Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 May 2021

Bertangguh (Procastinate)

procastination is real, i tell u gais

Seiring usia, sikap suka bertangguh ni semakin menggebu-gebu ye. Aku pun tak paham. Kadang-kadang memang procastinate tu sebab motivasi merudum. Dan aku rasa faktor terbesar dia adalah sebab kita buat benda yang kita biasa buat. Kita dah tau dah sebenarnya nak buat camne, tinggal kena buat je. Tu yang makin di drag sampai ke hujung paling hujung dia boleh drag. Ha camtuh!

Report

Macam biasa aku kat opis memang dah tak buat sangatlah kerja-kerja IT ni. Yang hardcore macam membina sistem, atau memperbaiki sistem yang tercalar, memang tak dah. Paling kalau ada kesilapan data, ha yang tu jelah yang aku masih buat. (Betulkan data lagi senang aku rasa dari betulkan code. huhu) Dan kerja yang hampir hakiki aku haruslah, membuat laporan untuk bayaran.

Semenjak 2017 macam tu sampai sekarang, 3 bulan sekali aku lah pi gather semua data untuk di laporkan. So bayangkan betapi tepunya disitu. Akhir-akhir ni, aku punya paling last pergi dia tu, esok nak submit ni, maka malam ni lah aku pun tak tidur malam. Ni dah kali ke-3 kut aku buat camtu. Huk2! Semalam aku rasa aku tidur dalam 20-30 minit je.

Rama

Macam yang semua telah tahu, aku kan sekarang rajin bersidai di dunia tipu-tipu, tiktok. Jadi dalam fasa bertangguh aku tu, telah aku terjumpa satu akaun brader ni, Rama nama dia (kalau korang nak cari di Tiktok boleh search @ramalauw ) Aku tak pasti bangsa dia apa, maybe cina kut, tapi berasal dari Ambon, Indonesia. Sekarang tengah sambung degree dekat Jerman. 

Rama ni dia buat satu video (aku syak menganjing lah kan, takkan serius) pasal procastinate. Dia cakap dia suka procastinate dan ia bagus. Dengan procastinate, dia boleh menghabis kan banyak masa dengan Netflix, kdrama, tiktok dan leisure. Dia end kan dia punya video tu dengan satu tagline 

"Due tomorrow? do it tomorrow!"

Memang gila sekali! Dan, thats what i do today. Hari ni suppose submit report. Dan hari ni juga aku masih menaip. Luar biasa! 

Ok report dah berjaya submit. Sekarang taktau apa dah jadi kat aku, macam high kut. ting tong weyh tak cukup tidur. Takleh ikut lah sarana Rama ni. haha

06 May 2021

Sambal Nyet

Sejak beberapa hari yang lepas, Siti Hajar telah mengajak saya bersukan di arena shopping online. Tahukah kawan-kawan mengenai sambal nyet by Khairul Aming itu? Ya betul! memang hebat kan sambutan sambal beliau. Biasala, selebriti memasak gitu.

Ok sejak bila entah aku pun tak tahu, tapi dia start jual sambal tu kat shoppee ikut jadual, dari 9.30 pagi sampailah ke 2.30 petang berjarak setengah jam setiap session tu. 

Maka untuk mengisi masa lapang, aku pun layan game kak siti ni. Penuh berstrategi ye untuk mendapatkan sambal nyet ni. 2 hari aku menunggu setiap setengah jam untuk place order, tapi gagal. Asyik gagal je, first time tu sebab teradd to cart 3. Dia maksimum 2 balang je. So, dah bazir masa kat situ. memang nak tekan checkout tu gagal la citer dia. Seterus2nya memang aku gagal bila nak place order. Dah molek masuk cart, nak payment je terus habis stok. grrr...

Aku pun klik2 tu menyambil je kan, idokle serius beno nak kan sambalnya. Bersukan kan. Tibe-tibe kak siti randomly tekan di hari ke berapa taktau, jam 9.30 pagi dan ya! here it is. Ahaha, jom kita try.

(So kawan-kawan yang masih mencuba tu, boleh try ya jam 930 pagi. Semoga ada rezeki merasa Sambal Nyet. Hehe)  


Review sikit

Okey setelah masuknya waktu berbuka dan aku pun mencubalah sambal yang begitu viral sehingga meng-jutawan kan khairul aming ni. Review ni ikut aku punya taste bud ngan kemampuan perut aku jela k. Memang takkan sama lah dengan orang lain.

