Disebabkan aku ni baru nak masuk usia remaja.. maka, layankan sikitlah,
Sejak siri ke-4 KAFA UM dok citer bab2 gini. Maka, aku pun sudah terjebak.. dari Ustaz Hajar yang megulas panjang bab Fiqh Munakahat, sehinggalah ke hari semalam Ustz Pahrol Mohd Juoi dan Ustazah Fatimah Syarha membincangkan topik hangat semasa, Couple: Antara Fitrah dan Fitnah.
2 thumbs up for u both!!
clear sudah mind set aku nih. InsyaAllah bakal menjadi remaja yang terlurus seting mindanya tentang cinta-cintun nih.
So, share sikitlah ye ilmu-ilmu Allah ni;
Ustazah Fatimah Syarha.
+ Asal ikhtilat itu adalah haram, tapi darurat itu yang membenarkan..
+ Tingkat cinta itu ada 3 :
1. Cinta Peringkat Agong - Cinta kepada Allah, Rasul dan jihad
2. Cinta Peringkat Pertengahan - Cinta kepada ibu bapa, keluarga, harta, perniagaan, sesama makhluk
3. Cinta Peringkat Rendah - Melebihkan cinta pertengahan dari cinta agong
Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
+ Perkahwinan bukan kubur cinta, tetapi kebun cinta.
+ Cinta yang didasari seks dan hawa nafsu adalah anugerah untuk haiwan; bukan manusia
+ Kadang2 kita tidak nampak bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat
+ Semakin banyak kemanisan yang kita teguk sebelum pernikahan, semakin tawar kehidupan mendatang
+ Mujahadah itu pahit, kerna syurga itu manis
Ok itu cerita semalam, cerita hari ni? sambung lagi bab2 cinta ni. Tapi dalam versi berbeza,
Dr Melasutra Md Dali.
+ Selagi mana cintakan dakwah, mungkinkah kita berbeza?
+ Cinta dakwah mendorong kita mencintai SEMUA orang dan SEMUA tugas
+ Cinta melaksanakan tugas dakwah laksana enjin kenderaan, terus melakukan tugas tanpa mengira siapa penumpangnya
"Cinta itu bukan mendakap tetapi belajar melepaskan.Bebaskan cintamu"
-Pahrol Mohd Juoi
Sekian,
2.24, VSKJ.
No comments:
Post a Comment