Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

06 May 2021

Secebis kisah di Broga

Hai semua, lama tak menulis. Lagi-lagi tulisan2 tentang pendakian. Yela dah masuk tahun ke-2 dunia dilanda pandemik. Dan sejak itu jugalah, nikmat berkeliaran, bertravel dan bergerak kita telah pun di ambil semula. 

Ya, sebuah pelajaran tentang syukur aku kira. Akhirnya kita sedar, bergerak bebas itu satu nikmat.

Ok, terus kepada kisah. Last aku naik gunung adalah Gunung Yong yap beberapa hari sebelum arahan PKP Mac tahun lepas. Lepas PKP dah habis, ada juga la naik Bukit Gasing dan juga Denai 3 Puteri, buat lepas gian masuk hutan camtu.

Nak cerita dia pasal Broga kan tadi. Mengikut rekod, aku pun dah tak dapat kira berapa kali dah aku pergi Broga sebenarnya. Cerita ni dah lama (30.5.2015), cerita zaman semua yang join trip tu semua bujang lagi. Hidup yang santai tanpa memikirkan macam-macam komitmen yang kena fikir sekarang. 

Hari tu, first time la naik Broga, Gema x Weekenders. Tak ramai pun yang join hari tu. Biasa program Gema naik Broga kami buat pagi. Tapi yang kali ni, since Weekenders yang ajak, depa buat malam. First time juga aku naik Broga lepas Asar. Santai memang santai, sebab orang tak ramai. (Oh, masa ni masih guna laluan lama, nowadays dah buka laluan baru kan, dan berbayar. Time kami naik ni, masih bayar parking je. Naik bukit takde bayar)

Antara yang join malam tu (yang aku ingat).. 
Weekenders : Aliff, Cam, sorang guy, sharifah, liyana
Gema: Nopal, Azahari, Hakim, Aku, Edah, 2 kawan edah



Dah sampai puncak Broga tu, masing-masing ralit dengan keindahan matahari hampir terbenam. Sibuk bergambar. Nak cerita santai tak santainya kami petang tu, sampai Alif tertinggal arang kat dalam kereta dia. So, da sampai puncak ni, patah balik turun nak amik arang kat dalam kereta. Sebab plan nya nak bbq malam tu.

Petang tu, ada la beberpa orang kat puncak selain kami. Tapi nak bawa ke Maghrib, balik lah diorang. Maybe datang layan sunset je kut. Nak senja tu, tinggal group kami dan sorang foreigner ni, maybe Japanese kut. Dia camping kat puncak tu sorang perempuan dengan lelaki macam bapak dia, sebab lebih berusia.

Japanese couple yang camping di puncak Broga
Orang berapa je, tapi daging tu macam. Hmm.

Malam tu, takde aktiviti sangat melainkan berbual dan berkenalan sambil makan BBQ. Naufal sampai lambat dan bz membuat assignment, dia tengah ambil master time tu. Walaupun bz buat assignment, bila daging bakar di hulur, habis juga semuanya ya. Mantap pak abu!

Member busy siapkan assignment

Masa kami duk bz makan dan berbual, aku perasan ada sorang pakcik cina yang sedang mendaki Broga, solo. Sempatlah aku amaze dengan pakcik tu. Kental gila mendaki sorang-sorang di malam hari. Bila kami duk makan dan makan tapi rasa dah full dan tak abis, terus aku teringat pakcik tu. Aku cadangkan utk offer makanan kat pakcik. Bila pakcik tu lalu, aku tak ingat kitorang offer atau tak tapi aku ingat pakcik tu pesan jangan balik lambat sangat.

Lepas semua dah berusaha keras dan memang tak boleh 'pergi' lagi, kami pun kemas-kemas untuk pulang. Punya la ralit duk bersantai, rupanya dah nak jam 11 malam time tu. Siap-siap kemas semua, kami pun turun. Macam biasalah aku akan duduk di daerah2 kebelakang sikit lah kan, memang dari dulu tak begitu pesukan. Tapi belakang aku time tu ada orang lagi, Cam kut ngan liana. 


