Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 September 2015

Pine Tree dan Twin Peak

Sempena cuti 16 September semalam. Bersamaan setahun selepas CBL. Maka aku pun mengikhlaskan hati menyertai trip Gema Selangor Backpackerz ke dua bukit tertulis pada tajuk

Ke Bukit Fraser

Paginya lagi aku dah terlambat. Kata kat adik2 nak pick up jam 5 pagi. Sekali terlajak jam 5 pagi baru tersedar. Gitu gini, ambil adik2.. 5.30pagi gerak ke R&R Rawang. Sampai jam 6 pagi, solat subuh dan sarapan. Pukul 6.30pagi makan, memang tak lalu. Beli sepinggan bihun. Ada lah 4 suap jer jalan.

2 kereta telah bergerak awal ke Kuala Kubu Baru. Maka pagi tu, 5 kereta bergerak sekali dari R&R Rawang. Perjalanan memang panjang. Dulu masa pergi ke Sg Chilling dan Bukit Kutu, aku rasa macam dah jauh dah. Bukit Fraser lagi jauh rupanya.


Sampai di bukit Fraser dalam 8 lebih, semua park depan masjid di Bukit Fraser tu lah. 27 orang semua, 14 lelaki + 13 perempuan. Buat bulatan, baca doa sat. Then tuan presiden cakap akan warm up sambil jalan ke pintu masuk Pine Tree. 9 pagi bergerak naik.

Pine Tree Hill

Sampai pintu masuk pine tree dalam 9.23 pagi. Perjalanan bermula dengan beberapa siri tangga menurun. sobs. Sabar jerlah. Aku masuk-masuk dah terbayang-bayang dah macam mana nak keluar satgi ni. Kena panjat tangga. Tapi aku lupa kira berapa banyak siri tangga yang terdapat kat sana.

Naik, turun, naik, turun. Berenti jap, penat. Jalan lagi dan lagi dan lagi. dan last sekali beberapa minit before sampai peak, kena rock climbing sket.



Kira-kira jam 12.20 sampai lah kami ke puncak Pine Tree. Puncak ni kecil je, tak boleh nak beramai-ramai sangat pun. Rehat sekejap kat atas ni 10 minit, kemudian turun balik dan bergerak ke Twin Peak jam 12.30 tengahari.

Twin Peak


Perjalanan dari Pine Tree ke Twin Peak tak jauh mana, 30 minit saja. Jam 1 tiba di Twin Peak. Sejuk. Pemandangan tak nampak sangat, memandangkan kabus menyelubungi.

Tak lama lepas sampai, hujan rintik-rintik muncul. Semua pun get ready dengan baju hujan masing-masing. Semua da siap pakai raincoat/poncho hujan turun selebat lebat nya. Maka semua pun berlari mencari perlindungan. Mana yang tak bawa tu, duk bawah pokok renek pakat la semua yang ber'poncho' ni duk lindung dari hujan.

Nasib hujan tak lama. dalam 20 minit mungkin, kemudian berhenti. Barulah semua masuk ke dapur dan mula memasak untuk makan tengahari. Aku ambil sekeping sandwich telur dan beberapa suap rojak buah (ha, memain tau rojak buah di puncak), sebab penat naik tak abis, jadi selera makan merudum.

Lepas makan, semua get ready solat berjemaah. Jamak Zohor dan Asar. Habis tu, adalah tazkirah dari Ustaz Nazirul.

Kekuatan orang islam ada 3:-
1. Akidah
2. Ukhuwah
3. Silah (Kekuatan)
- duk kaitkan hiking dengan membina kekuatan peribadi


Siap mendengar tazkirah, semua berkemas dan duduk dalam line V untuk menyanyikan lagu negaraku, sambutan hari malaysia di puncak kanggg.. Lepas beberapa tangkapan gambar, selfi etc etc dan 2 jam duk atas tu, jam 3 petang kami bergerak turun.

Nizam pesan, kalau dalam 6.40 petang tak sampai pintu masuk lagi. Yang depan sekali kena stop dan tunggu semua yang belakang sampai. Then gerak rapat2 bersama-sama. Ok noted.

Lepas 30 mnt pertama, kami tiba semula di simpang ke Pine Tree. Turun dari tempat rock climbing tu, aku dengar nizam bagitau ada orang injured kat belakang, jadi mereka akan lambat sikit. Aku teruskan langkah dengan Midah. Zumba n d geng da berlari laju kat depan, belakang dia ada Helmi, Hidayah & Pikah, Hadila & Ainina, lepas tu aku n Mid. Aku sebenarnya pun dah separuh weng tapi taknak duduk dekat sangat dengan sweeper nanti lagi weng.

