Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 August 2020

PKP dan kisah-kisah diantaranya.

Sedar tak sedar dah bulan 8, dah tahun baru pun (Selamat Tahun Baru 1442H). Bila Allah nak kata jadi, maka jadilah, begitulah aku kira ujian Covid yang melanda dunia di 2020 ini. 

Malaysia menyepi, atleast pada 3 bulan pertama PKP. Setelah bersurai di pintu rimba Yong Yap. Sejak itu, gunung pun telah sepi dari kamus hidup. Semuanya duduk di rumah, memandang syiling masing-masing dan cuba mengkoreksikan diri dan hidup. Banyak. Bagi yang berpikir.

Dan senggang masa yang panjang. Kehidupan sosial manusia menjadi terbatas dan ramah yang pernah wujud menjadi janggal. Ada diantara kita menjadi terbiasa untuk menyembunyi rasa. Kerana rasa yang tak sama, dan manusia sering gagal memahami rasa melainkan berlaku pada dirinya sendiri.

Fuh, panjang pulak kita punya mukadimah.

Ok, disebabkan dah PKPP dan aku punya mood swing pun dah beransur pulih, dan im willing to open up to the world. (Acah teruk sangat je kejadian kat kau kan!) Maka, memberikan masa aku minggu ini untuk bersosial! hehehe. 

Selasa malam, bersama geng sushi SERATA. Terima kasih sudi luangkan masa walaupun ai selalu turn down request before ni. Haha! Bukan taknak, tapi memang tak available dan mentally tak ready. Terima kasih untuk persahabatan 20 tahun dan kedepannya gais! Much love ❤❤❤

Rabu malam dengan few of geng gema. Asalnya nak ambil kad jemputan dari Reen, tapi dah alang-alang dekat Kajang, ajak lah member2 yang berhampiran. 


Melalui sembang kencang sampai tengah malam, (sampai terpaksa tidur rumah Tokie la sebab dah lanjut sangat) dapatlah aku simpulkan, ramai je sebenarnya yang terkesan dengan PKP ni. Ada yang terkesan dengan kerja, tak kurang juga yang diuji dengan masalah kesihatan/keselamatan keluarga. Dan macam-macam lagi lah. Banyak juga aku dengar mengambil senggang masa PKP hari tu untuk berfikir lebih jernih tentang hidup dan keputusan2 hidup. 

Apa-apapun, manusia tetaplah makhluk sosial yang perlu ruang untuk berinteraksi sesama manusia. Jadi, ambil masa dan reach out your friend yang dah lama korang tak jumpa dan berbuallah! They just need to be heard (and u too). Tak dinafikan kadang-kadang ada yang belum bersedia untuk open up. Takpe, cepat atau lambat, the time will come. Tapi kalau anda mengalami perasaan sendu dlm hidup yang terasa makin berpanjangan, jangan biar lama sangat. Jumpa lah manusia, carilah anda yang dulu. 

Spill and spread your wing again.

ok gais? we bend, but we bounce back harder k?!

Khamis malam (iaitu sekarang), okey kembali ke pangkuan usrah. Haha! Daurah Gabungan malam ni gais. Moga menemui keinsafan dan kembali terlorong menuju tuhan. 

Till then. 

17 August 2020

Perasaan

Rasa macam nak menulis.

panjang.

Tentang hidup dan beberapa cerita yang singgah dan pergi.

Tapi tu lah. bila lah nak sempatnya. Haih.


k tu je, im good here. Later la tulis.

10 August 2020

Satu hari di masa depan..


Hari ni dapat berita kematian. Arwah baik orangnya. Banyak amalnya. Semoga segala amalnya menjadi saksi kebaikan yang ditaburkan semasa hayatnya kelak.

Pada masa depan.

Apakah yang akan orang kenangkan tentang aku. 

Sejak akhir-akhir ini, di hujung hari yang menghampiri senja, kesendirian dan kesepian, sering menghantar soalan-soalan ini kedalam benak dan fikiran.

10.8.2020,
Kuala Lumpur

20 June 2020

Saturday

Hari ni hari Sabtu, kalau ikut plan asal nak ikut kawan-kawan mendaki Bukit Broga di Semenyih. Plan asal lebih kurang seminggu yang lalu. Tup tup mendekati tarikh, ramai pulak yang tak boleh join. Aku pulak semalam baru teringat, lampu kereta aku sebelah tak menyala. Tak baiki lagi semenjak balik dari kampung minggu lepas. Sebenarnya tak perasan pun bila lampu tu terbakar. PKP kan tak boleh keluar malam. Jadi tak teruji lah lampu tu sebelum ni.

Budak-budak ni pulak nak Subuh kat puncak, memang tak dapatlah nak drive ke Semenyih pagi-pagi dengan sebelah lampu je. Huhu.

