Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 May 2016

Jogjakarta - Day 7

Bagaimanapun juga, bagiku 
kau hanya sebatas kenangan yang pernah ada,
Dan saat ini, aku hanya menikmati rindu 
yang sesekali masih terasa
[Perihal yang aku tulis, Boy Candra]

Day 7 (Ahad, 25 April 2016)

Mangunan Fruit Gardens
Setelah perbincangan semalam dengan Jito, Mangunan ni lebih kurang wisata alam kalibiru yang kami pegi semalam, jadi nak jimatkan masa dan supaya pengembaraan hari ni tak terkejar-kejar (last day lak tu kan) Maka kami pun sepakat untuk tak pergi yang ni. 

Sultan Palace (Keraton), 8.30 - 9.45 pagi


Hari terakhir dimulai dengan menuju ke rumah raja a.k.a keraton. ^^, untuk penduduk Jogja mereka adalah sangat dekat dengan istana. Dan di Indonesia saja, hanya ada 2 tempat sahaja yang masih menggunkan sistem Sultan iaitu Acheh dan Jogjakarta. Disebabkan itu, nama Jogja dikenal sebagai Daerah Istimewa Jogjakarta. 


Di Keraton, kami dibawa melihat sekitar keraton, dia ceritakanlah salah silah susur galur kesultanan. Aku kira sekarang dah keturunan ke-11 (kut), Sri Sultan Hamengkubuwono X. Sayangnya tuan sultan hanya dikurniakan anak perempuan seramai 5 orang. Katanya akan mewarisi, tapi masih ada isu kerana ada sebahagian yang taknak perempuan menjadi sultan. (Eh eh, melalut pula kepada politik kesultanan kan, maybe kalau nak tau lanjut korang boleh cari sendiri. haha)



Selain dari itu, keunikan istana ini adalah, ia open kepada public untuk buat lawatan. Dan kebanyakan tempat adalah berbentuk seperti muzium. Ada pameran batik, ada pameran hadiah2 dari belanda dan negara2 lain dan berbagai pameran yang lain lagi. 

Abdi Dalem tengah menunggu masa untuk mesyuarat

Bergambar dengan salah seorang Abdi Dalem.

Pekerja istana digelar sebagai Abdi Dalem. Pakaian rasmi (lelaki) mereka adalah baju biru, topi batik, kain batik. Selain itu yang lebih 'rare' adalah, mereka berkaki ayam kemana saja dikawasan istana! masih! Sangat mengekalkan adat. Ada jugalah bertanya-tanya dengan pakcik tour guide tu, dia cakap abdi dalem ni takda pencen, kerja sehingga hujung nafas. Unless abdi dalem yang nak minta berenti awal. 

Keraton - Keratuan - Rumah Raja

Tamansari Water Castle, 9.50 - 11.00 pagi


Dari Keraton, kami di bawa pula ke Taman Sari, yang kedudukannya tersangatlah hampir dengan Keraton, Kurang lebih 5 minit perjalanan kereta. 

Bagi aku taman sari adalah satu tempat yang agak cute jugalah. Selain dari pintunya yang rendah. Fungsi taman sari tu sendiri aku rasa agak comel.


Ok, taman sari ni adalah tempat bersiramnya raja-raja. Selepas masuk satu pintu gerbang pertama, kita akan nampak 2 buah kolam renang. Diceritakan kolam renang pertama adalah tempat bersiram para gundik raja. Manakala kolam renang kedua adalah tempat bersiram anak anak raja.


Hampir dengan kolam renang pertama terdapatnya satu menara tinjau yang dapat memerhatikan seluruh kolam 1 dan 2. Dan dari situlah raja akan duduk memerhati gundik-gundik mandi, dan memilih gundik mana yang akan di ajak bersiram dengan nya. Gundik terpilih akan menerima sekuntum bunga yang dicampak oleh raja dari menara tinjau itu. (Ahaha, ok kelakar) 

Gundik terpilih akan mandi bersama raja di kolam satu lagi. Itulah ceritanya Taman Sari.

Ni bilik persalinan.