Separuh jalan, Mid punya peha da start sakit. Aku pun pintas dia gerak solo. Lama juga la aku gerak solo, sampai la sweeper aku kembali. :) is. Dalam 30mnt-sejam sebelum tiba ke pintu masuk aku beriringan ngan is je. Pesan Naufal sebelum start hike kadang-kadang muncul juga,
"Pastikan jangan jalan sorang, atleast berdua, terutamanya gegirl"

Toward the end, memasing kami berdua layan pewai. zzz.. Dan akhir nya beberapa minit nak ke 6.30petang sampailah kami ke pintu masuk. Layan tangga, memang menangis. Sampai jer terus letak beg, berbaring kat lereng bukit berhadapan pintu masuk. Sakit pinggang.


Dari pintu masuk nak ke car park pun aku rasa ada lah kena berjalan dalam 20 minit jugak. Maka, sampai jer kat masjid Is cakap "akak saya rasa nak turun ni pun dah penat kak, jom kita ambil dorang kat sana naik kereta nak?" bernas juga idea is ni. Maka 3 biji myvi pun menuju ke pintu masuk.

Sinar keceriaan nampak jelas terpancar ye dari geng-geng sweeper nampak kereta dah berbaris kat pintu. Alhamdulillah, tertebus sikit rasa bersalah tak tunggu diorang yang injured. T.T

Sampai masjid, mandi, tukar baju, solat. Dalam 8 lebih bergerak keluar dari Fraser Hill. Sampai pekan KKB untuk dinner pun dah 9 lebih.

Begitu begini gerak balik. Boleh pulak kitorang salah jalan menuju ke Tg Malim. sobs. Then ambil PLUS dari Tg Malim patah balik PJ. Makanya sampai lah PJ jam 11.30 malam. huhuhu.

Terima kasih semua untuk memeriahkan cuti umum saya semalam.

Panjang umur, jumpa lagi nanti, InsyaAllah. :)

15 September 2015

Cabaran berbekal seminggu

Idea membawa bekal ke office ni telah di implimentasikan semenjak penghujung 2012 dan awal 2013. Iaitu tahun yang sama Naurah di dalam kandungan. Pada masa tu duk rajin bawa bekal sebab ada geng, Nasyrah kena bawa bekal masak sendiri untuk memantau gula dalam darah plus kena makan healthy food. Makanan kedai biasalah kan, taktau tahap kesegaran dia macam mana.

Selepas Naurah dilahirkan, Nasyrah dah kembali makan kat kedai jer. Maybe sebab tak sempat dah la nak masak gitu gini memandangkan ada baby kan. So, aku pun mempunyai semangat yang hilang. eh, macam lagu xpdc plak kan.

Sekarang bila duk Puchong, sini tak banyak restoren melayu. Ada lah 2-3 yang boleh dikatakan memenuhi tekak melayu. Tetapi sayang sekali tidak dapat memenangi tekak melayu yang satu ini. Maka, dari pada aku skip lunch berulang kali, aku berazam untuk membawa bekal.

*panjang lebarnya lahai mukadimah*

Jadi, untuk minggu lepas cabaran berbekal seminggu berjaya dilaksanakan!! yeehuu~
*ok tahniah diri sendiri*

Isnin:
Menu Utama:- Bubur lambuk + telur masin + sambal ketuk
Pencuci Mulut:- Separuh Kuih Bulan

Selasa:
Menu Utama:- Nasi goreng udang
Pencuci Mulut:- Puding Roti

Rabu:
Menu Utama:- Nasi Lemak + ikan kembung masin
Pencuci Mulut:- Kek Coklat Moist

Khamis:
Menu Utama:- Cucur Udang cicah cili kicap
Pencuci Mulut:- Keledek rebus

Jumaat:
Menu Utama:- Bihun goreng
Pencuci Mulut:- tiada (makin malas nampaknya)

Begitulah ye jadual bekal saya minggu ini. Ha, kelas tak kelas nyahh~ siap ada pencuci mulut yuu.. ok, tak cukup healthy.. takde buah !== err ataukah perlu upgrade sediakan untuk minum petang dan breakfast sekali? or appetizer? ok, over! Masak cenggini pun asik merah jer attendance.

Orang kata bawa bekal boleh save budget. Orang kata la. Tapi aku pun tak sure, sebab aku selalu meskipun nampak berjimat, tapi kerap juga menghabiskan ke kedai2 makan mahal seperti Sushi King, Big Apple dan Chatime. Jadi, tak de lah jimat mana untuk kes aku. He he.