Dan akhirnya, ya disini aku hari ini. Depan laptop tengah taip blog.

Damainya dengar bunyi burung-burung di hari cuti ni, sambil menghirup bau tumisan jiran tetangga. Nyum-nyum

Sekian, selamat hari Sabtu. Semoga kita semua terus belajar untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah.


18 June 2020

Teringat Cerita Lama

Sekolah Izzudin Shah, 1991.

Semalam tiba-tiba kawan share link dari website Ustaz Hasrizal (Urban Legend Budak Izzuddin: Tragedi 1991) menceritakan satu insiden seram dan misteri yang tejadi di salah sebuah sekolah yang terkenal di Perak pada tahun 1991. Disebabkan sama-sama Ipoh dan sama-sama sekolah dibawah kerajaan negeri maka, aku pun pegilah ke website ustaz.

Dah baca kat website, eager pulak nak tau apa yang terjadi sampai sentimental sungguh Ustaz Hasrizal, gigih jugaklah aku beli ebook cerita tu k! Komen aku tentang cerita tu adalah, kisah dia menarik dan sangat berunsur seram dan jahat tu. Cumanya kalau rajin sikit edit lebih susunan jalan cerita, aku rasa ebook ni boleh pergi jauh. design aku taknak cakaplah.

Tapi kisah tu aku macam kesian jugaklah bagi pihak-pihak yang terbabit. Sampai membawa maut tau! Takziah untuk keluarga yang kehilangan anak mereka.

Sedikit sebanyak kisah ni mengimbau jugaklah kenangan orang minyak yang datang ke Taayah pada tahun 2001. Ada beberapa momen yang sangat hampir dengan kejadian di Taayah. Suratan atau kebetulan tak tau, tapi kejadian di Taayah exactly 10 tahun kemudian. Wuhu! Tapi budak Taayah tak dapatlah nak buat ebook sebab sampai sudah tak tau apa sebab sebenar kedatangan orang minyak. Bukan saja tak dapat bersoal siasat macam abang STA bersoal jawab dengan Bidi, tangkap pun tak berjaya! Aduhai..

SisTa yang baca blog ni, kut ada kes 2011 boleh cerita sikit. Sambil tabah menanti kejadian di 2021. eh!

Ok, cerita tu adalah cerita dari semalam bawak ke hari ini lah jugak. Sebab semalam lepas beli tu mengantuk pulak tak sempat nak baca habis. Petang tadi baru habis baca, dan sempatlah bergosip dalam group sekolah, alih-alih ada pulak officemate member ni budak batch '91 SM Teknik Brash. fuh mengimbau betul! Brader teknik yang cerita tu pun masih seram bila ceritakan balik. So, memang hebatlah cerita ni masa tu.

Google Drive dan Yahoo Messenger

Malam pulak, aku ada kelas Google Meet dengan pakcik di IKRAM ni nak cerita tentang Google Suite dan cara nak guna. Happen to be, most of the apps tu kita dah biasa guna, jadi menyambil kita tulislah blog (takde content lagi gais Jun)

Sambil dia terangkan tentang Google Drive, aku pun saja lah scroll gdrive aku kan. Lama dah akaun ni, rasanya aku bukak emel ni sebab nak cari kerja dulu. Sebelum ada formal emel sekarang ni, zaman aku universiti, aku pakai emel yahoo. Ha, emel tu pulak aku create masa tingkatan 4, kelas Teknologi Maklumat time tu. So, ko bayangkan je lah apa nama emel aku, mengarut2 jelah budak baru nak up kan. Haha. Siapa yang kawan ngan aku dari zaman YM, tahulah aku punya nickname/emel tu.

Oh berbalik kepada gdrive tu, skroll punya skroll, terjumpa satu file .doc, perbualan YM aku dengan boss lama. Rajin pulak aku save conversation kan. Oh, sebab dalam tu ada things nak kena bagitau ofismet. Tapi bila aku baca-baca balik conversation tu, makaiih terkejut aku. Camtu gaya sembang ngan boss. Dasar kerek, sembang dengan boss pun kerek! Hahahaha.

Rindu pulak zaman-zaman YM dulu. Sekarang YM pun dah berkubur.

Eh tu je lah aku nak cerita. Kesian blog aku ni kan, makin lama macam ruang untuk terkenang sebuah memori lalu lak! Tak de perkara yang spark and bright happen to me lagi macam zaman2 20an dulu.

Dulu masa zaman kegemilangan berblog, aku pernah lah stumble kat blog-blog yang maybe depa ni tua 10 tahun ada kut dari aku. Cerita diorang mostly mengimbau kenangan jugaklah. Now, bila aku dah reach umur diorang, fahamlah aku. ^^,

Life is like that! take it easy, keep moving on even the speed isnt the same anymore.

Seksyen 19,
Petaling Jaya.