Waaahh.. finally, the final year in 2 series!
Tak tahulah nak sedih ke nak gembira. Apapun, alhamdulillah sebab masih Allah beri umur setahun lagi, untuk terus bernafas. Untuk terus berusaha menjadi lebih baik. Untuk menjadi lebih dekat dengan Dia. Kan?
(
Ya Allah, berapa lama lagi nak main-main ni Sarah)
Ok disebabkan Ude duk request post tentang birthday tahun ni, maka aku jot down juga lah sikit kan. Macam biasa, setiap tahun aku akan off kan any social media yang auto paparkan birthdate aku. Bukan lah sebab aku gila glemer, atau bajet nanti wall akan flooded dengan ucapan birthday. Maafkan, aku hanya seorang introvert yang lo-profile. Begitu. Pencinta sendiri dan tidak mendapat highlight dunia adalah aku yang sebenarnya. (tolonglah percaya)
Ok dijadikan cerita, seorang Sarah telah dilahirkan pada 25 Oktober. Dan jatuhnya tahun ni pada hari Selasa.
24 Oktober (Isnin)
Pagi tu aku dapat wasap dari Izzah..
"Akak, nanti malam saya nak jumpa akak. Ada hal sikit nak bincang. Dalam pukul 9 macam tu. Biasa la kerja marhaen gini, kena OT"
"Ok"
Out of the blue, pukul 5 lebih kak Siti random ajak pergi Sushi King. Aku pun on je lah ajakan tersebut. Since Izzah nak jumpa kan, aku pun malas jugak nak keluar kalau da balik rumah. Might as well main di luar dulu before 9. Lepas maghrib di surau The School, aku pun bergerak ke Sushi King, Jaya One.
"Izzah, akk kat Sushi King Jaya one tau" cubaan mengawalkan pertemuan.
"Ok kak, saya tak siap kerja lagi ni, dalam pukul 9 saya gerak" ok gagal. Jadi aku pun fokus makan sajalah. Masa tu start rasa something fishy, apa benda yang dia nak bincangkan sangat nih. Hurmm.
Ok untuk makluman, Sushi King Jaya one dah change jadi Sushi King Express. Apa bezanya express dengan biasa? Semua sushi dia RM3 sepiring (tak campur gst) dan makanan dia pun terhad, tak semua menu yang ada kat Sushi King ada kat Express.
Makan dengan seronok sekali sebab sepinggan RM3 kan, sampai tak sedar dah pukul 9. So, dapat wasap dari Izzah dia cakap da on the way ke rumah. Maka aku pun bayar dan gerak balik. Masa aku balik, aku notice dah kereta Izzah, lampu dalam dia menyala dan macam ramai je dalam kereta dia. Then sebab kan takde parking, aku pun pusing satu pusingan, dan selisih kereta Izzah.
Aku buka tingkap, Izzah pun buka tingkap tapi dia tersilap buka tingkap belakang.
"Ha nak cakap apa?" muka Izzah masa ni, macam freeze. Dia macam space out pun ada.
"Eh akak parking lah dulu. Nanti cakap."
Fine. Aku pun pusing dan park.
"Kak Jom" wasap izzah masuk
"Jom gi mana?"
"jom jom"
"Naik rumah dulu? Akak tunggu kat lif"
Masa aku tunggu lif, ada Izzah sorang je. Aku pun pelik, rasa tadi macam ramai dalam kereta. Sampai lah masuk rumah semua. Aku tanya,
"Apa yang awak nak cakap sebenarnya?"
"Saya peninglah kak ngan parlimen belia ni. Macam banyak je tak setel lagi"
Ok aku macam rasa kenapa pulak parlimen belia dia nak diskus ngan aku. Zero kut aku bab-bab gini. Tak lama pastu, kak siti keluar dari bilik.
"Eh mana lagi 2 orang" tanya kak Siti. Tapi aku sebenarnya takde kecurigaan pun dengan soalan kak siti nih.
"Mana de, dia datang sorang je"
"Oh xde ke.."
Aku pun buka laptop sebab alang-alang masa tu da 9.30 kan. Pukul 10 final episod
Patahnya Sebelah Sayap kan. Ahaha! Tak lama lepas tu, ada orang bagi salam. Aku rasa macam kenal suara nih. Terus aku toleh Izzah, dan prasangka2 aku semenjak tadi pun akhirnya terluah.
"Korang nak celebrate birthday ai ke?" pastu Izzah gelak + kalut, xtau nak sorok dah. Kak siti tolong buka pintu dan tersembul lah muka Su, Saidah, Nina dan Ita kat muka pintu bersama pizza, kek dan baloon!
Hahahaha. (Why every year aku kena spoil kan suprise orang? LOL. Except kes bunga last year, yang tu memang aku betul2 suprise)
"Korang, kak Sarah dah tau!" jerit Izzah bila diorang masuk.
"Ala kenapa kenapa? Camne bleh tau ni!" - Saidah
"Sebenarnya Na da boleh bayang da respon Kak Sarah ni" - Nina
Bila keadaan da bertenang sikit,
"Kitorang yang berdebar lebih dari akak, memang akhirnya kitorang yang kena suprise!" - Su
"Thrill betul, kitorang nak naik pun siap sorok2 balik tiang semua" - Ita
Ya, dan malam tu dapat la makan pizza dan kek. Terima kasih pakatan yang sudi buat kejutan! Saya akan usahakan untuk nampak terkezut di masa depan (plis ripit next year plis! plis! hahaha)
25 Oktober (Selasa)
Ok, meskipun dah berjaya menutup maklumat birthdate di FB dan Skype, tapi aku terlupa! FB ada share memories!
Terima kasih semua yang sudi mendoakan kebaikan dan kebaikan dan kebaikan dalam pertambahan umur ini. Semoga kalian juga di balas kebaikan oleh Allah.
Dan boss, terima kasih untuk sepotong kek. Macam tau2 je i on diet! ^^,
Oh, hei Nur thanks too for this!
Sekian itulah sahaja cerita sambutan penghujung 20-an. Semoga aku mampu untuk bertahan meneruskan apa yang telah aku mulakan. Rasanya kehidupan akan lebih mencabar di masa depan, moga Allah lah yang Maha Membantu melalui fasa-fasa sukar ini.
till then, pen off.