Sambal dia pedas tapi sedap. Dia macam ada gabungan masakan sambal Malaysia dengan sambal Indonesia. Overall suit my taste bud. Tapi nak kata tersedap tu idok le. Haruslah sambal mak kita paling sedap. Haha. 

Kepada kawan-kawan yang masih battle nak dapatkan sebotol sambal nyet. Good luck saya ucapkan! Tanpa keberanian, mimpi tak bermakna. so, teruskan klik2!

Secebis kisah di Broga

Hai semua, lama tak menulis. Lagi-lagi tulisan2 tentang pendakian. Yela dah masuk tahun ke-2 dunia dilanda pandemik. Dan sejak itu jugalah, nikmat berkeliaran, bertravel dan bergerak kita telah pun di ambil semula. 

Ya, sebuah pelajaran tentang syukur aku kira. Akhirnya kita sedar, bergerak bebas itu satu nikmat.

Ok, terus kepada kisah. Last aku naik gunung adalah Gunung Yong yap beberapa hari sebelum arahan PKP Mac tahun lepas. Lepas PKP dah habis, ada juga la naik Bukit Gasing dan juga Denai 3 Puteri, buat lepas gian masuk hutan camtu.

Nak cerita dia pasal Broga kan tadi. Mengikut rekod, aku pun dah tak dapat kira berapa kali dah aku pergi Broga sebenarnya. Cerita ni dah lama (30.5.2015), cerita zaman semua yang join trip tu semua bujang lagi. Hidup yang santai tanpa memikirkan macam-macam komitmen yang kena fikir sekarang. 

Hari tu, first time la naik Broga, Gema x Weekenders. Tak ramai pun yang join hari tu. Biasa program Gema naik Broga kami buat pagi. Tapi yang kali ni, since Weekenders yang ajak, depa buat malam. First time juga aku naik Broga lepas Asar. Santai memang santai, sebab orang tak ramai. (Oh, masa ni masih guna laluan lama, nowadays dah buka laluan baru kan, dan berbayar. Time kami naik ni, masih bayar parking je. Naik bukit takde bayar)

Antara yang join malam tu (yang aku ingat).. 
Weekenders : Aliff, Cam, sorang guy, sharifah, liyana
Gema: Nopal, Azahari, Hakim, Aku, Edah, 2 kawan edah



Dah sampai puncak Broga tu, masing-masing ralit dengan keindahan matahari hampir terbenam. Sibuk bergambar. Nak cerita santai tak santainya kami petang tu, sampai Alif tertinggal arang kat dalam kereta dia. So, da sampai puncak ni, patah balik turun nak amik arang kat dalam kereta. Sebab plan nya nak bbq malam tu.

Petang tu, ada la beberpa orang kat puncak selain kami. Tapi nak bawa ke Maghrib, balik lah diorang. Maybe datang layan sunset je kut. Nak senja tu, tinggal group kami dan sorang foreigner ni, maybe Japanese kut. Dia camping kat puncak tu sorang perempuan dengan lelaki macam bapak dia, sebab lebih berusia.

Japanese couple yang camping di puncak Broga
Orang berapa je, tapi daging tu macam. Hmm.

Malam tu, takde aktiviti sangat melainkan berbual dan berkenalan sambil makan BBQ. Naufal sampai lambat dan bz membuat assignment, dia tengah ambil master time tu. Walaupun bz buat assignment, bila daging bakar di hulur, habis juga semuanya ya. Mantap pak abu!

Member busy siapkan assignment

Masa kami duk bz makan dan berbual, aku perasan ada sorang pakcik cina yang sedang mendaki Broga, solo. Sempatlah aku amaze dengan pakcik tu. Kental gila mendaki sorang-sorang di malam hari. Bila kami duk makan dan makan tapi rasa dah full dan tak abis, terus aku teringat pakcik tu. Aku cadangkan utk offer makanan kat pakcik. Bila pakcik tu lalu, aku tak ingat kitorang offer atau tak tapi aku ingat pakcik tu pesan jangan balik lambat sangat.

