Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 February 2018

Menulis

Sebenarnya aku nak menulis panjang...

tapi rasa bersalah, weekend ni exam. Dan perlu baca buku.
Lepas exam ada retreat plak. Harap semangatku berkobar-kobar untuk menulis post exam and retreat.

Hokkaido Trip belum post.
Kelantan Trip pun.

zzzz.
kbye, wish me luck k!

21 January 2018

Ledang Trip - Part 2

Disebabkan lama gila tangguhkan post ni, maka lets make it short and sweet. Hahahaha! Letak summary je, not bad huh?!

Sabtu
1125 memulakan pendakian
1200 tiba cp1 dan rehat
1215 meneruskan pendakian
1230 tiba di cp2 dan rehat
1245 meneruskan pendakian
1300 tiba di cp3 dan rehat
1320 meneruskan pendakian
1430 tiba di cp4 kem rotan


Wah, macam banyak rehat je kan pendakian hari Sabtu ni? Santai! Suka! Aku pun tak ingat sangat dah macam mana pendakian Ledang ni. Tapi masa naik ni, most of the time aku duduk belakang Huzaimi, adik Mirul. Pastu belakang aku bos Mirul, Kak Zalina (adalah kapten sebenarnya. hihi) Oklah duduk tengah-tengah ni tenang sikit. Petang tu kenal-kenal, pastu mandi manda. Then malam tu, makan malam! yehu~ ok aku rasa over pulak minta lambchop, memang tak termakan kut.

Sepatutnya malam tu, kami ada sharing dari Faiz. Tapi faiz pun pancit kut, tambahan pulak kami kena bangun awal esoknya, jadi cut it short. Sharing takde. (Adakah sebab lama sangat taaruf petang tu? Hmm)

Ahad
0300 Start hiking
0330 Simpang pendita dan rehat
0340 meneruskan pendakian
0530 Kem senget, berhenti untuk Solat Subuh
0600 meneruskan pendakian
0640 tiba di sebelum puncak
0650 tiba di puncak


Alhamdulillah, sampai gak aku ke puncak Ledang. Macam ni rupanya view dari puncak. (Ok tipu, takde view pun sebenarnya. Musim hujan awak! Nampak kabus je) Aktiviti aku kat puncak? offer semua orang makan makanan yang aku bawak. Mission success! Ringan sikit beg on the way turun.

Masa nak turun ni, team terpecah kepada 2, satu group turun ikut KFC, satu lagi ikut route naik. Kitorang? ikut jalan asal je. Langsung tak mencabar ke kitorang ni? kahkah!

0845 gerak turun
1115 sampai campsite

Perjalanan turun pulak, gue bareng Kak Siti, Sarrah, Kak Zalina, Nani dan Bad. Sima, Huzaimi dan Amirul belakang sikit dari gue dan temen2.

Sampai camp site, terkezut! Telur sepapan telah lesap hilang entah kemana! Ahhh.. kalut sangat pagi tadi naik puncak lupa nak simpan makanan seperti ajaran norma pergunungan. Maka tengahari tu, makanan kami, sederhana saja. Alhamdulillah, masih ada rejeki.

1440 start turun
1535 cp2
1546 cp1
1600 sampai starting point

Alhamdulillah. Sampai semula ke kaki gunung. Kat bawah tu, kena spotcheck semula, adakah barang yang kita bawa naik, semua kembali di bawa turun. Masa naik tu, dia ada minta isi form, jadi kena declare barang-barang yang bawa naik, masa naik dia tak check, masa turun dia check uolls. Punggah lah beg sorang-sorang dan kira depan diorang. Taman negara kan.

Allah tahu kemampuan kita

Dah sampai bawah tu, kitorang makan malam sekali. Masa tu barulah tau beberapa kisah. Berkaitan dengan kerisauan aku tentang hujan dan pendakian. Rupanya guide bagitau, bawah dari cp4 Sabtu malam Ahad tu, hujan lebat teruk. Sampaikan, ada team yang terkandas dan kena dapatkan bantuan untuk bawa turun. Terkejut kami orang, sebab dekat camp site, memang tak hujan langsung. Allahuakbar!

