Selain dari bukit Puchong yang sedia maklum merupakan satu kawasan rekreasi sekeluarga, ada satu lagi yang istimewa tentangnya, iaitu.. Blue Lagoon
Memang memanggil air terjun nih. Tapi, per pembacaan air terjun ni terletak di kawasan hutan simpan UPM (ok sebenarnya bukit puchong ni pun terletak dalam kawasan hutan simpan tersebut).
Setelah bincang2 dengan kezia aku pun ajak dia try trail nih. Lagipun, rumah dia memang dekat Puchong. Aku set dengan dia hari Ahad untuk cuba. Kitorang berdua memang tak pernah naik, ni first time, jadi kami decide untuk follow jer memana group yang naik pagi tu.
Disebabkan hari Sabtu iaitu semalamnya aku join Running Mac (program Ofis) sebagai committee jer, maka otot-otot aku tak sempat di bakar sempurna lah. Jadi, aku berharap projek mendaki aku ni dapat lah panas-panaskan sket otot, dan beri perpeluhan sempurna. mihmih~
Jalan untuk ke Bukit Puchong ni senang jer nak jumpa, boleh parking kat Taman Wawasan. Berhampiran dengan Sekolah Cina kat situ.. Kalau korang pergi bandar puteri, dan nampak Hospital Columbia Asia, maksudnya korang dah di jalan kebenaran lah tu! Lepas Columbia, terus lagi sampai trafik light, ambil kiri.. nanti first simpang kiri lagi. Korang terus jer, sampai la lalu sekolah cina kat sebelah kanan korang. Kalau hujung minggu, korang datang sebelum 8 pagi, memang dah penuh parking sampai ke depan sekolah tu ha.
Trek hiking dia tak lah begitu meletihkan, sebab banyak masa, perjalanan adalah landai. Macam treking je gitu. Kami berdua jalan santai-santai jer. Sebab memang dengan niat nak recee je kan, xdelah nak training for fitness atau apa. Masa yang diambil dari jalan masuk sehingga keluar semula jalan yang sama adalah sejam setengah. Tu perjalanan paling santai. Mungkin kalau nak training boleh speed up lagi kepada 30 - 45 minit untuk 1 circle.
Kalau kira-kira, lebih kurang bukit gasing lah bukit puchong ni. Cuma, hutan dia aku kira lagi cantik. Sebab hutan simpan barang kali, pokoknya besar-besar, tinggi mencapai langit.
me and kezia, in the middle of nowhere
Comel
Ada satu pemandangan comel yang terakam semasa aku sedang mendaki turun. Seperti yang sedia maklum, antara kegiatan menarik di hutan adalah, tanpa mengenal siapa masing-masing kita akan menyapa sesama kita.
"Morning"
"Cho san"
Dan dari jauh aku terakam dua suara kanak-kanak mengucapkan ucapan selamat pagi dalam bahasa kantonis. Aku hanya senyum memandang kezia. nak tergelak pun ada, setiap yang lalu depan dia dia akan ucap. Rupanya bila dah dekat baru aku tau, ayah dia beri tugas untuk greet 45 orang yang lalu. Comelnya cara ajar anak :)
Bila aku lalu, automatik adik tu bersuara.
"Selamat pagi" senyum.
"Semalat pagi" kata seorang lagi.
Aku sekadar senyum saja.
Dan semua disitu tertawa. kakak melayu belakang aku menyahut.
"Semalat pun boleh.."
Sekian itulah agenda pertemuan aku dengan kezia untuk bulan ini. hehe~