Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 June 2015

Bila ditanya..

Tahun ni memaknakan tahun keempat di syarikat ini, Ogos akan datang ni genaplah 4 tahun. Dari mula-mula aku masuk team ni aku sorang je melayu. Sampai sekarang dah bertukar ganti dah.

Tapi.

walaupun dah 4 tahun, bila ditanya soalan-soalan dari gadis2 cina ni.. adeh~ cepucemas rasanya.

"how old start practise berpuasa?" 

bermula dengan satu soalan ringkas, bawa kepada pelbagai soalan susulan. begitu menduga.

kesimpulannya,
meski dah 4 tahun.. masih belum tegar .. masih cemas bila muncul soalan2 cepu cemas seperti yang demikian.

ada banyak sebab Allah beri untuk kita kembali mengikat kasih kepada Dia. kan? Apakah mungkin rajin kita semak Fiqh Puasa kalau tak ditanya-tanya soalan cepu cemas sedemikian..

Alhamdulillah untuk semua yang Allah hiaskan dalam hidup sederhana ini.

~ normally mereka akan makan sarapan di ofis, pagi ni diorang makan jauh jauh dari pandangan kami yang berpuasa. Walaupun hakikatnya kat ofis ni ada 2 orang je yang wajib berpuasa :D

8 Ramadhan 1436H

No comments: