Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 November 2008

soul searching

Terma baru yang aku peroleh semalam ketika merajinkan diri ke sekolah ADNI mengikuti program KARISMA. Im searching for my soul now and lately I thought. Sangat berserabut akhir-akhir ini. Aku rasa, aku perlu refresh diri sendiri..terlalu banyak karat-karat jahiliah yang masih berdaki di dada hati.

Aku hanya seorang hamba yang sedang berusaha mencari cinta Tuhan.

Sehingga hari ni aku rasa belum lagi aku membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Buat sesuatu dgn aim I want to be the best. Thought, I just a mediocre.. asyik aim untuk yang sederhana sahaja.

Diakhir slot pagi semalam, ada sesuatu yang menyebabkan aku benar-benar perlu berubah.

“Kalau kamu rasa tak bersungguh dalam dakwah..you better LEAVE” sungguh penyataan itu memakna dalam jiwa ini.Terlalu banyak berlaku tarik tali dengan Allah selama ini. Sejauh manakah aku bersungguh? Need time to change. Need time to reborn..

At Taubah : 41

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan, maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

27 November 2008

Terima kasih

Aku jarang berterima kasih..jadi hari ni,

Terima kasih buat sahabat2 yang selalu bersama..

mendengar celoteh aku yang selalu tiada faedahnya.

Terima kasih untuk selalu disisi walau susah,senang dan getir

Terima kasih Allah kerna hadiahkan aku sahabat2 yang begitu memahami..

 

Terima kasih kepada kak siti susah2 tanya kekosongan bilik di 11th..

Terima kasih kepada Liya untuk peringatan2 yang diberikan sepanjang duduk berjiran..

Terima kasih kepada Awanis selalu menjadi pendengar terhadap rungutan2 aku

Terima kasih Samiha tumpangkan kereta J dan kekuatan yang selalu dikongsi bersama..

Terima kasih pn sorayya..kasi aku advise suruh bercuti..hua3..

 

AKu balik dulu ye KL nanti kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika..

UMKL

8.00am

26 November 2008

Kapal kehidupan ~ ingatan buat diri yang alpa

Hidup ni bagai satu pelayaran yang sangat panjang. Pemilihan untuk menaiki kapal/bot yang mana adalah atas diri kita sendiri. Kapal yang terbaik kah atau yang buruk kah. Bagi yang mendapat kapal terbaik dalam pelayaran ini, ucapkanlah Alhamdulillah. Namun bagi yang menaiki kapal yang hampir roboh dan bilik kabin yang sudah ber’bau’.Janganlah berkecil hati, dan merasa putus asa untuk meneruskan pelayaran, kerana sudah menaiki kapal itu sudah cukup bagus. Bayangkan bagi yang lain yang hanya menaiki bot/sampan. Mudah sahaja ditelan gelombang saat  laut diserang gelora. Jangan pula kerana kekecewaan kita, sampai sahaja kita terjun ke laut yang dalam itu. Segarnya sebentar cuma, hakikatnya kita tak punya kekuatan untuk berenang lebih jauh menuju ke destinasi.

Seperti itu jugalah dakwah kita sahabat sekalian, jangan kerana terdapat beberapa orang dalam jemaah yang tidak kita setujui menyebabkan kita keluar dari jemaah itu. Hakikatnya kita semua hanya manusia. Punya salah dan silap yang banyak.Namun, seperti kita yang punya kelebihan, sahabat-sahabat kita juga ada kelebihan masing-masing. Besarkanlah kelebihan mereka supaya tertutup kesalahan mereka yang kecil itu. Kalau sampai semua dari kita mengambil jalan mudah, melarikan diri dari jemaah..bilakah dakwah akan berjalan dengan lancar?

Teruslah berukhuwwah dan mengorak langkah! Islam perlukan mujahid..masa kita makin suntuk.

Dipetik dari sebuah artikel dari seberang

UMKL

24 November 2008

Hebahan

...Assalamualaikum wbt...

Sempena Cuti Sekolah
Motivasi Bersama Anak Yatim Hjh Kamariah Tmn Medan

30 NOV 08 (Ahad)
8.30 pagi - 5 ptg
Rumah Anak Yatim Hjh Kamariah Tmn Medan

anjuran
Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling Jaya

Pengarah Program
Kak Salasiah & Cikgu Fahmi

Semua fasi dijemput hadir
Kepada fasi yang dapat hadir sila daftarkan diri anda


~CAM~

19 November 2008

kembali ke UM

....

balik ke kampung pada hari sabtu dan pulang semula ke KL hari selasa..
betapa sekejapnye balik..xde pape pun sumbngn yg sempat di beri utk home n family
mgkn lain kali..
semoga masih berkesempatan..

....