Turun punya turun punya turun. Terhenti. Azahari yang depan sekali berhenti. Ada orang rupanya. Dia terkejut sebab nampak ada 2 brader ni nak mendaki, tapi tak pasang headlamp. Nasib tak berlanggar dengan dia yang turun. Masa tu macam dengar sikit-sikit la story2. Tapi, Azahari cakap tunggu kat bawah nanti dia cerita. Brader 2 orang tu pun tak jadi naik, patah balik dengan kitorang ke parking kereta. 

Dah sampai parking, barulah Azahari cerita detail (sambil tunggu yang belakang sampai) Menurut Azhari, 2 brader tu baru sampai, diorang nak naik. Tapi sampai dekat simpang (yang dia jumpa Azahari tu) dia stop dan tutup headlamp sebab dia nampak ada sekumpulan 'orang' baru turun beramai ramai ikut simpang 1 lagi tu. Bila dia jumpa azahari, terus dia tanya

"Siapa yang turun sebelum kau tadi?" Azahari pun terkejut sikitlah, sebab Azahari depan sekali dalam group kami, maknanya memang takde orang turun sebelum kami melainkan uncle cina tadilah. Tapi uncle tu turun dah lama sangat. Dan dia naik turun memang sorang-sorang je.

Disebabkan jawapan Azahari begitu, maka brader tu pun decide untuk tak jadi naik. Naik esok je lah, kut? 

Malam tu, kat dalam group whatsapp kecoh sekejap pasal isu ni. Sebab semua pun mengeluarkan pelbagai andaian sebab semua tak tau apa sebenarnya yang brader tu nampak. 

Oh, kisah budak hilang di Broga tu, beberapa tahun selepas cerita ni. Bunian ke ek yang brader tu nampak. Huhu.

Itu je lah cerita yang tiba-tiba melintas di fikiran aku dan masih menjadi misteri. 

** Aku sebenarnya tengah cari mood nak menulis report untuk submit kat boss. Tak sampai-sampai moodnya pun. Dah berapa hari dah ni. So, kita try tulis blog dulu, mana tau bleh jadi mood booster! haha. K tu je. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan semua ^^,

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 April 2021

Pak cik parking

2019

Aku kira tak perlu menjadi malaikat untuk orang menyukai kita. Cukuplah kita menjadi manusia. 

Semalam balik dari kerja, pakcik jaga parking dah ada, pakej bersama dengan keluarga dia aku kira. 

"Ni ada pelam kat depan rumah berbuah. Makan la dengan kawan2" ujar pakcik sambil menghulur seplastik mempelam padi kut eh. Kecik2 buahnya.

Bagus pakcik ni, memang kerap dia bersedekah macam tu. Hari tu jambu air, ada juga dibaginya sayur. Tanaman di sekeliling rumah macam tu.

2020

Sempatlah beberapa kali aku berinteraksi dengan pakcik ni dek Covid kan, WFH. Jadi pergi ofis pun tidak kan. Tapi di hujung-hujung tu pakcik dah tak kelihatan, orang lain yang jaga parking. Bila sembang-sembang katanya pakcik tu sakit. Sekarang dah balik kampung, berubat di kampung. Tak tahula apa kabarnya dan sakit apa.

2021

Tahun ni, aku dah tak parking kat tempat pakcik tu lagi, sebabkan parking tu dah tutup. Aku pun tak pasti apa projek, aku syak depa nak properkan lagi tempat parking tu gamaknya. Tengok batu untuk tar jalan dah selonggok kat hujung parking. Tapi tu lah, sampai dah bulan 4 ni, tak nampak progress pun lagi.

Hari tu aku nampak pakcik ni tengah berjalan kaki berhampiran kawasan parking. Tapi sebab aku dah driving nak balik, sempat angkat tangan je lah. Kereta pun banyak kat belakang, nak borak tanya kabar pun segan. Tengok nampak sihat jugak, Alhamdulillah. 

10 March 2021

Tumbuh dewasa

Hey gais. 