Oh ya, dan berkenaan dengan pintu nya yang kecil, aku tanyakan bapak tu, adakah orang Jogja begitu kecil, sebab pintu dia rendah kan. Katanya tidak, pintu itu sengaja dibuat rendah, simbolik kepada orang Jogja yang mementingkan kesopanan, bila nak berjalan menunduk/membongkokkan sedikit badan. (Amazing!)

Selepas habis memutar disekitar Taman Sari, bapak guide membawa kami pusing sekitar masjid bawah tanah, Sumur Gumuling. Kata pak guide, masjid itu dibina di bawah tanah kerana nak merahsiakan kedudukannya dari Belanda yang menjajah ketika itu. Jadi bila nak solat boleh masuk ke pintu rahsia menuju bawah tanah.

Jito a.k.a Jo



Rata-rata penduduk di kawasan Taman Sari ni pandai membuat batik. Sepanjang laluan boleh lah nampak orang kampung sedang mencanting batik di halaman rumah.


 

Pak guide sini pun asalnya adalah guru batik. Dia bawa ke rumah dia tengok batik yang dia buat.

Antara koleksi kat rumah pak guide


Oklah dah penat tengok batik-batik yang dihasilkan pak guide, mari kita menuju ke masjid ye! 

Tangga turun ke kawasan masjid

Kawasan di dalam masjid. Tak leh imagine sangat macam mana masjid ni. huhu.

Part yang menarik dalam masjid

Lorong-lorong sepi

Sudah ke hujungnya.

Hutan Pinus, 1.33 - 2.10 petang

Hutan Pinus terletak di Mangunan/Imogiri. Yang menarik tempat ni? Tidak dapat tidak adalah untuk bergambar >.< Aku rasa memang itula motif teratas hutan pinus nih. Ala-ala tempat winter sonata pun ada gak. Selain dari cantik untuk bergambar, aku kira yang menarik tentang hutan pinus ni adalah, ia sejuk!





Airport

Masa yang tak ingin di fikir akhirnya tiba jua! Masa untuk pulang kepangkuan realiti. Hidup tak selalu indah seperti berlibur. Punya pelbagai lagi tanggungjawab yang menunggu di Malaysia. 


Sampai airport haruslah kelamkabut nak check in beg! Ahaha, paling bijak pandai adalah bila beli tiket flight tak include sekali luggage. what the fish, kan! ok sarah, point taken there. Lesson learnt! Nak travel kena ada check in luggage atleast 20kg ok. 

till then.

Bye Jito. Bye Jogja.

7 hari untuk selamanya.
                                 Jogja will be missed!

#jombleberpetualang #wonderfulindonesia

11 May 2016

Jogjakarta - Day 6

Di tempat ini, kita pernah berterima kasih kepada senja
atas segala warna yang melukis di langit.
Kita sama pernah terkagum pada merah marun,
dan jutaan warna yang menari ria di sudut senja.
[Di Tempat ini kita Pernah Saling Membahagiakan, Boy Candra]

Day 6 (Ahad, 24 April 2016)

Merapi Volcano Tour (7.35 - 9.30 pagi)

Hari ke-2 dimulai dengan Merapi Volcano Tour. Naik jip pusing kawasan yang terkena laba merapi 6 years back. Bila tengok Merapi ni dari jauh gerun jugak. Lagi-lagi bila tengok kesan lahar dia yang menyebabkan terbentuk satu ruang yang sangat dalam di permukaan bumi. Betapa dasyatnya kuasa Allah! Dan aku rasa, Merapi pun antara sebab orang-orang di sini aku kira sangatlah kental, tabah hati dan kuat semangat. Peh, nak memulakan hidup baru setiap kali lahar meletus, mampu? aha.

 

Di Merapi ada beberapa check point

CP1: View Merapi

 


Kami berhenti di satu kawasan khas untuk bergambar. Hihi. Perkara yang sangat di gemari anggota pasukan. Dari kawasan kami berhenti boleh nampak puncak Merapi dan kesan khas kawasan yang terkena lahar merapi. Semasing mula la memerhati Merapi sambil merasa tak percaya.