Lepas semua dah berusaha keras dan memang tak boleh 'pergi' lagi, kami pun kemas-kemas untuk pulang. Punya la ralit duk bersantai, rupanya dah nak jam 11 malam time tu. Siap-siap kemas semua, kami pun turun. Macam biasalah aku akan duduk di daerah2 kebelakang sikit lah kan, memang dari dulu tak begitu pesukan. Tapi belakang aku time tu ada orang lagi, Cam kut ngan liana. 


Turun punya turun punya turun. Terhenti. Azahari yang depan sekali berhenti. Ada orang rupanya. Dia terkejut sebab nampak ada 2 brader ni nak mendaki, tapi tak pasang headlamp. Nasib tak berlanggar dengan dia yang turun. Masa tu macam dengar sikit-sikit la story2. Tapi, Azahari cakap tunggu kat bawah nanti dia cerita. Brader 2 orang tu pun tak jadi naik, patah balik dengan kitorang ke parking kereta. 

Dah sampai parking, barulah Azahari cerita detail (sambil tunggu yang belakang sampai) Menurut Azhari, 2 brader tu baru sampai, diorang nak naik. Tapi sampai dekat simpang (yang dia jumpa Azahari tu) dia stop dan tutup headlamp sebab dia nampak ada sekumpulan 'orang' baru turun beramai ramai ikut simpang 1 lagi tu. Bila dia jumpa azahari, terus dia tanya

"Siapa yang turun sebelum kau tadi?" Azahari pun terkejut sikitlah, sebab Azahari depan sekali dalam group kami, maknanya memang takde orang turun sebelum kami melainkan uncle cina tadilah. Tapi uncle tu turun dah lama sangat. Dan dia naik turun memang sorang-sorang je.

Disebabkan jawapan Azahari begitu, maka brader tu pun decide untuk tak jadi naik. Naik esok je lah, kut? 

Malam tu, kat dalam group whatsapp kecoh sekejap pasal isu ni. Sebab semua pun mengeluarkan pelbagai andaian sebab semua tak tau apa sebenarnya yang brader tu nampak. 

Oh, kisah budak hilang di Broga tu, beberapa tahun selepas cerita ni. Bunian ke ek yang brader tu nampak. Huhu.

Itu je lah cerita yang tiba-tiba melintas di fikiran aku dan masih menjadi misteri. 

** Aku sebenarnya tengah cari mood nak menulis report untuk submit kat boss. Tak sampai-sampai moodnya pun. Dah berapa hari dah ni. So, kita try tulis blog dulu, mana tau bleh jadi mood booster! haha. K tu je. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan semua ^^,

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 April 2021

Pak cik parking

2019

Aku kira tak perlu menjadi malaikat untuk orang menyukai kita. Cukuplah kita menjadi manusia. 

Semalam balik dari kerja, pakcik jaga parking dah ada, pakej bersama dengan keluarga dia aku kira. 

"Ni ada pelam kat depan rumah berbuah. Makan la dengan kawan2" ujar pakcik sambil menghulur seplastik mempelam padi kut eh. Kecik2 buahnya.

Bagus pakcik ni, memang kerap dia bersedekah macam tu. Hari tu jambu air, ada juga dibaginya sayur. Tanaman di sekeliling rumah macam tu.

2020

Sempatlah beberapa kali aku berinteraksi dengan pakcik ni dek Covid kan, WFH. Jadi pergi ofis pun tidak kan. Tapi di hujung-hujung tu pakcik dah tak kelihatan, orang lain yang jaga parking. Bila sembang-sembang katanya pakcik tu sakit. Sekarang dah balik kampung, berubat di kampung. Tak tahula apa kabarnya dan sakit apa.

2021

Tahun ni, aku dah tak parking kat tempat pakcik tu lagi, sebabkan parking tu dah tutup. Aku pun tak pasti apa projek, aku syak depa nak properkan lagi tempat parking tu gamaknya. Tengok batu untuk tar jalan dah selonggok kat hujung parking. Tapi tu lah, sampai dah bulan 4 ni, tak nampak progress pun lagi.

Hari tu aku nampak pakcik ni tengah berjalan kaki berhampiran kawasan parking. Tapi sebab aku dah driving nak balik, sempat angkat tangan je lah. Kereta pun banyak kat belakang, nak borak tanya kabar pun segan. Tengok nampak sihat jugak, Alhamdulillah.