Assalammualaikum,

malam ini terasa sedikit melankolik dari biasa. Jarang-jarang aku masih berjaga di jam segini. Ada yang berat merayap di pundak. Ada yang gabut masih tak terlerai di minda. Berserlirat dan membungkam.

kedepannya ku kira langkah akan makin memberat. hidup. dan ujian. dan ujian untuk orang hebat itu lebih besar dari kita seharian yang hanya perlu berperang dengan rasa malas untuk bangun dari tidur. 

banyak rasa-rasa yang makin memudar.

banyak rasa-rasa yang tidak lagi terdaftar dalam diri.

mati rasa.

begitulah aku kira kerasnya pelajaran hidup mengajar kita untuk tumbuh dewasa. 

Walau apapun akan terjadi kedepannya, moga Allah terus memerhatiku dengan belas dan ihsannya, Aku masih mahu hidup walau langkah ini sering tersadung dlm menuju Cinta Mu ya Allah. 

19 February 2021

Angpow

Sejak 9 tahun lepas, kerja aku adalah collect angpow bila tibanya Tahun Baru Cina. Haha! Masa awal2 logiklah kan, tapi dah sampai 9 tahun masih collect angpow? haha. Sebab masih kekal bujang walau dah 9 tahun. got it? Lol! 

Dulu-dulu setiap CNY (biasanya seminggu selepas CNY) akan ada letupan mercun kat depan pejabat. Aku pun tak pasti lah simbolik atas apa, tapi memang syarikat-syarikat yang berhampiran mana-mana yang chinese company pun buat yang sama. 

Lepas mercun berbunyi, maka beraturlah kami ambil angpow dari boss. Macam tu lah, setiap tahun pun. Kemudian dalam bulan yang sama akan ada ke rumah kebajikan untuk charity event.

Tu semua aktiviti yang aku hadap since CNY 2012 sehinggalah 2016 aku kira. Sebab 2017 onwards, aku dah duduk client side di KL. Jadi takde lah join sangat aktiviti sambutan tahun baru cina tu. Walaupun angpow yang diterima tak sebanyak dulu (masa dekat HQ), paling kurang 3 sampul tu still dapatlah. 

Aku nak cerita pengalaman aku bersama angpow ni. Biasanya angpow2 ni aku tak guna. Sebab sayang. Nampak macam kecil je kan, 1 sampul paling RM10, kalau boss atau company angpow mungkin boleh sampai RM50 atau RM100. 

Cerita dia, tahun 2011 aku beli kereta. Sebelum beli kereta tu kehidupan aku biasa-biasa je lah. Ye lah bujang, duk rumah sewa RM400 sebulan share 5 orang. Jadi berapa sangat je lah luak duit gaji kan. Komitmen aku time tu selain bil letrik air dan duit sewa rumah, yang tambah tolak baru RM100 tu hanyalah hutang PTPTN. Jadi memang hampir tak pernah mengenallah terma hujung bulan makan megi. Bagi aku time tu, aku akan makan megi bila aku rasa nak makan megi, bukan sebab takde duit. 

Bulan 8 aku tukar kerja, bulan 11 aku beli kereta. Time tu aku baru confirm tempat kerja baru (ya, tempat kerja sekarang ni lah) So gaji waktu tu, barulah lepas molek nak buat pinjaman kereta. Uh yeah, elok lepas beli kereta. kitorang decide pindah rumah. Yang sewanya naik sekali ganda dari sebelumnya. 

Tahun 2012, first time lah aku dapat angpow. time ni eksaited tau. Banyak dapat tahun ni. hehehe. Tapi sayang nak guna, aku simpan semuanya. Bila dah ada kereta ni, baru lah sikit2 merasa kepedihannya. Huhu, mula dengan kena bayar servis berapa bulan sekali tu. Kemuncak dia bila kena renew roadtax dan insurans di hujung tahun. 

Ya itulah buat pertama kalinya, dalam bank aku tinggal RM100 je lepas renew roadtax. Memang takde simpanan dah. Maka, masa tulah aku korek balik duit-duit angpow ni semua. Sangat berguna angpow tahun 2012 tersebut yah. Selepas tahun tu, aku guna jugaklah bila terdesak. Dah hujung-hujung ni, (beberapa tahun terakhir sebelum covid) selalu aku guna untuk salam kaut je. hehehe. Kalau muslim boss2 aku tu, mengalir jauh sedekah depa. Moga satu hari di berikan hidayah oleh Allah. 

Sekian kisah aku dan angpow. Happy Chinese New Year all! (versi terlambat)