Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 August 2015

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku nak huraikan tentang tajuk diatas. Tapi. panjang pulak nak tulis. Tapi jangan bimbang, kita minta tolong Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa lah untuk sampaikan isyarat hati aku nih.

Saksikanlah. :)

Al Misri 

Cintailah Bahasa Melayu! Biar apa pun langgam bahasanya. eh!

#bulanKemerdekaan
#yukCintaiBahasaCinta
#semogaMalaysiaLebihBaik

14 August 2015

Ada tak?

Ada tak atau pernah tak korang 'annoyed' sangat dengan orang sampai suara dia pun korang rasa tanak dengar?

haaa..

petanda apa?

13 August 2015

2 perkara.

Ini sekadar nota-nota ringan untuk para aweks sekalian. Almaklumlah dunia sekarang semakin mencabar dan bahaya. Jadi, kena extra work sikitlah. Bila bawa handbag, selain dari segala jadah barang make up dan purse, bawa sekali lah 2 perkara.

1. Lampu suluh kecil.

Motif kan?? sebabnya untuk kes aku, lif rumah rosak. Maka selalu kena naik tangga. Naik tangga pulak, lampu rosak. Apalah nasib, jadi lampu suluh amat membantu. Selain tu, ada gak masa-masa kecemasan lain lampu suluh ni mampu membantu. hehe. (Kalau korang nak cakap korang ada lampu handphone, up to you. Harap batery tak flat bila waktu waktu memerlukan)

2. Pisau lipat pelbagai

Sejak aku tengok 127 hours haritu, tetiba terus terpengaruh untuk beli pisau lipat multi purpose nih. Untuk keselamatan je la, mungkin juga untuk menajamkan daya kretiviti kalau waktu2 tersepit.

Ok itu jer lah nak cerita nya.

Sekian.

Petaling Jaya Selatan,
Batu 6 1/2
12.46pm

07 August 2015

3 things to succeed.




tahu tujuan.
tahu jalan.
get a partner.

jom, cari jalan menuju syurga
>.<

06 August 2015

Opis pun nak beraya.

Pada Ramadhan lalu, rakan sekerja dah bersuara nak kitorang initiate jamuan raya. Aku senyap jer. Nadia bersemangat.

Dari bulan puasa sampailah raya, selalu je Nadia skype/wasap tentang perancangan nak buat jamuan raya. Maklum sajelah. Aku kan duduk kat opis branch jer. Selain bilangan kat sini adalah lebih kecil dari kat HQ, member melayu kat sini dua orang jer T.T. Aku dan Nadia. Sobs.

Tahun lepas, aku masih merayakan hari raya di HQ, so aku tanpa rasa bersalah bawa perut jer. Tahun ni, kita perlukan pembaharuan. Dari awal aku bagitau Nadia aku cuma nak masak nasi impit dan lemang jer. lauk semua minta dia yang buatkan. Ha ha.

Tapi semalam, aku rasa macam berdosa pulak buat gitu. Tak patut biar dia masak sengsorang, maka aku pun decide nak buat masak kicap ayam. Ahaha~ Jangan tak tau makanan ruji aku masa raya ketupat cicah ayam masak kicap. Tak sedikit rupanya orang yang memandang aneh bila aku cakap itu merupakan makanan favorite aku masa raya. :P

Antara kepakaran, pura-pura sibuk di dapur

Aku ngan Nadya dua-dua pun first time memasak menu-menu ini untuk raya. Ok kantoi masak raya kat rumah masih emak :P (oh dan kak siti. kut? yeke..)

Kbai.