Isnin, 29 Ogos 2016
Sebelum memulakan hari, testing sikit makanan mamak bawah Ros Heritage ni. Boleh tahan jugak. Roti puri nya diorang cakap sedap. Aku tak makan, amik roti bakar dan telur separuh masak je. Makanan standard.
15. National Park, Teluk Bahang || 9.00 pagi
Hari Isnin, ketika semua bekejar ke kantor, maka kami pun bersegera mempersiapkan diri menuju Teluk Bahang. Tentatifnya, ke Monkey Beach! Aku ingat nak push lagi alang-alang, apa lah salahnya terus ke rumah api. Tapi, once sampai monkey beach, aku pun dah malas. hahaha.
Sampai. Parking. Register. (free je) Dan perjalanan bermula.
Aku rasa ringan-ringan je la perjalanan dia, tapi boleh membakar kalori jugak. Kira menelusuri teluk bahang ni lah citer dia. Sambil on track, boleh nampak ombak-ombak kecil memukul gigi pantai. Nyaman.
Along the way, nampak la jugak budak-budak tengah buat assignment kut, tak tau lah. maybe kos maritim ke kan! Sebab kat tepi pantai tu jugak ada check point USM Cemac. Jalan lagi dan terus berjalan sehinggalah dah tak nampak orang. (Hari Isnin kan, siapa je nak masuk national park)
Sesampai je monkey beach, nampak ada kedai jual air kelapa. waaah! Pakcik plak ramah semacam.
"Jauh berjalan, marilah singgah dulu minum air kelapa"
Apa lagi terus lah lepak situ minum air kelapa sejuk lagi menyegarkan. Sambil layan mak arab main ATV kat belakang tu, eksaited betul ye dorang main ATV. Ahaha~
Setelah berbincang, kami decide untuk tidak patah balik jalan yang sama. Nak naik bot! Dah takda mood nak jalan. Hehe. Menurut pakcik kedai. Naik bot ni caj yang dikenakan biasanya RM40 kalau dari national park, dan RM50 kalau kita call dari monkey beach sebab, kira macam dia nak cover 2 hala perjalanan.
Bot sehala: RM30
Air Kelapa: RM15 (3 biji)
Kemudian sampai jeti pintu masuk tadi, terus lah singgah petronas pergi salin baju. Belengaih kut duk trekking tadi, pakej kena air laut lagi.
Makan Laksa Tepi Laut || 12.30 tengahari
Lepas siap tukar baju, mulalah berasa lapar. Ude tanya nak makan nasi kandar tak, kami cakap tak rasa nak nasi. Laksa or char kuey tiaw pun ok. Maka, ude pun singgah tepi laut ada kedai laksa.
dan rojak buah.
memang rojak buah dia sedap betul! sampai order satu lagi la citer dia. Laksa dia pun not bad, kuah ceroi tapi aku suka je asalkan rasa dia ada kat situ. Ahaha.
Siap makan, kami pun bergerak ke masjid terapung. Solat Jamak Zohor, Asar. Masjid ala-ala masjid kristal kat Terengganu.
17. Muzium Terbalik, Georgetown || 2.45 petang
Nak dijadikan cerita, sepatutnya nak terus ke Bukit Bendera, tapi dari keluar masjid nak menghala ke Bukit Bendera da start hujan. Pastu fikir kalau hujan, susah pulak nak berebut naik cable car lagi kan. Jadi pusing, pergi ke Upside Down Museum ni.
Selalu aku tengok orang pi Penang g Muzium ni. Nak bajet2 trendy, bagus kita cuba. Macam tu. Tapi sad sikit lah, cost dia agak mahal bagi aku untuk saiz yang kecil dan hanya bergambar. Taktaulah kalau korang suka, bagi aku not worth it la. Tapi kalau muzium tu memang historic ke apa, aku ok je nak pay more. Sekadar untuk fancy aku rasa, pelaburan yang tak berapa nak bijak lah untuk aku.
(aku kan makcik2 sikit, so memang tak amaze sangat la perkara fancy ni)
Tapi da masuk, aku belanja sikit lah korang gambar sekitar kejadian.
Keluar dari muzium terbalik, tengok langit nampak cerah, jadi kami pun bergerak menuju ke Air Itam, Bukit Bendera!
Kali terakhir aku ke Bukit Bendera masa darjah 5, rombongan sekolah ayah. (Masa kat KMPP pun tak gi bukit bendera tau) Pergi bukit bendera dan komtar masa tu. Pun dah gembira sangat. Dasar kanak-kanak!
Pergi kali ni, eh lain sangat dah bukit bendera. Aku pun dah macam lupa bukit bendera yang dulu. Tapi teropong yang boleh tengok satu penang tu aku rasa masih ada. Dulu 10sen atau 20sen kalau nak tengok. Sekarang ni dah RM1 ada kut. Aku tak cuba pulak.
Kat puncak bukit bendera ada masjid, ada temple. Sebelah2. Kami ke sana singgah Asar. Lepas tu kat bawah tu ada owl museum, ada pad lock love tu macam kat korea tu. Tumpang bergambar je la tak kuasa la aku nak pi gantung mangga kat situ kan.
19. Nasi Kandar, Deen Jelutong || 6.30 petang
Dari Bukit Bendera, kami ke Nasi Kandar Deen Jelutong. Memenuhi perasaan ude nak nasi kandar. Aku dan Awanis sebenarnya tak into sangat la nasi kandar. Sebab nasi mamak ni kan dia macam oily dan memberi efek full pada perut.
Tapi sebab ude macam dari tengahari dia duk tanya pasal nasi. Jadi, kami kasi chance la follow kegemaran ude. Orang kata Nasi Kandar Deen Jelutong ni antara yang must go la kalau cari nasi kandar kat penang. level2 sama macam nasi kandar beratur.
Wahaha! tapi bagi aku, kau nak beratur ka tak mau ka, nasi kandar ja kut!
Lepas pekena nasi kandar, aku nampak ude macam bertukar! Ada sinar cahaya di wajahnya, bright! Senyum ada sampai telinga! Rupanya kejadian2 ala pms yg terkeluar sikit2 along the way tadi sebab tak dapat nasi!! kesian.
20. Masjid Negeri Pulau Pinang, Jln Air Itam || 7.45 malam
First time jatuh cinta! Walau pun banyak turun dari naik, tapi cinta tu kekal hingga hari ni insyaAllah. ^^,
Sebak pulak dada di asak kenangan.
21. Padang Kota, Georgetown || 8.34 malam
Selepas siap sembahyang semua, kami pun menuju ke padang kota. (Lepas balik KL aku baru notis ada Mi Sotong sedap dekat esplanade sebelah padang kota. Hmm) Saja ajak ude singgah padang kota sebab 24 Sept ni ada sukan gema kat sini. Perasmiannya di Padang Kota, jadi sajalah nak tengok kawasan gitu.
Tamatlah perjalanan untuk hari ketiga, hari terakhir menyusul kelak.
ok, till then.
bye.