Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 January 2016

Hey it's a New Year!!

Yeah, da habis da siri siri cuti bersangkut sangkut :)

Nak citer la pasal cuti last week kerana merangkul 3 hari terus kan. So, consider cuti panjang yang sedikit melemaukan jugaklah kan. Oh tapi tak melemaukan untuk saya. :D

Khamis lepas aku balik awal ketika orang lain (some of) tengah kelam kabut nak cari aktiviti menarik untuk habis kan 2015. Aku? pergi usrah :) 31 disember 2015, last usrah day for 2015. Habis usrah shoot terus ke KFC, bukan apa cek cek purse ada baki kupon yang berakhir 31/12/15.

Selamat Tahun Baru 2016 !! ^^,

Jumaat pulak aku dah deal dengan adik-adik PJ untuk pergi liqa ukhuwwah di SACC Mall. Tapi pagi tu pergi rumah baru Eri dulu di Setia Alam. Alhamdulillah dapat juga jumpa eri lepas 6 tahun.


Balik dari Setia Alam, hantar Samihah dan shoot ke SACC. Ada talk zahariz, Ust Pahrol dan Ustazah Sharifah Kazif (Prof Muhaya dan Imam Muda Asyraf juga tapi part both ni aku da gerak balik) Alhamdulillah banyak sangat input menarik.


Sabtu aku menyertai geng kak siti, gi naik Nuang via Janda baik. woohoo~ 9 pagi - 6.30 petang. Aku harap aku rajin nak buat full story pasal ni. Nanti aku citer, insyaAllah. Doakan aku rajin.


Ahad pulak, gerak dari Janda Baik agak pagi nak ke tengahari, sebabkan dekat dengan Taman Melawati, maka singgah jap lah rumah Naim. Makan sat mi tarik kat Wangsa Walk, kemudian gerak balik ke PJ. Alahai.. mengantuknya, tido sat. Nak dekat Asar bangun, revise hafalan sat.. pastu siap-siap ke usrah.

Balik usrah nak dekat Isyak dah, bersungguh berpusing dalam SS2 nak cari chatime punya pasal. Singgah kat Maybank, kiri kanan cina. Singgah Chatime pun sama, aku ingat da sampai negara China tadi. Sampailah cashier tu membalas order aku,

"lagi?"
"oh itu je.."
tengok harga kat mesin RM7.50. *hulur note RM10*
"ada tiga ringgit tak?"

Ok, cashier prove me, aku kat Malaysia. Tak perlu aku nak tampar pipi. Haha.

Sekian, kabar tahun baru dari aku.

Hai 2016, semoga encik Jodoh kembali ke pangkal jalan.

31 December 2015

Bye 2015. Sobs.

Aku rasa memang tak dan nak buat summary by 12am. So aku park dulu. Maybe after 12 aku sambung tulis.

Bye 2015!

Hye 2016!

*update

Tentang 2015 tak banyak yang ada highlight besar dalam hidup aku. Masih bujang. Masih bekerja di tempat yang sama semenjak 4 tahun yang lalu. Masih bersama organisasi bukan kerajaan yang sama semenjak mula bekerja.

Cuma yang paling ketara pada tahun ini adalah, sejak GST bermula pada April yang lalu dan siri kenaikan harga tol dan perkara-perkara lain.. perasaan sesak/sempit poket tu dah mula terasa.

Whatever it is, 2015 telah membawa pelbagai cerita suka dan duka.
Terima kasih untuk semuanya.

Selamat Tahun Baru!

30 December 2015

the daddy

Bila dah bekerja ni, pergi usrah dah tak sama dah macam zaman student. Pergh, zaman belajar dulu semua tenang damai dan terkawal. Memang saja lah kalau tak boleh fokus masa usrah. (Dahla bulatan kecil, pastu memang mengadap naqibah, mampu nak tidur? aha..)