"Seriously kita kat puncak tu kelmarin?" lebih kurang gitulah bahasanya.

CP2: Muzium Merapi

  



Di mini muzium Merapi ni terdapat banyaklah kesan-kesan khas dari meletusnya G,Merapi tu. Antaranya rangka lembu/kerbau. Kaset-kaset lama. Jam. Dan beberapa lagi lah. Termasuk lah tapak muzium mini tu. Ia adalah rumah yang terkena lahar. Semuanya jadi berdebu teruk. Memang menginsafkan jugalah. Dapat pulak ada yang duk dengar cerita dari Supir jeep (ala dah tak ingat nama brader nih) tu cerita tentang Mbak Marijan pemegang kunci Gunung Merapi. Cerita macam ni menjelaskan lagi betapa Jogja adalah sebuah negeri yang masih tergantung perjalanan kehidupan mereka dengan adat dan tradisi. Maka, tak salah untuk aku simpulkan yang Merapi sangat dekat di hati warga Jogja.

CP3: Batu Alien



Batu alien ni dorang cakap kalau kita tengok ikut pelbagai sudut akan nampak view yang berlainan. Tapi supir jeep ni sempat tunjuk satu sudut je. Sudut lain tak cerita pun.

CP4: Banker

 



Banker merupakan satu tempat perlindungan asap kabut saatnya Merapi meletus. Bila kabut panas berlalu, orang-orang yang berlindung didalam banker boleh lah keluar dan pergi menuju ke tempat yang lebih selamat. Kabut merapi adalah sangat berbahaya ye rakan-rakan. Terhidunya boleh membawa maut. Kalau korang pernah tengok cerita Gie, Gie tu mati sebab terhidu asap masa naik gunung Semeru. Dari cerita tu lah aku tau yang asap dia sangat merbahaya :D

Oh berbalik kepada banker. Walaupun demikian, banker ni masa tahun 2010 diorang dah tak guna sebab previous letusan Merapi, tempat tu macam ada leakage or something wrong. So, banker tu dah tak digunakan. Tapi 2010, beberapa pekerja datang untuk check banker ni. Sadly, masa diorang sedang dalam banker, Merapi meletus. And, they trap! Arghhhhh sooooo sad! Kata pak supir lagi, banker hanya mampu menahan kabut panas, dan ia tak dibina untuk menahan lava panas. And those yang terperangkap dalam banker tu, died. Masa kami balik ke van, Jito cakap siapa yang ada 6-sense memang boleh feel something bila masuk banker tu. Sebab mereka percaya roh-roh yang tidak tenang masih berada disitu. Ok, aku tak rasa pape masuk dalam tu!

Group photo!

Candi Borrobudur (11.15 - 1.51 petang)

Dari Volcano tour, kami menuju ke Candi! Ah, dah menginjak tengahari, panas dong ah! (kekwat plak kan) Tapi kali ni kami mengambil langkah yang lebih bijak dari semalam, sesampai saja di perkarangan candi, kami makan dulu. Aku macam biasa, megi la! hehehe. Oh, dan ketika kami makan, didendangkan pula dengan artis jalanan. Sedih gak lagu dorang nih. Kalau dorang nyanyi tu, prepare je lah $$ k. Memang purpose diorang menghiburkan itu untuk collect $$ pun. Pekerjaan tu kan!

Lepas makan, kita ke Surau sat untuk jamak Zuhur & Asar. Ramai betul lahai para wisatawan. Jadi sementara yang lain masuk tandas dan berwudhuk. Aku lepak bareng dengan Anton.

"Tak solat sekali?" aku.
Anton hanya sengih dan menggeleng. Sebenarnya memang dari hari pertama di Homestay aku perasan Anton tak sembahyang. Jadi, aku pun harus membuat ini jelas.
"Sebenarnya agama kamu apa Ton?"
"Katolik"

Ok faham. Tak baik kau Sarah bersangka-sangka dengan Anton selama ni. >.~


Habis solat, kami pun menuju ke Candi Borubudur. Bercinta gak lah nak naik tangga candi nih. Aduh duh duh. Ok, kalau Prambanan dibelakangi dengan agama Hindi, maka Borubudur di belakangi dengan agama Budhha. Tapi sebenarnya banyak lagi la versi versi di sebalik versi. Sampaikan aku pun tak sempat nak catch up dengan versi Budha nya. Ahaha.

