beli npon baru lagi, so henpon lama dia aku la lenjan lagi :P Tak lama mana sangat la bertahannya henpon mahal tu. Bila bateri dia start bermasalah. 

2009, aku start kerja pertama. Hehe, bila da start kerja barulah ada duit nak beli henfon. kihkih. So, henfon yang aku beli untuk dua nombor aku adalah seperti berikut,


Sony wave masa tu. Semua orang nak ada sony. sbb sony walkman time tu. Sony best wo, sbb dia ada kecanggihan kamera sony yang diakui ramai, dan brand walkman yang memang meletup!

Then, 2011 start dah fasa smartphone. 
Samsung Tab - Lucky Draw Macromac Company Trip

Samsung Galaxy Core Duos : Ogos 2013 - Jun 2015

First smartphone aku adalah Samsung Tab yang hilang pada 2012, dan seterusnya aku beli fon baru pada Ogos 2013. Setelah menabung dan menghilangkan perit kehilangan hampir setahun lebih jugak la. 

Hari ni 12 Jun 2015. Nak citer nya, Samsung Core Duos yang aku beli 2013 dah padam. Aku tak tau apa masalah, tapi aku syak adalah bateri. Tempat caj dia rosak kut. T.T Tetiba petang semalam lepas kerja, dia padam dan takleh buka terus. 

*Nangis*

Ok, citer panjang-panjang sebenaunya nak kabo enpon rosak jer. For those yang nak reach me, still boleh contact thru FB, Twitter or Telegram. SMS/Call/Wassap leh gak ar, hantar kat no celcom k! Kalau takde nombor celcom aku, please PM kat FB okayyy? 

Thank you for your time :)

12 June 2015

Azan Subuh dan dot dot

Dulu, masa aku masih dalam fasa mengikuti kursus berkala Ikram. aku pernah sekali tidur satu chalet ni. Masa daftar tu aku ada la feel a bit seram. Tup tup aku dapat plak bilik yang selang dua bilik dari kaki bukit. (Dan bilik yang 2 sebelah aku tu tak da orang stay T.T)

Interior design dalam bilik tu memang sangat outdated. Aku rasa memang chalet ni dah lama. Ada jugala kesan-kesan renovation sikit bahagian bilik air. Air Cond dia memang lama gila.

Eh.

ok, kepada tajuk. Bila habis program malam tu, semua peserta kembali ke bilik .. aku tidur cam biasa lepas baca-baca apa yang patut. Pagi tu aku terbangun jam 5 pagi dan aku dengar suara anjing sahut menyahut. Roomate aku, ada anak kecil. Sejurus itu anak dia pun terbangun jugak nangis-nangis. Sahutan anjing tu berlarutan sehinggalah azan Subuh berkumandang.

sejak dari tu, aku syak tempat tu something. hmm.

tapi, pagi ni aku discover bunyi yang sama. Berhampiran je dengan kawasan rumah. Rumah aku ni, memang takdelah orang nak bela anjing letak sepah2 kan. Almaklumlah, rumah flat. Mana lah nak membela sangat. Tapi aku tau, berhampiran dengan perumahan aku ni ada satu kawasan construction. Kat sana ada banyak anjing.

Jadi, sebabkan aku terbangun awal pagi ni. dalam fasa-fasa mata nak me'layu' kembali aku terdengar bunyi yang sama. (the echo) sahutan dia memang menggalakkan lah, tak lama lepas tu azan subuh dekat surau rumah aku ni. Dan bunyi anjing pun takde dah.

hmm.

rasa macam nak buat kajian tentang perkaitan both. mesti ada penjelasan saintifik nih.

Oh ya btw, my maxis number akan hold on untuk sementara waktu. T.T phone rosak.
Jadi anything wanna my attention, please sms/call me via Celcom number. ok?

jzkk