Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 August 2017

LRT Gombak Line

Hai semua, lama tak bersua kan. 

Betapa malasnya kehidupan seorang wanita di ambang 30 an ini. Begitu! Ok, hari ni aku nak ceritakan tentang LRT. Ya! Pengangkutan utama aku untuk tahun 2017. yeay~ ya betul, ramai dah tau kan aku sekarang kerja client side. Jadi tidak berada di HQ (Jln Klang Lama) - marilah roger sekiranya nak bersosial berhampiran point2 LRT.

ok alkisah.

Aku sejenis orang yang malas nak duduk di dalam tren ni. Sebab apa? Ofkos sebab yang utama adalah kerana, normally tren pack. Jarang sesangatlah nak dapat tren longgar2 ni. Memang a bit amazing juga lah kalau masuk tren tiba-tiba ada bangku kosong. MashaAllah Subhanallah! 

Reason seterusnya kenapa aku malas nak duduk adalah kerana, kalau dah duduk, ah begitu malasnya lah aku nak bangun, unless memang da sampai ke destinasi aku lah kan.

ok, pagi ni.

Aku masuk LRT macam biasa, 2 koc. Ok, harus lah sendat dan padat. Tapi selepas a few station, tiba-tiba ada satu seat kosong depan aku. Lepas usha kiri kanan, takde plak acik2 tua, mahupun kakak2 pregnant, aku pun duduklah. Untuk kes ni sebab, kalau aku tak duduk keadaan bertambah sesak. Jadi baik aku duduk, atleast ada ruang sket untuk orang lain. kan?

Lepas a few station lagi masuk la plak makcik ni, aku agak maybe late 40s or early 50s kut. Berdiri depan uncle ni selang 2 seat dari aku. Sebelah aku makcik cina (tua gak). Aku mula-mula teragak-agak juga nak bangun tapi sebab dia jauh sket, dan nampak dia macam steady je (oh ofkos plus jenis yang malas bangun selagi belum sampai stesyen kan) niat tu terbantut. Tiba-tiba pakcik tu bangun,

"Come have a sit" gigih gak la pakcik ni bangun.
"Eh never mind its ok" balas makcik sambil mencuba tahan pakcik tu dari bangun.
"No no im leaving just few station from here" sambung pakcik tu lagi dan terus bergerak beberapa langkah dan berdiri depan aku. Phew~ Aku rasa pakcik ni memang tak berapa kuat jugak dah ni, tengok dia nak berdiri pun kena bersandar kat tiang kerusi. 

Tak lama lepas tu, lepas stesen Bangsar menuju ke KL Sentral makcik sebelah aku pun bangun, dia cuit pakcik tu suruh duduk dan bagi sign yang dia nak turun dah kat KL Sentral. So pakcik tu duduk sebelah aku, sambil bertukar senyuman ngan aku. Kuikuikui.

Aku? turun MJ. Bayangkan camne muka aku 2 stesen tu. Aku harap takde orang viral kan gambar aku lah, "wanita muda dan masih bertenaga tak beri laluan warga emas duduk" gitu tajuknya kalau viral. Sampai je Masjid Jamek, laju laju akut turun tanpa menoleh lagi. 

Ahahaha.

Ok tu je citer sendu LRT untuk hari ni. ^^, Lepas agak lama tidak bersiaran. Hahaha!

(Giler takde motip citer ni, tolong lah cungkil2 sendiri ek motip. KBKK kan)

p/s: btw, aku sakit gigi hari ni. Arghhh.. lama dah tak sakit gigi. First time kut untuk 2017.

06 July 2017

A tracker.

Aku sebenarnya adalah seorang yang tersangat malas nak bersenam.

Tapi kerana kelemahan yg satu inilah.. aku kira, Allah bagi diskaun kat aku.. pinjamkan badan yg kurus selama 28 tahun. Namun akhir2 ini, banyak plak seluar menjadi sempit dan baju kurung tak lagi sedap di pakai.

Nak dijadikan cerita, dekat pejabat adalah satu kempen jom kurus sebelum Ramadhan hari tu. Maka aku tertariklah dengan satu senaman yang disarankan. Iaitu? Berjalanlah 10 000 langkah sehari. Aku macam tertarik dengan yang ni sebab jogging aku selalu kecundang. Kalau dah jogging pun kecundang jangan ceritalah cycling, hiking mahupun zumba. 😂😂

Maka, aku pun tidak berlengah lagi terus memasang niat untuk mencuba capai target sehari 10k langkah. Check2 plak samsung ni ada samsung health yang bleh track step. Waduh, lagi semangat kok!

Tapi, phew 😥 .. nak capai 10k langkah tu bukan mudah ye kengkawan 😭😭 average berjaya dilangkahi setiap pergi dan balik kerja hanyalah atmost ~6000 langkah.