Nota kaki

Lama tak naik gunung dengan most of GSB. Dah kahwin belaka ni susah nak dapat bareng2. Ya, life kan, macam tulah, tak ada yang kekal. Tak semua naik, but most! Tak taulah will have this again tak later. For time being just cherish the moment kan. ;)

(eh eh sentimental plak dia, kbye)

Ledang Trip - Part 1

Tarikh kejadian: 11 & 12 November 2017

Beberapa hari sebelum pendakian, kebanyakan bahagian Malaysia dilimpahi hujan. Bukan biasa-biasa. Hujan kali ini luar biasa, sehinggakan tidak aku lihat mentari menyinar terang di Kg Gajah ketika pulang kampung halaman pada minggu sebelumnya.

Apabila sehingga khamis hujan masih juga turun pada setiap harinya, gusar di jiwa menjengah juga. Penang dah banjir, sana-sini sibuk dah orang memulakan misi bantuan. Selain Penang, beberapa tempat di Selangor juga ada terlampias kesan air bah.

Jumaat tu, hujan turun lagi mencurah-curah. Ulu Langat banjir, UIA gombak juga banjir. Malah, pekan Seramban pun banjir. Aku dah makin gentar. Cek wether forecast untuk Ledang hari Sabtu dan Ahad, hujan pada kebanyakan jam untuk kedua-dua hari. Ya Allah, apa lah dosa aku! Dah bertahun GSB tak buat hiking selepas bulan Oktober kerana memberi laluan musim hujan, tapi entah percaturan apalah, tahun ini kami buat program pendakian di bulan November.

Ujian demi ujian..

Meskipun bertamu rasa yang pelbagai pada laman hati, namun yuran dah pun dibayar, tinggal nekad sahaja yang perlu dipasakkan lebih kuat. Ledang adalah antara gunung yang aku berkeinginan untuk menjengah puncaknya. Bukan apa-apa, sebab tak pernah sampai sebenarnya, tiada kaitan dengan kisah mistis atau pencapaian peribadi. (Baik filem ataupun teater Puteri Gunung Ledang pun aku tak pernah tengok ya!)

Maka pagi itu, sekitar jam 3 pagi bersiaplah aku dan kak siti masing-masing. Mandi, kemudian bergerak mengambil Imah dan Sima. Saidah wasap malam tadi, tak dapat sertai kerana maknya masuk hospital. Walaupun sedih kerana tak dapat mendaki bareng lejen, hei family first isnt it?

Vijay pun melaju membelah pekat dan sejuknya pagi yang hening. Terlupa seketika batuk yang hampir sebulan menyapa peparu. Turut terlupa akan pesan doktor untuk menghindari kesejukan untuk beberapa waktu ini.

Sekitar jam 5.45 pagi kami pun tiba di hentian R&R Ayer Keroh. Begitulah plan asalnya, berhenti di R&R untuk solat subuh dan sarapan kemudian meneruskan kembara ke titik Masjid yang telah di tetapkan. Selepas solat, kami pun ke bahagian makanan, kena makan gak ni, kalau tak memang gagal pada titik mula ni japgi (teringat kes naik Berembun awal tahun hari tu)

Sementara yang lain sedang merayau mencari makanan, aku duduk di meja. Macam biasa, berpikir dan terus pikir nak makan apa. Tiba-tiba dapat panggilan dari Shidah. Kereta tokie eksiden! Astaghfirullah. Berdebar keras detak jantung. Ujian apa? Petanda apa? Adakah kerana aku tak minta ijin mak untuk naik Ledang? Mak ampun kan sarah mak!

Aku call tokie,
"So tokie camner sekarang, boleh lagi tak nak pergi Ledang ni?"
"Saya nak pergi kak.. kalau ada yang boleh ambil saya, saya memang nak gi"

Kuat semangat budak ni. Bukan biasa-biasa.

