Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 December 2015

alasan.

Selalu merasa tak punya masa,

sebenarnya, masa tu ada. tapi tak diuruskan dengan betul. end up otak busy memikirkan perkara. Lepastu bertimpa timpa taktau nak fikir dan selesaikan mana satu dulu. yada yada.

Hence,
tak dapat update blog T.T

Ada banyak peristiwa yang aku tertangguh nak ceritakan. Arghh, ok soon aku nak ambil cuti bertenang. Doakan dapat update all my writing on that period!

Till then, Semoga semua baik-baik selalu okay,

siapa free, esok malam jemputlah ke Masjid Uniten. Ada talk Islam di Nusantara by Prof Dr Hafidzi.

xoxo,
Sarah B.

04 December 2015

Sebab untuk bersyukur.

Dalam dunia ni, terlalu banyak sebab untuk kita bersyukur.. *insaf*

Ok, pagi ni aku bertekad untuk datang awal. Ada janji dengan Cath. Maka jam 8 pagi da kat bawah rumah.

Sayangnya! ada kereta double park. Sobs, aku try jugak reverse sikit dan gerak kedepan. Tapi kurang keyakinan diri untuk teruskan, so terus wasap kak Siti mohon bantuan.

Yeah, seperti biasa my hero!

Kak Siti tolong keluarkan kereta. wuhu! Sementara aku duk luar tolong tengok kan kena ke tidak. (Masa dia nak keluarkan kereta tu, bahagian kiri belakang kereta hampir bergesel dengan teksi yang double park. aku rasa kurang 1cm kut jarak dia, cemas didadaku. Menahan getar sepanjang proses)

Ok, kes pertama setel. Jadi, aku berjaya bergerak keluar dari kawasan perumahan by 8.15.

Sedari awal aku tersedar ada bau yang tak enak masa masuk kereta. Musykil gak aku bau apa, sebab semalam memang aku baru je refill car perfume. Erm, selain tu, dalam kereta memang aku ada sediakan plastik untuk sampah (ye lah, takkan nak buang terus keluar kereta plak kalau ada sampah kan) tapi sampah kering la biasanya. Tisu atau flyers orang selit kat wiper.

Sampai ofis aku rasa, tak syak lagi mesti ada terpijak sesuatu. Tak boleh tahan kut bau dia. Deng! Sakit hati bertambah sakit. Memang ada shit bawah kasut. =.=

Pegi bonet, jumpa kasut getah. Jadilah untuk replace kasut yang ternoda! Kasut yang berkaitan aku kesat2 kat rumput sebelum aku ikat masuk dalam plastik dan letak dalam bonet (harap bau tak semerbak dalam kereta bila kena panas)

Ok, kes kedua setel. Kasut busuk tinggal, tukar dengan kasut getah.

Masuk opis, dapat wasap.. tentang program yang nak run hujung minggu ni. Semalam aku dah memang optimis insyaAllah semua akan baik2, tapi xdinafikan banyak lagi part kena polish. Tetiba pagi ni dapat wasap2 tersebut, rasa remuk dan kecut plak hati.

hampir separuh nafasku, pergi~~
ikhlas kn sje niat, kte jalan saje
buat new poster n advertise
dlm group peserta
kte buat semula kehadiran sape yg leh attend
nk gain peserta lg tarik dr fb insyaAllah.
dugaan ini akan membawa hikmah yg lg besar
kite harungi bersama, no prob
- tn. presiden
Ok, kes ketiga belum setel (selagi tak run xleh cakap setel), tapi akan diharungi bersama, InsyaAllah.

Oh Allah, terima kasih untuk segala rasa ini. Segala ujian yang kau sulamkan dengan pertolongan-pertolonganMu.

tiada sebab untuk aku tidak bersyukur.
#moodTerharu

25 November 2015

Belajar menjadi manusia

Dulu aku pernah menggambarkan diri sendiri sebagai seorang yang panas baran. Walhal, memang jarang lah orang nampak part aku yang panas baran tu.