Meski begitu jangan give up ye cik Sarah B 😎 juara Jom Kurus telah membuktikan usaha tanpa kenal jemu bakal membuahkan hasil. Juara jom kurus berjaya turunkan 7kg dalam sebulan ya! Tips dia hanyalah pergi balik kerja guna tangga (rumah 11 tingkat) 😄😂

P/s: gambar tu dapat achieve sekali je.. tu pon masa pi Miri sebab berjalan nak pi Gua Niah. Ahaha~~

28 June 2017

Pintu toilet

29 Ramadhan, ayah bagi wallpaper minta tampalkan kat pintu bilik air.

Aku tengok jap pastu terus tersadai sepi atas kerusi tepi almari. Nak kata sibuk menyiapkan rendang dan sambal kacang tak juga. Haha.

Sampaila akhirnya hari ni, dah raya ke empat. Lepas pelbagai mehnah dan tribulasi akhirnya baru lah dapat nak balik kampung di Selangor nak beraya ngan orang kampung.

Cadangnya 1 kereta nak gerak dulu. Jadi berawal lah kami hari ni, lepas subuh terus iron baru dan siap-siap nak bergerak. Elok dah sarapan siap pukul 8 pagi ayah sampai dari membeli santan di pasar.

"Sarah, ada satu lagi keje ayah bagi kau tak buat lagi kan?"

Ahahaha. Nampaknya, xdapatlah nak bertangguh lagi, terus capai wallpaper jam tu jugak pi tampal, gitu gini siaplah dalam tempoh 20 minit.

Cukup2lah tabiat bertangguh tu sara oi!


P/s: apa kes sekarang nak dekat pkul 9 pun belum gerak lagi ke kampung halaman. 😂😂

4 Syawal 1438H,
Kg Gajah, Perak.


27 June 2017

Bila naqibah mai rumah

Di 3 Syawal yang permai. Aku pon berbaring di Sofa ruang tamu dengan santainya sambil skrol henfon.

'Odw ke kg gajah' nampak plak status naqibah kat fb. Seraya berbasa basilah aku di ruangan komen.
'Marilah ke rumah Kak Syam ☺'
'InsyaAllah' balas kak Syam.

Letak telepon, aku pun sambung golek2. Golek2 sampai ketiduran jugak lah. Sedar2 dah tinggi hari 11.30 pagi dah. Peluh2 tidur rumah kampung ni. Panaih lit lit. Capai henfon sat, eh ada missed call. Haaa??! Dari kak naqibah.

Return call. Ok da odw.

Melompat capai towel buka wardrobe. Ok baju ni xyah iron. Tarik keluar, terus ke toilet. Splash2. Rolled on pape yg sesuai. Ok setel.

5 minit kemudian, there my naqibah 😄😄 .. on time. Phew~

Nampak Hanan, buka pintu je terus, 'eh tu kawan mama! Hi Kak Sarah!'

Wahahaha.


Time kasih kak syam sudi datang rumah kite.

3 Syawal 1438H
Kg Gajah, Perak.

25 June 2017

Raya 2017

Nampaknya begitu khusyuk ye Ramadhon sampai takde post baru. Subhanallah sis. impressive! (#acah2)

Ok, di pagi yang begitu dingin dan syahdu ini, tiba-tiba terkenangkan Syawal-syawal yang lalu. Masa kecik mesti sekarang ni dah kat Kg Sg Buloh. Beberapa hari sebelum raya dah siap packing bag simpan dalam kereta dan bergerak ke kg halaman. 2 jam perjalanan. Tapi jem dulu tak macam sekarang kut. Masih boleh bertenang. Syok juga masa tu, balik kampung jumpa sepupu. dan main bunga api. But that was probably 20 years before. (Peh, tuanya rasa)

Bila dah besar sikit, bila atuk dah tak ada. Dah jarang sangat lah balik kampung before raya. Sebab kat Perak ni, memang belah ayah, dan ayah anak sulung. Makanya, dah belah mak tu atuk-nenek tak ada, jadi ayah la take charge pulak jadi ketua keluarga kat sini. (Kat sebelah Perak pun, atok-opah dah tak ada, tinggal opah tiri) Makanya, bila cuti raya, adik2 ayah la mai bawa keluarga beraya kat sini. Masa ni, the annual event harus lah tunggu bergambar family di pagi satu Syawal. Ahaha!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku rasa the excitement nak raya ni, (bagi aku) adalah masa nak bagi duit raya tu! Nak tukar duit, nak masuk dalam sampul, dan nak spread kat semua sampai lah habis duit2 tu. Yeah! Rasa dewasa sangat :) Semoga niat sedekah kita di bulan Ramadhan itu Allah kira, insyaAllah. Ala, setakat nak bagi ke adik beradik dan sepupu sepapat setahun sekali je kan, apa la salahnya. Haha.

Raya tahun ni?

Eh, asal dah dekat pukul 7 pagi ni semua masih bergolek atas tilam memasing? Lol!

Ok, lastly,

SELAMAT HARI RAYA KORANG! Minta maaf zahir dan batin. kalau ada aku hutang hangpa, jangan lah segan silu roger, takut sangat ada yang aku lupa note kat memana. Biasalah sejak2 nak move ke next stage ni kan, banyak yang lupa. Lagho kuat barangkali.

yang dekat-dekat Kg Gajah tu, mai la singgah rumah! Calling2 dulu k, takut kang kiter takde plak.

Till then.

#raya #syawal #postRamadhan

1 Syawal 1438H,
Kg Gajah, Perak.