Ada seorang kawan sekerja.
"Eh, you punya beg bocor"
seraya dia pun memandang ke bawah dah basah lantai nya kerana air tumpah. Rupanya botol airnya yang diletak dalam beg belakang tak tutup ketat. Lalu tumpah.
"Padanlah dari tadi I macam ada dengar suara"
suara?
* * *
"Sarah, are you hot?"
Aku tengah makan, berlaukkan sambal bilis. Aku pause beberapa second apa yang nak dia tanya ni. Aku rasa aku takdela hot sangat. Tapi nak jawab macam mana ni. Ke dia tanya pasal aku pakai sweater. Eh kalau sweater, mesti dia tanya are you cold.. Seorang rakan yang perasan akan ke'blur'an aku lantas memintas.
"Bukan lah.. he mean.. is it spicy?" ok baru aku paham. kahkah, nasib aku tak jawab apa-apa lagi.
hot?
* * *
"Wah sangat hitamlah"
aku memang boleh di kata dalam 5 hari bekerja.. 3 hari adalah full dark punya attire. So, aku pandang jer dia harap ada sambungan.
"i think its raining soon.." hmm.. ok, dia nak cakap mendung.
hitam?
* * *
Fun jugak ada rakan sekerja macam ni, menguji minda. So kita akan berusaha lebih sikit untuk memahami. Dan, mungkin bolehlah kurang kan mengantuk, sebab otak bergerak laju nak cuba men'translate' apa yang nak disampaikan.
Ok tu jer,
corat coret 2 Ramadhan.
:)
3 comments:
hai ex-rakan sekerja!
nanti kita kene pi berbuka sama2. :D
ok boleh! next week or next2 week.. tahun ni amik cuti dak? i prefer weekdays la klu nak buka sama :)
ya.. seperti tahun lepas.. sy bercuti 2 minggu sebelum raya.. 6hb ke atas la ye bila sy dah start cuti :D
Post a Comment