Sabtu. 4/2/2019
Pertemuan pertama di Decathlon, Jalan Klang Lama. Trip ni saja je aku nak tumpang orang, malas ar drive. Membayangkan lepas turun gunung kena drive plak lagi kan. So, kita tumpang orang je. Lepas regroup kat Decathlon, amik satu lagi passenger dekat MRT Muzium Negara, dan pengembaraan bermula kira-kira 4.30 petang. Panjang juga perjalanan kali ni, mungkin sebab kami berhenti untuk solat Asar dan minum petang agak lama. Banyak juga sembang dalam perjalanan. Biasalah, ceria-cerialah sikit sebelum perjalanan. Saja tanak sentuh langsung pasal gunung. Memastikan ketenangan abadi. kihkih!
Sampai ke Taman Botani Ipoh menghampiri waktu Isyak. Kenapa taman botani? sebab ada member nak sangat tengok Masjid Kg Memali dari Kg Gajah yang dipindahkan ke Taman Botani ni. Ok, dah sampai kat masjid aku tak nafikanlah, memang nice! Senibina asal dikekalkan. Kalau ikutkan saiz aku rasa macam surau je masjid ni. Kecik. Memang teringat macam zaman kecik2 dulu balik kampung, gitulah surau/masjid dia kat area Pasir Salak sana. (masa kecik aku pegi ke pun masjid2 ni. haha!)
Selesai solat kami bersegera menuju ke pekan Ipoh untuk makan malam. Destinasi untuk dinner? Mikker Cafe di padang Ipoh. MasyaAllah, beratur bak ang nak dinner. first time aku rasa kena beratur untuk dinner lepas zaman student. Huahua (acah je, nak sushi king pun slalu beratur gak kalau time bonanza) Order yang sama je semua supaya cepat nak siapkan. Chicken chop. :)
Habis makan, dah around 10.30 macam tu, rasa malas plak nak tidur masjid. Berlegar-legar di pekan Tambun dan jumpalah satu hotel yang boleh memuatkan kami berempat. Haha! Sebelum kita bersempit sempitan dan serba kekurangan di hutan, apalah salahnya kita tidur selesa dulu. kan? Plus, dapatlah caj fon sesiap sebelum masuk hutan.
Ahad 5/2/2019
Selepas je Subuh pagi tu, check out hotel dan bergerak ke Masjid An Nur, Batu 8 Ulu Kinta. Hotel ke masjid lebih kurang 10 minit je. Lepas park, kami berjalan kaki menuju ke kedai makan. Pekena roti telur dan neskepi panas. Disebabkan mental tidak diasak dengan ketakutan, maka aku dapat makan sarapan dengan tenang, juga membuang dengan tenang. Haha! Lepas sarapan, pi pasar depan sikit, tapau lunch. Aku amik lunch roti kosong dan sambal paru. Sebab fikir2 dah hike satgi mesti tak lalu nak makan nasi. Lepas tapau lunch, bergeraklah kami ke Pej Hutan.
Untuk Gunung Korbu dan Gayong ni, kena declare barang dulu sebelum masuk ya, sama macam nak masuk Gunung Ledang. Lepas declare semua, barulah bergerak ke empangan, parking kereta kat sana sebelum memulakan pendakian. Bergambar, stretching dan pengembaraan pun dimulai jam 11.15 pagi. Pengembaraan kali ini disertai oleh 10 orang jejaka dan 9 orang perempuan. JK GSB ada 4 orang, aku, Tokie, Fairus dan Afiq.
1.30 tengahari, sampailah kami ke air terjun (yang ada balak tumbang tu) Hampir-hampir terlepas aku simpang untuk ke air terjun. Sepanjang pendakian naik aku macam biasa solo. Kadang-kadang ada Reen. Reen ni dia tak berapa nak sihat sebenarnya, plus tengah saiko sebab kena bawa beg besar. Reen ni runner. Tapi ok jugak, disebabkan kondisi beliau seperti itu, dapatlah aku saing2. Haha! Lepak makan di air terjun dari 1.30 sampai 2.30 petang. Jadi aku makan dan solat kat sana. Malas plak nak lambat2. Kang kalau tak solat sesiap, dah penat kang lagi malas.
