Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 October 2010

Sarkas.

Salam 1 Malaysia.

renung-renungkan bual pagi rakan kita ni..

Tingkatan 3, tahun 2000.
"Eh, keputusan PMR dah keluar lah.. aku ada apply MRSM hari tu.. harap2 sangat dapat."
"Betullah, aku pun ada apply untuk sambung tingkatan 4 di SBP"

Tingkatan 3, tahun terkehadapan..
"Eh ko ni kan PMR dah dekat, ko masih nak keluar malam dan xmau study ek"
"Ala PMR je pun.. its not end of the world la.. nak susah apa, Sekolah Harapan kan ada!"

Satu masa, kita berlumba-lumba nak masuk sekolah berasrama penuh.. mungkinkah, akan sampai satu zaman.. dunia telah merubah dimensi pikir adik2 kita?nauzzubillah.

Untuk kisah ini,
suka untuk aku kongsikan analogi sungai dari Ustaz Pahrol.

Di sebuah kampung.. sungainya telah tercemar teruk, dek kerana orang2 kampung di Hulu terus-menerus membuang sampah kedalam sungai. Atas inisiatif murni dan penuh pengharapan untuk mendapatkan sungai yang bersih, maka penduduk kampung dibahagian hilir menjalankan gotong royong membersih sungai. Setiap hujung minggu, mereka bertungkus lumus membersih sungai.

Begitulah agaknya negara kita, terus-terusan membersih hilir sungai sedang jalan menggesa penduduk hulu sungai dari membuang sampah adalah lebih bijak sebenarnya.

Dari sekolah harapan, pembinaan kilang coca-cola, lalu sekarang, rancangan hab hiburan untuk tujuan peningkatan ekonomi negara dari sektor pelancongan..

apa semua ini?

Sekian, Phileo D.
2.21pm

25 October 2010

23

ok, da keluar da dari gua. duk sehari je dalam gua cukuplah kan. buat pa lama2.. da tau mana baik-buruk, keluar la balik. hidup mesti terus.

Berbalik kepada alam nyata,
Alhamdulillah, disampaikan oleh Allah ke usia ini. (meskipun belum sampai usia emas.tapi tetap bersyukur) dah 23 tahun..

T_T SEDIH sebab mengenang ntah apa2 ajelah yang aku buat pada umur yang telah aku lalui..
T_T TERHARU sebab masih berpeluang untuk bernafas di bumi indah ciptaan Allah ini.
T_T STRESS sebab? susah lah jadi orang dewasa. hukhuK!
T_T BERSYUKUR kerana dikurniakan keluarga dan sahabat2 yang baik2 belaka.

terima kasih kepada keluarga yang wish, sahabat handai juga ada membuat ucapan.. terima kasih, terima kasih..

Sempena hari lahir ke-23, celebrationnya? ke A&W sambil mengimbau nostalgiknya minum float .. terkenang zmn sekolah..

kemudian ada kek dari Kak CT. terima kasih. Rasa2 last aku dapat kek pada ulang tahun kelahiran; adalah ketika aku tingkatan 5, dari Sima. Lama betul.

okeyh tu ajelah, ngantuk pulak.salam.

24 October 2010

Gua

ok, kena 'basuh' ngan Kak Mash. nak masuk gualah macam ni.

bye.

10.13pm

Cinta itu anugerah

Ok, topik cinta pula kita hari ini. Biasalah, topik cinta kan sinonim dengan rumaja. Kalau tak cerita soal2 cinta ni, xremaja lah. kankan?

Disebabkan aku ni baru nak masuk usia remaja.. maka, layankan sikitlah,

Sejak siri ke-4 KAFA UM dok citer bab2 gini. Maka, aku pun sudah terjebak.. dari Ustaz Hajar yang megulas panjang bab Fiqh Munakahat, sehinggalah ke hari semalam Ustz Pahrol Mohd Juoi dan Ustazah Fatimah Syarha membincangkan topik hangat semasa, Couple: Antara Fitrah dan Fitnah.

2 thumbs up for u both!!

clear sudah mind set aku nih. InsyaAllah bakal menjadi remaja yang terlurus seting mindanya tentang cinta-cintun nih.

So, share sikitlah ye ilmu-ilmu Allah ni;

Ustazah Fatimah Syarha.
+ Asal ikhtilat itu adalah haram, tapi darurat itu yang membenarkan..
+ Tingkat cinta itu ada 3 :
1. Cinta Peringkat Agong - Cinta kepada Allah, Rasul dan jihad
2. Cinta Peringkat Pertengahan - Cinta kepada ibu bapa, keluarga, harta, perniagaan, sesama makhluk
3. Cinta Peringkat Rendah - Melebihkan cinta pertengahan dari cinta agong

Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
+ Perkahwinan bukan kubur cinta, tetapi kebun cinta.
+ Cinta yang didasari seks dan hawa nafsu adalah anugerah untuk haiwan; bukan manusia
+ Kadang2 kita tidak nampak bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat
+ Semakin banyak kemanisan yang kita teguk sebelum pernikahan, semakin tawar kehidupan mendatang
+ Mujahadah itu pahit, kerna syurga itu manis

Ok itu cerita semalam, cerita hari ni? sambung lagi bab2 cinta ni. Tapi dalam versi berbeza,

Dr Melasutra Md Dali.
+ Selagi mana cintakan dakwah, mungkinkah kita berbeza?
+ Cinta dakwah mendorong kita mencintai SEMUA orang dan SEMUA tugas
+ Cinta melaksanakan tugas dakwah laksana enjin kenderaan, terus melakukan tugas tanpa mengira siapa penumpangnya


"Cinta itu bukan mendakap tetapi belajar melepaskan.Bebaskan cintamu"
-Pahrol Mohd Juoi

Sekian,
2.24, VSKJ.

23 October 2010

Rumah Sakit

Semalam, balik kerja terus bergegas (tak sangatlah, since jam teruk di Puchong dan LDP juga of course.. maka sejam jugaklah perjalanan) ke Hospital Putrajaya..

Paklang masuk hospital.. sekali lagi..

Sebenarnya beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk penyakit yang sama pada hari raya tahun lepas. Menyebabkan memang keluarga kami turut meraikan hari kebesaran itu di hospital bersama-sama. Bak kata orang, susah senang bersama-sama. 1 for all and all for 1.

ok, berbalik kepada paklang. Masalah beliau adalah penyakit usus. iaitu, tidak boleh menyahtinja dengan sempurna. mau dekat sebulan jugak beliau mengalami masalah tersebut. Kalau tak boleh 'membuang'.. secara automatik mestilah kita punya selera makan pun akan terganggu kan?

Jadi, paklang decide untuk di hospital sahaja, sehingga masalah 'membuang' nya itu selesai..

Overall.. ketika aku sampai beliau nampak bertenang dan sihat2 sahaja. hospital sebagai R&R katanya.. paklang.. paklang.. memang suka berseloroh juga sakit sakit pun.

~ bila tengok orang dah mula sakit2 ni saiko pulak aku.. tba2 aku pun bila sakit sikit, mula memikirkan segala jadah penyakit kronik yang ada di dunia. haih la sarah .. T_T

ok, since aku pun xsure sangat pasal penyakit paklang ni.. mari aku kongsikan satu artikel tentang penyakit2 usus yang dikeluarkan oleh Berita Harian.. Jangan tak tau pada 2008 penyakit berkaitan sistem pencernaan ni menduduki tempat ke-6 penyebab utama kematian di hospital kerajaan.Check it out!

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan.

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian.
Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.


Sekian,
6.40am,KJ