Baik, dan kekalutan pun dimulai. Mula lah panggilan demi panggilan dari satu kereta ke satu kereta. Walaupun aku kebiasaannya selalu buat keputusan, tapi bila jadi camni memang haru! Lama gak drag kat Ayer Keroh. Habis aku tarik semua kereta kumpul di Ayer Keroh. Lama juga lah kira-kira kami tersangkut di R&R. Cant decide.

Setelah berbincang, maka ahli kereta yang terlibat kemalangan iaitu tokie, shidah, mid dan naim harus di pecahkan. Naim dan Mid ikut kereta Luke (yang ketika itu ada 3 orang je). Kebetulan Luke dan Amar berenti di Seremban. Jadi sempat melalui tapak kejadian, maka boleh lah pickup. Sementara Tokie dan Shidah diambil Naufal dan Bad yang dari Alor Gajah dibawa terus ke IPD untuk laporan kes. Axia Tokie dihantar ke Perodua Senawang. Dan semua kerta pun bergerak menuju ke kaki Ledang, kecuali kereta Hafizuddin yang menunggu 1 lagi kereta dari Alor Gajah yang memerlukan pemindahan orang.

Redup tetapi tidak hujan

Awan hitam aku lihat sedang memayungi puncak Ledang saat kami tiba di kaki Ledang. Getar semalam kembali menyapa. Allahu!

Sampai di Kaki Ledang, Afiq terus buka ground untuk agihkan ration dan untuk sediakan lunch pack. Kereta Nizam sampai dan barang-barang teknikal juga turut diagihkan. Aku membantu mengedarkan consent form dan declare form (nak masuk taman negara kena declare harta ya gais, turun nanti depa cek harta yang korang bawa naik tu cukup tak dengan harta bawa turun) Guide kami dah ada disitu, banyak yang membantu kami adalah Abang Zali.

Ration dan teknikal stuff dah dimasukkan ke beg masing-masing peserta. Tinggal menunggu kereta Naufal sampai sebelum kami mengangkat sauh dan memulakan pendakian. Memandangkan Tokie tiada, maka tugas-tugas pengarahan di ambil Kem Komandan, Nizam. Alhamdulillah terkendali!



Belum 11 pagi kereta Naufal pun memasuki perkarangan kaki Ledang, alhamdulillah. Ketika yang lain sedang bersiap-siap mengangkat beg, aku dan Tokie pun bersegera ke pejabat hutan untuk membuat bayaran.


11.25 pagi setelah taklimat oleh guide dan membereskan hal-hal bersangkutan dengan fotografi, pendakian pun dimulai. Sempat juga aku mencari awan hitam yang tadinya memayungi puncak ledang, telah hilang dari pandangan. Alhamdulillah.

bersambung..

20 January 2018

Lost at heart

Mak selalu risau setiap kali anak2 dia nak naik flight a.k.a keluar negara. Selain dari itu, mak juga risau kalau anak2 dia bagitau nak naik gunung.

(Untuk elak mak risau kadang2 aku tak bagitau mak 😅 ok mohon jangan tiru aksi ini)

Pagi ni, bangun dari tidur buka fb dapat tahu mak kawan, meninggal di korea (daegu) while attending conference kat sana. Mak dia cikgu, penolong kanan. Pengsan dalam lif, koma tak berapa jam kemudian, meninggal. Allah! 😭

Cantiknya perancangan Allah, member pun sedang di Korea (Seoul). Seoul ke Daegu amik masa 5 jam. 30 minit sebelum sampai Daegu dia dapat mesej dari ejen trip mak dia yang mak dia da meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Moga mak Munie di tempatkan dikalangan hamba beriman. Jihad untuk memperbaiki lagi pendidikan anak2 pend khas. Moga munie diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapi ujian yang besar ini.

Rupanya, kegigihan munie belajar bahasa korea (atleast sampai intermediate level) sampai kemudiannya dapat kerja ngan korea tourism, dan dalam masa yang sama sedang ada trip juga di korea adalah persediaan munie untuk mendepani urusan ini.

