Bintang malam setia seperti dirimu,tetap pudar menghilang tiada gantimu
dan ku masih terasa degupan jantungmu, tanpamu ku kan rapuh
(Nastia, Rapuh)
Credit picture: Razreen Ashraf |
Malam tu langit cerah, tiada tanda awan mendung mahu melindung bintang yang terang. Inilah masanya untuk stargazing! Letak beg, baring kat puncak Chuban, off headlamp menatap bintang. Diiringi lagu nasyid, aduh hampir meleleh ayaq mata bak hang. Tapi sat ja, lepas tu Reen duk sembang pasal bintang, Hafiq nampak berminat melayan. Aku cuba mencerna, tapi apakan daya, satu2nya buruj yang lekat kat kepala aku sejak kecil, hanyalah biduk. Lol.
Dari puncak chuban, kita boleh dengan jelasnya melihat pergerakan lampu headlamp di sekitar puncak korbu. Tapi, tetap tak kelihatan head lamp mereka. Sebelum kami bergerak ke puncak botak, ada kelihatan lampu diantara Gayong dan Korbu, maknanya, diorang belum sampai lagi puncak. Jadi, kami gerak dulu.
8.40 malam, kami meneruskan perjalanan ke puncak Botak. Sejukk grr brr..
9.40 malam tiba di puncak Botak. Dekat sini kami rest lagi, sebab ada tempat lapang yang memungkinkan baring-baring tengok bintang. Ah teringat plak the very 1st time star gazing dengan najwa dan Yan, kat CBL, dengan arwah Nadia (alfatihah) dan gegurl GSB kat Lata Charok, dekat tengah laut dengan Tokie time candat sotong, dekat kaki Kerinchi dengan Toki, Ita dan Kak Nora time atas 4wheel nak balik homestay, momento sangat bila duk teringat2 betapa lamanya dengan gsb. Dari zaman semua bujang, sampai lah sorang-sorang berkahwin dan beranak pinak. Sampai sekarang ni dah batch2 baru dah. Dan aku masih disini. *kesat air mata keharuan*
Eh eh, cerita kemana tadi? Oh, dari puncak Botak kami dah nampak cahaya lampu bersuluh suluhan dari puncak Korbu. Try la suluh2 kat depa, depa balas balik. Maka tau lah kami, depa selamat kat puncak Korbu, jadi tenang sikit. Hafiq bagitau, kalau sekarang masih di Korbu, dalam 3 jam jugak tu beza perjalanan kami.
10.10 malam lepas rehat secukupnya (tak taulah nak cakap cukup ke mende, tapi dah hampir nak beku gak lah sejuk dia, nasib dah training sejuk kat Europe. kah!) kami pun memulakan kembali langkah untuk turun. Oh kat puncak botak tu ada kamera tau. Taktau nak buat apa, maybe untuk kegunaan pejabat hutan or jpam kut. Korang penah baca kan pasal ada pendaki meninggal kat Korbu? Ha.. pi lah cari.
10.55 malam kami tiba di last water point. Ya Allah, bersyukur sangat dapat stop. Sesampai kat LWP, ada air 4 botol dah sedia terisi. "Eh Din isi kan untuk kita" kata Hafiq, dia kenal dari botol air isotonik yang ada ditinggalkan. Aku hanya mampu wow dalam hati je, mulia dan baik hatinya! Diorang duk refill air memasing. Then Hafiq turun ke water point untuk sediakan air kat geng belakang plak. Aku? duk celah2 pokok kayu dan terus tidur. Oh dari tempat kami duduk tu, perlu turun dalam 3~5 meter ke bawah untuk dapatkan air bersih. Untuk aku, yang telah longgar lutut, tindakan turun dan ambilkan air adalah sungguh mulia yang bersangatan. :) Pahala-pahala yang boleh kau kutip dalam perjalanan.