Tapi bila da bekerja, bila usrah.. kawan-kawan dah bawa anak memasing. Sambil usrah, sambil anak-anak berebut mainan, dan tease each other. A new environment kan? Tapi aku ok je dengan budak as long dia tak qiau.. Im ok with that.

Bila masuk waktu solat, lagi bercinta tengok kawan-kawan ni dengan anak memasing. Nak-nak anak yang jenis tak boleh berenggang ngan mak. Memang gempita la satu rumah dengar suara nyaring teriakan si anak. Mihmih.

Eh eh, bukan bermaksud kat sini aku nak kondem pasal bawa anak pi usrah. Tidak sama sekali. I enjoy je ada baby kat usrah. Comel kut diorang nih. Just, mengongsikan pengalaman baru lah.

Ok.

Citer dia, semalam aku pergi la mesyuarat nih. Persatuan. So dalam meeting tu ada 2 daddy. Both bersama salah seorang anak mereka.

Permulaan meeting aman, sebab both anak sedang tidur. Tapi in the middle sorang anak terjaga. Maka seorang bapa ni pun angkat la duk dodoikan. I think anak dia tak sihat, merengek je walaupun dah di dokong dan dodoi.

Tiba-tiba! anak dia muntah.. Habis berlemuih satu baju bapa ni. Nasib kami memang mesyuarat tu kat rumah dia, jadi terus dia excuse meeting jap nak pi uruskan anak dan tukar baju. Sebabkan banyak sangat muntahnya maka bapa sorang lagi tolong lapkan jejeran yang tersisa pada lantai. Aku dengan seorang lagi rakan bujang hanya memandang sepi tindakan para bapa ini.

Ahaha~ Bersilat juga la bapa ni mengurus anaknya. Sambil sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi duk ambil mihun nak hidang ke kami. Lepas ambil bihun, gi dapur lagi ambil cili kicap. Then baru dia cakap

"Eh tolong ambil kan pinggan kat sana" aku duk tengah mengelamun macam separa sedar baru notis dia cakap ngan aku. Tapi bapa lagi satu bertindak pantas pi tolong ambil.

Kelakar pulak tengok this situation. But, its life!

Full of colour.

Thanks guys. u made my day. Dan saya tau masih banyak sebab untuk kita bersyukur. :D

Alhamdulillah!
(p/s: lagi sehari je I'm with 2015. Nak break dah. sobs)

29 December 2015

Kak Mai

"kak mai cuti jugak la sarah last week"
"oh ye ke? tula kak mai tak bagi emel mana saya nak tau"
"ko ni lebih la sarah"

sebentar kemudian dia menyambung
"esok pun kak mai cuti lagi"
"oh ye? oh sebab anak masuk form 1 ye?"
"haah, ada orentasi"
"saya dulu orentasi sebulan kak mai untuk form 1"
"oh ye?"
"haah, sekolah asrama kan.."

"tu la anak kak mai yang perempuan tu pun nak masuk asrama. tapi kak mai takut"
"ha ok lah tu, masukkan je.. takut apa? takut kena buli? ala takpe, enjoy je kena buli"
"ish ko ni sarah"
"saya dulu kena je kak, ok je. Yang penting kita ni kalau tak 'terlalu' insyaAllah ok je. tak terlalu cantik, terlalu kurang ajar, dan macam-macam terlalu lagi.."
kak mai berlalu tinggalkan aku bercakap sorang-sorang. tanak dengar dah aku membebel panjang-panjang.

Tapi, aku rasa betul apa.. kalau kita tak begitu menonjol mesti takde orang teringin nak cari pasal ngan kita. Contoh, kalau terlalu cantik. mungkin ada orang jeles. so dia pun buli la. Kalau terlalu kurang ajar, ha.. tu memang semestinya fokus untuk attack by senior. So live humbly je dulu untuk tahun-tahun awal tu. Then, bila dah naik tahun da tahu rentak dan rencah yang sesuai baru la menyerlahkan diri yang sebenar. Ahaha~

Bagi aku, para pembuli ni semua insecure belaka! Aku kasi chance je dulu dorang buli aku. Lepas gian, tapi bila turn aku jadi senior, aku tak ulang dah benda nih. Sebab aku tak suka cara tu, aku tak rasa membuli ni give any good.