Sekian sehingga bertemu lagi next time!

10 September 2015

Under 18

Randomly teringat tentang ini,  siapa ingat, kita sezaman! :D

ketika zaman sekolah
kita gembira selalu.
bebas dan kurang fikirkan tanggungjawab.
lepas habis sekolah, semuanya berubah.
kita mula cari kerja.
cari kehidupan.

masing-masing dengan hal masing...
hidup setiap hari.. sentiasa berulang..
berulang dan terus berulang..
sungguh membosankan..
malah cuti pun hanya beberapa hari.
tak lama, tak macam sekolah.

Percayalah..akan tiba harinya dimana suatu impian akan menjadi....
KENYATAAN!
hidup ini banyak betul pengalaman dia.
setiap orang ada langkah masing-masing.
hari-hari yang berlalu akan terus kekal sebagai memori...

dengan memori ini,
kita akan beajar menghargai apa yang telah kita miliki
untuk kita terus dewasa...
kita warnai langit dengan tangan kita sendiri.

selagi jantung ini terus berdegup,
mimpi...
persahabatan..
keberanian...
segala-galanya...!
akan terus diabadikan dalam jiwa ini.

selamanya.

02 September 2015

short visit.

aku sedang sort out things dalam google drive. berapa kurun punya harta lah dalam ni. sambil cekidot, i stumble to this folder,
Broga [4] Palestine & Syria 170515.

Bukan folder aku, so takleh nak buang. Jadi aku pun klik, sekadar mencari sesuatu. A short visit to the past, perhaps! Aku belek-belek gambar, dengan harapan aku akan jumpa dia lagi.

Kadang-kadang aku rasa dia sangat macam Fauhan. Berlumba-lumba bila bab beramal. Banyak kali aku hadapi bila dengan Fauhan, juara dalam membuat kebaikan. Tapi, memang tersangat taknak lah nak show off muka dia as the person behind the scene.

Bak kata Izzah, "Kak Fauhan adalah manusia berhati paling suci"

Memang tak dapat aku bantah tentang statement tersebut.
Too good to be truth, she is!

mata berkaca. sambil tangan aku terus menekan kekunci laptop. satu gambar ke satu gambar.

dan, aku sedih sebab.. aku tak dapat nak kenal dia lebih dalam. spend days together. and planning ahead. u just leaving too fast.

astaghfirullah.

sambil terus merayapi gambar-gambar di dalam folder, aku mencari-cari sosok dia. ada. di celahan manusia ramai. tapi hampir tidak significant di dalam cerita tersebut.

tapi aku tau, kau tetap significant di mata Dia.

am missing u.

alfatihah.

29 August 2015

Projek Baru & Bersih 4.0

Aku baru jumpa satu platform baru yang menarik! Dan aku anggap itu projek baru aku sekarang nih. Haha.. harap istiqamah.

Tapi nantilah sebab projek baru sangat kan, tunggu dah nampak ada hasil sikit nanti aku share. :D

By the way,

Hari ni dan esok akan di adakan Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka. Lusa dia pulak ada sambutan merdeka. Semoga semua ahli himpunan berhimpun dengan baik, tak buat kacau dan tak buat sampah. Semoga kerajaan atau at least MPs dapatlah see something through this himpunan. We are really exhausted and this is the only way left to voice out. Agak-agak kat parlimen pun tak leh buat apa, rakyat representer pun can do nothing. Takkan kita nak senyap jer. Malaysia kan tanah kita. Nowadays, senyap isnt an option anymore i think. Screwed calm!

So, Bersih 4.0 adalah cara rakyat untuk voice out. We are against the corrupted government. Do change for a better Malaysia.

inilah aku rasa harapan aku untuk merdeka kali ini, a better nation.

Bak kata Pak Cik Kadir, Najib takkan step down pun dengan himpunan nih. But, this is the least thing we can do. why not? kan Allah pandang usaha.

(For those yang oppose Bersih 4.0 i think u all ada pandangan masing-masing. No offend. Pendirian masing-masing)

Ok, aku cakap kobar-kobar gaya macam pergi kan. Haha. Hari ni aku gi kenduri kahwin, esok pun ada T.T But, my heart goes with you bersih. :)

Bersihkan Malaysia!!!

oh ya! happy holiday semua ^__^

p/s: ok running out of time.. katanya nak gerak jam 9.. ni kemas beg tak lagi, mandi tak lagi. ok till then, bye!