11.10 malam, lepas dapat tidur dalam 15 minit, perjalanan diteruskan. Ahh lengai teruk ni nak turun. Dah overused kaki ni. dah 20k langkah. Lutut dah longgar2 berjangkit plak kat buku lali. Turutan perbarisan turun adalah seperti berikut Hafiq - aku - tokie - reen. Jadi bila aku slow effect kat Toki dan Reen! haha. Sorry both, i is cannot dy. Tapi kalau i biarkan u oll potong ai, lagi kesian kat ai. Haha! Terpaksa selfish sikit gais! Minta maaf banyak2. Hafiq ni rupanya muda setahun je dari aku, tapi sebab dia gaid, jadi segan plak nak duk melabun dengan dia. Lagipun kalau sembang kang lagi semput plak aku. Hafiq akan turun2 dan turun. Dia akan tunggu kalau dia tak nampak aku. Then agak2 dah nampak lampu aku dan 2 belakang, dia akan gerak lagi. Begitulah modus operandi perjalanan kami. Separuh perjalanan mula dengan bunyi air terjun di sebelah kanan laluan. Kuat dan deras!
"Ok dah dengar bunyi air terjun kan? Tunggu bunyi ni kat sebelah kiri, itu tandanya dah dekat" -Hafiq
Ya Allah frust sikit rasanya. Tak lama lepas tu baru dengar bunyi air disebelah kiri. Sayup2. Masa ni Hafiq pun aku rasa dah tak larat nak tunggu kut. Laju je dia pegi. Lagi pun time tu dah jalan lurus je,
Selasa, 6/2/2019
1220 pagi, tiba di Kem Kijang. MasyaAllah! Subhanallah! Alhamdulillah. Sebelum sampai tu dah sembang-sembang dengan tokie. 'Ok tokie, sampai nanti kita terus pi mandi, makan then solat, tidur' Tapi sampai je kat 'surau' letak beg, terus rasa macam mental jem. Perancangan yang dibuat sebentar tadi terus cannot load dah! Ha ha.
"Korang nak air tak?" Tiba2 Din yang berkain pelikat datang membawa secawan air teh o panas. Reen dah tak kelihatan, mana ntah dia. Terus pi mandi or salin baju kut.
"Ya Allah Din, baiknya kau, kau sampai pukul berapa tadi?"
"9.30. Aku memang target tanak sampai lewat sangat"
"Mantap!"
Tak lama lepas tu, dia bangun dan ambil kan pulak makan malam. Bihun sup. Ya Allah saka baik apa yang dah merasuki Din malam ini. Haha! Tapi takpe, kita makan je orang dah bagi kan.
"Din, ko ke letak air dekat lwp tadi"
"Haah, baik kan aku? Aku pun hairan punyalah baik nak ambilkan air untuk korang"
impress.
"Sebenarnya kat lwp tadi aku nampak orang berhenti makan megi, aku ingatkan budak2 ni (refer to Nad, Lin dan Ani) rupanya salah, tapi aku join gak lah diorang makan. Dah makan tu, teringat pulak kat korang, tu aku amik kan air"
"Ya Allah Din, besar pahala kau"
Lepas tu dia duk cerita lutut dia yang dah injured dulu sakit balik along the way turun dari lwp ke kemsait. Tapi maybe tak teruk sangat kut. Sebab ok je aku tengok dia, boleh sampai kemsait tu kira ok lah tu. Kan? Lepas berborak, aku pun bincang balik dengan Tokie, plan asal kitorang. Tokie sejak ontrack turun tadi dia ada mengadu sakit kepala. Angin kut eh? Lepas bincang, kami decide untuk replanning. Masuk kemah, solat then tidur! Haha. Kemah tu tinggi, boleh solat dalam kemah. Best kan?
p/s: Sorry belanja 1 gambar je sini, banyak2 satgi korang malas baca. Jangan jadi netizen ya gais, rajin sikit. Haha! Tahniah da habis baca part 3. Lol
bersambung