Hentikan membuli! Katakan taknak kepada keganasan!

Sekian.

28 December 2015

the future me

ok disember dan hari ke-28.

Hari ni adalah agak 'lemau'. Untuk 4 hari ni, saya namakan lemau as a middle name. (nama da memang banyak, masih nak tambah lagi kan :P)

Mana tak lemaunya, cuti seminggu kan last week. zzz.. pastu datang ofis, nadya dan SL pulak cuti. Lagi double triple lemau. (sejak bila aku kisah lak kan diorang ada ke dak. haha) Aku rasa ni pengaruh lama sangat bercuti. Sindrom ni sindrom.

(antara perkara yang bless dalam hidup adalah bertemu gadis gadis comel dan kelakar. Teringat dia pun rasa nak tergelak. #random)

Minggu lepas, balik Perak jer walaupun cuti sampai seminggu kan. Kat Perak layan adik beradik, mak abah dan andak's family. Hari Jumaat back to Kuala Selangor. Ada kenduri sempena anak cousin bersunat. Ok, keunikan family belah mak adalah, keluarga mereka kecil saja dan kurang complicated berbanding keluarga ayah. (boleh pulak cek2 sedara ayah tetiba bersedara ngan budak GB !==) Maka kitorang sesama cousin dah macam adik beradik je. Jadi, anak-anak cousin da rasa macam anak sedara sendiri.

Jumaat tu habis kenduri lepak dengan anak2 sepupu, sembang je la. Seronok betul diorang dengar aku bercerita, kadang habis modal jugaklah nak bercerita. Tapi tetap kena paksa gak cerita.

"Cik Sarah, cerita lah lagi"
"Takde citer da ekal, semua dah cerita"
"Ala, cerita hantu gunung pulak"

"Ko tak de ke cerita yang lagi berfaedah Sarah" - mak
aku sengih jer :P

Malam tu mak n ayah ekal balik manjung kemas rumah nak pindah. Tapi anak dia yang 2 orang ni kena tinggal, sorang je angkut. So, layan la diorang lagi, cerita lagi dan lagi. Akhirnya kitorg adik beradik tido dulu. haha.

Sabtu pagi mak dan adik-adik balik. So, another day with kids. Letih jugak melayan bebudak nih. Nasib baik diorang ni tak ligat sangat, dan lebih suka duduk dan mengopi sambil berbual lagak orang tua. haha.


Ahad kelas and the rest is history.


Maka itu lah serba sedikit update tentang kehidupan saya yang semakin hambar. Ahaha. Oh ya, btw pernah ke aku kabarkan tentang satu website ni yang agak menarik.. ia dinamakan write a letter to your future self. Aku nak share sekali lagi lah kan, sebab tetiba hari ni aku teringat lagi website tu.

(https://www.futureme.org/ : Write a letter to your future self)

Al kisahnya aku jumpa this site somewhere in 2011, then aku tulis sepucuk surat (baca:emel) dan set kan tarikh untuk dihantar adalah bersamaan tahun hadapannya. Pastu aku pun dah lupa, tak alih2 aku dapat emel ni on 2012 aku terkejut balik dan berasa kelakar dan berasa, ahh rindunya aku yang dulu. Maybe u all can have a try? :) Seronok gak kadang-kadang. haha.

Ok, till then. Soon nak type konklusi untuk 2015.

Sedihlak rasa nak meninggalkan 2015,
apatah lagi nak melangkah ke 2016.

be strong, and keep paddle!

PJS,
3 hours to go
>.<