 



Untuk candi kali ni kami pusing laju je. Konon nak kejar masa, tapi sebenarnya aku pun tak tau sangat apa yang nak di tengok lagi kat sini. Selain dari stupa yang berbentuk sama je pusing mana pun, hanya ada ukiran-ukiran di dinding candi. Aku tengok-tengok jugalah ukiran tu tapi tak relate pun dengan cerita yang aku dengar dari Jito. Jadi, aku pun decide, tak perlu lah rasanya nak tengok semua. Habis satu round, aku pun menyertai yang lain dan turun dari candi.

oh, hari tu aku terbaca satu IG ni, ada budak ni dia rasa feel lain macam bila datang borubudur. Aku macam, ok takda feel lagi. hmm. Kena buat check up ke eh, kekurangan perasaan. haha.

Desa Wisata Alam Kaliburu

Dari Candi kami menuju ke Alam Kaliburu. Masa ni memasing dah rasa macam ikan masin, asam keping dan belacan. Busuk betul! Bayangkan kat Merapi dah berpanas, sambung lagi panas kat Candi. Ahaha. Nasib baik masuk gambar tak de bau. LOL!



Kat sini biasa orang datang untuk bergambar. Ada 3 spot untuk bergambar. Setiap tempat ni ada la caj dia kalau kau nak bergambar. Caj bergambar dan caj untuk gambar yang dah dicuci (tapi kami tak amik yang ni sebab memang bawa kamera sendiri kan). Kalau sekali imbas, macam Tabur pun ada Kaliburu ni. Hehe.

  




Gumuk Pasir Sandboarding, Parangthritis

Tempat ni terpaksa di padamkan dari list, memandangkan nak enjoy sore di Alam Kaliburu dan dalam masa yang sama, kami pun ada request nak pergi Maliboro Street kat Jito. Sebab takut terburu-buru jadi Gumuk Pasir terpaksa di padamkan.

Kami sepakat untuk menghilangkan Gumuk Pasir dari senarai untuk memberi setiap kami ruang untuk bernafas lebih lama. Ahaha! Mengah kut kalau nak terkejar-kejar dengan plan diorang ni!

Maliboro Street & Kopi Joss

Ok antara reason kitorang batalkan beberapa tempat pun adalah untuk berbelanja kat sini. Nak beli souvenir kat orang kampung la kononnya. Mula-mula singgah cari Bakpia. Dari Malaysia lagi Wan bising nak kan Bakpia. Tapi aku tak ingat nama tempat tu. Ada lah bakpia, kepek tempe dan bermacam lagi snek2 untuk dibawa pulang.

Lepas tu sambung ke Maliboro street dan membeli-belah. (Ok, tak tangkap gambar pula kat signage Maliboro tu, Jito da suggest hari tu, tapi malas) Antara gambar yang sempat di tangkap.

Kedai-kedai sepanjang jalan

Kedai makan. Amacam klasik atau hipstur?

Ni lah contoh street performer yang ada

  
Teman Ochi jap dia nak beli seluar Consina

Lepas habis berbelanja, kitorang pun jalan sat cari kopi joss. Kopi joss ni kopi arang. Aku tak amik pun, macam menyeramkan je. Sambil minum kopi, sambil perbincangan untuk perjalanan esoknya pulak. Masa ni la street performer duk mendendangkan lagu. Layanzz..

p/s: Oh ya, aku sempat rembat senaskhah karya agung Boy Candra masa lalu kat sebelah mall kat maliboro street tu! Kebetulan ada ekspo buku tepi tu! Asyik banget bukunya~

Ok, hari ke-6 pun berakhir. Esok nak balik Malaysia dah!!! 

#jombloberpetualang #wonderfulindonesia

to be continued..