Sebenarnya, aku pun tak tau lah yang adakah aku memang panas baran, atau ada term lain yang lebih sesuai.

Semalam, aku ada pergi satu mesyuarat ni, tentang next projek kami. Video editting. Panggil sekali brader yang akan jadi tenaga pengajar tu. He deserve my respect lah.. sebab cara dia handle soalan2 orang bertenang gila. Sedangkan soalan2 macam bodoh belaka. dan kadang-kadang soalan tu macam orang yang bertanya rasa dia lagi bijak plak. Tapi dia steady je jawab dengan tenang dan rasional.

Fuh.

Bila la agaknya aku boleh jadi tenang dan rasional? selalu berapi jer.. tinggi lagi rasanya tingkat keegoan. Masih berkerak lagi agaknya karat jahiliyah..

Haish.

Astaghfirullahalazim.

24 November 2015

Ber-impi-lah!

"Realiti hari ini, adalah doa masa lalu" - FB Yus

4 tahun yang lalu, aku pergi ke company trip. Masa tu baru sebulan kerja dengan company sekarang. Tak banyak yang aku tau, tak ramai yang aku kenal juga. Paling kenal adalah kawan-kawan satu department saja. Sebab kerja dengan mereka, makan pun dengan mereka. Masa tu aku the lonely malay girl alive kat department. aha. So, diorang temankanlah aku makan. Makan bersama-sama.

Tapi untuk department lain, memang kenal macam tu sajalah. Yang malay ladies lain, sometime jumpa terserempak masa nak pergi solat je lah.

Berbalik kepada company trip. Masa aku pergi tu, aku tak banyak fikir pun. Dengan assumption inilah jalan pintas nak kenal ramai orang, dan ini juga peluang nak dapatkan Samsung Galaxy Tab 2. Woahaha, macam kelakar. Tapi, i really dream of it kut masa tu!

Aku bukanlah nak cerita tentang company trip tu. Sebab rasanya dah pernah cerita kut sebelum ni, so malas nak ulang. Cuma aku nak imbas kembali satu part dalam aktiviti tersebut. Malam hari pertama tu, ada aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti tu, setiap dari kami kena list kan target dalam tempoh 2 tahun akan datang. Dari segi personal dan juga perjalanan kerjaya.

Aku tak ingat berapa banyak yang aku list kan. Tapi, yang aku ingat adalah seperti dibawah:

- membeli kereta sendiri
- pergi mengerjakan umrah bersama mak dan ayah
- mempelajari mandarin
- menguasai framework PHP yang sedang digunakan + 2 yang baru

Bila aku imbas balik satu-satu, aku tengok all of it achieved walaupun takdelah dalam frame 2 tahun tu.

The key point here is, Jangan takut untuk bermimpi! ^^, 

xoxo,
pen off.

20 November 2015

nota rindu untuk blog :D

Di Subuh begini, terasa hening. So, buka blog jap amik mood menulis. Baru nak start di hentami dengan bunyi alarm kereta.

'haih, awal betul masuk kerja bang penyamun..' tapi kat kondo sebelah ni, boleh ke penyamun nak masuk? high level kut security dia.

ok. nampak tak, senang benar melalut.

aku rasa lemau lately, sebab banyak sangat benda tertangguh. konsep pengutamaan masih fail. dah berapa tahun hidup, tapi masih sama. *sigh*

ok btw, nak promo program terdekat.

29 November
Seminar: Ada Apa Dengan Alam, 
CUBE Akademi Pengajian Islam, UM,
8 pagi - 1 tengahari

5 Disember*
Video editting class
Masjid Bulat 
9 pagi - 1 tengahari

6 Disember*
Wall Climbing 
Putrajaya Challenge Park
9 pagi - 1 tengahari

untuk projek * memang aku masih ada hutang lagi for both. T.T so sadd.. tapi takpe, untuk yang berminat save the date dulu. Harapnya semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Promo berwarna akan muncul lagi soon insyaAllah.

for it, teruskan berjuang semua!! gambateh.