3.35 petang sampai di Kem Seroja. Kat sana barulah aku nampak Tokie. Laju betul makcik ni. Tapi dia cakap dia malas dah nak kejar orang depan, jadi dia nak slow2 je ke Kijang. Maka nak ke Kijang ni dapatlah saing ngn Tokie & Reen. Tapi, laju gak depa 2 orang ni. Cuma, dapat jugaklah berforum ontrek. Haha. Takde keja kan. Oh nak ke Kijang dah tak se canak ke Seroja. So oklah, mampu berforum.
"Permit mana permit?"
"Permit kat gogo"
"Oh awak bukan gogo? Nama awak siapa?"
"Toki, nama pentas"
Nampak tak, kalau dah market tu. On trek pun market!
Haha.
6.10 petang sampai di Kem Kijang. Alhamdulillah! 7 jam pendakian. MasyaAllah! Sampai je kat kemsait. Tengok dah ada 1 kemah naik, dan 1 fly da pasang (dapur). Tapi? oh no, kemah kitorang dengan brader paling belakang sekali. Wahaha! Tumpo gak rasanya. Dekat Kem Kijang ni, air dia kecil yakmat. Memang syahdu kalau tengok. Berdasarkan batu-batu sekitar sungai dia tu, aku dapat rasakan ia dulu adalah satu sungai yang besar. Tapi taktau lah apa jadi sehingga tinggal seciput itu sungainya. Rasa nak mandi pun segan. Jadi kami decide mandi malam.
Oh, sesampai saja sampai tadi, aku terus park beg dekat tepi pokok besar. Aku memang plan sebelum tidur sarung kan je ngan plastik hitam then tinggalkan je kat situ. Elok pulak lepas tu, fairus bentang ground tepi pokok tu untuk solat. Jadi aku pun pinjam kan carry mat. Lepas-lepas tu bila nak solat je memang jemaah kat situ.
Malam tu, kitorang makan nasi dan kambing! (aku tak abis pun, tengs Reen atas bantuan miker. ahaha) Lepas makan, pi mandi, lepas mandi, pi solat. Elok dah solat tu, aku pun panggil Tokie, sebab Tokie ni bagus budaknya, tiap malam baca AlMulk, jadi aku pun ajak la dia nak bejemaah sama. Masa baca ni, kat 'surau' tu lah. Elok habis baca, fairus panggil, afiq minta tolong untuk masak makan lunch esok. Ahaha, mula dia panggil Tokie je, tapi atas kesilapan teknikal, telah menterjebakkan diri sendiri jugak. Aduh. Maka, malam tu, aku, tokie, fani dan din (termasuk fairus yang bz2 kemas beg) membantu Afiq masak lunch.
Habis masak, pi kat kemah, lepas duk ngejas. Aduh tak celuih plak nak tido 5 orang. Sebenarnya aku rasa kalau tidur serentak takda isu. Ni sebab kami masuk lambat. Maka aku, Tokie dan Fani kembali ke 'surau' bersama sleeping beg menutupi wajah. Tidur berbumbungkan bintang yang terang di langit lepas. Sejukkkk mak aih. Mujur sangat tak hujan malam tu. 2.30pagi aku dah takleh tido, ni rasanya sebab duk pekena kopi o la ni sebelum tidur, membuak buak rasa nak kencing. Nasib tokie sudi menemani langkah ke toilet. huhu.
Tak berapa lama lepas setel urusan, kembali ke 'surau', tak dan tido, ada dengar bunyi bising-bising, diiringi dengan cahaya lampu silih berganti dari kejauhan..
bersambung..