Dari berita munie ini, adalah penjelasan untuk kerisauan mak. Syahdu pulak dengan berita pagi ni.

19 January 2018

Merancanglah dengan betul

Ok mari aku menulis dengan panjang dipetang yang redup ini.. (gerimis mengundang.. jangan hujan plis tak bawa payung ni)

Ok kisahnya macam ni, sekembali dari retreat GSB kat ulu yam hari tu (ahad 14 jan) aku perasan ada yang tak best kat brake kereta. Tapi sebab meski tak best, dia still boleh brek. Jadi aku biarkan dulu. Isnin gi kerja masih guna. Tapi perasaan memang dah gelisah time tu. Ingat nak gi bengkel balik tu, tak sempat ya.. pukul 7 bengkel dah tutup.

Selasa, aku rasa bahaya kalau terus guna. Ye lah KL kalau balik harus jem. Kalau jem, memang kena main brek. Makanya, aku decide naik lrt.

Jadi nak tak nak, Rabu aku amik half day bawa ke perodua. Rupa-rupanya masalah ABS ya. Baru aku teringat, myvi memang ada surat suruh hantar cek abs kereta. (Tapi aku yang tak pergi) ok gi kerja amik grab (hanitek - lrt asia jaya RM9)

Disebabkan aku sampai opis jam 11, so aku balik jam 4.30. Bukan apa, aku kena bertindak sepantas kilat. Perkeso ke LRT kg baru 20 minit. Kg baru ke lrt asia jaya dah makan 30 minit gak. Tak ke 5.30 gak sampai ke pj? Ha camtu. Ok al kisah sampai kat LRT pukul 5.15petang. Aku request grab tak bersambut. So, aku decide untuk Asar dulu. Lepas Asar aku berjalan sikit ke perhentian bas, masa ni dah 5.45 petang, request grab sekali lagi. Masih takde grab yang sudi pickup request. 

Jadi aku tukar plan naik bas free. Bas ni ada 2, PJ01 dan PJ02. Disebabkan takde langsung dalam plan nak amik bas, maka tergagaulah aku nak amik bas mana dan nak pastikan bas yang aku naik tu sampai ke bengkel kereta. PJ01 baru je berlalu masa aku sedar yang PJ01 lah bas yang aku kena ambil untuk ke Taman Medan. Belakang dia ada PJ02, aku pun naik je lah sebab malas nak tunggu next bas. Trafik pun nampak da makin lebat.

Aku turun PJ02 dekat Kolej Mahsa dan ambil PJ01 untuk ke bengkel. Punyalah route PJ01 ni bukan main hebatnya malahan berpusing dekat tempat yang sama beberapa kali. Salah satu pitstop dia? LRT Taman Jaya! Masa sampai lrt taman jaya tu dah 6.30 aku macam. Kalaulah aku plan betul2 pelbagai consequence bagus aku turun taman jaya sedari awal. Aiseh.

Masa dekat area Taman Jaya dapat mesej dari Imah, dia bagitau masih di pejabat tak dapat balik sebab hujan lebat sangat. Aku dah risau, karang kalau betul hujan macam mana pulak ni, memang payung pun tak bawa ni.

'Sarah, kereta ambil kat rumah saya' - Aniza

Aku terus check route, ok Alhamdulillah lagi dekat berbanding ke bengkel. Tapi, bas takkan berhenti betul2 depan rumah, memang kena jalan juga. Maka berlari-larilah aku diantara gerimis dan senja. 7.15 petang, aku sampai rumah Aniza. (Walaupun biasanya kalau dari LRT Asia Jaya ke Rumah Aniza ni adalah dalam 10 minit, hari ni terasa begitu jauh; 2jam)


So update tentang Vijay, servis percuma. Dia cek ABS dan gear transmission. Kedua-dua ni memang perodua ada panggil balik untuk checkup, sebab tulah ia adalah percuma! 

Dan, tambah RM100 (harga member2) untuk tukar brake pad. 

Iya, begitulah kisah semalam yang panjang.