Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 February 2011

Redhalah aku

Suasana pagi makin berseri-seri
bila matahari mula menjenguk diri 

terlukis keindahan dalam keharmonian 
terpamer kekuasaan Ar-Rahman

Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
menitislah embun dari ujung dedaun
lembut bayu menyapa bagai membelai jiwa
menggilap dosa-dosa yang tersisa 

Redhalah aku hanya pada-Mu
dan karuniakan kehidupan Robbani
Redhalah aku hanya pada-Mu 
dan limpahan nikmat di bumi ini

Keindahan alam keindahan islam 
kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
persada kecintaan taqwa jadi hiasan
biarpun kehinaan di mata insan

Segala keperitan jadi rencah perjuangan 
itulah sunatullah dari zaman Rasullullah
biarpun tumpah air mata dan darah 
tak perduli demi cinta Ilahi


Redhalah aku hanya pada-Mu
dan karuniakan kehidupan Robbani
Redhalah aku hanya pada-Mu 
dan karuniakan nikmat di bumi ini

Wahai teman-teman majulah kehadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
kemenangan milik kita 
syahid adalah cita

24 February 2011

Kurt n Sam.

Salam 1 Malaysia!

sebenarnya, dah dua hari aku demam (baca: luka luaran nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu). harap² esok kebahla.. susah nak buat kerja demam² gini.. aku harap korang faham lah kan penyakit misteri aku ni.. kalau xda penyakit ni, xkan xda ribut xda hujan, tba2 aku duk post pasal perjalanan dari New Heaven ke Los Angeles! heh~ (Ok, aku pun ada cek sikit, jarak Cambridge ke Palo Alto adalah 2 hari dan 2 jam)

vlogger T_T > distract. sinful. *sigh*

sambil membaca akhbar iLuvIslam, aku terjumpa artikel ni,

Agar sentiasa dekat dengan petunjuk:
1. Mendengar AlQuran. Usahakan untuk mendengar AlQuran walau kemana kamu pergi.
2. Berdoa setiap masa. Tujuannya? menambah rasa kebertanggungan kita kepada hanya Allah.
3. Solat sebagai kegiatan utama. Get ready berwudhuk 15 minit sebelum azan.
4. Berwudhuk dengan sempurna. Cuba untuk kekalkan wudhu selama mungkin.

pagi tadi sebab kan ke-demam-an yang melanda tu, aku dah pusing dekat 10kali ++ kut beberapa lagu cover-version dan mashup. T_T

sekarang aku dah paham, kenapa jihad melawan hawa nafsu tu, lebih tinggi martabatnya dari jihad perperangan. Fight against yourself! susah.. susah.. (tapi InsyaAllah tak mustahil)

♥ semoga esok lebih baik, untuk kita dan untuk semua ^_____^
"macam mana nak buat kita tidak distract dengan keindahan dunia ni?" 
nota: usrah hari ni berganti dengan jaulah ke PPUM, hantar kak mus.. utk tambah darah. Sian kak mus nampak pucat sangat.

23 February 2011

Tazkirah dari Edah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

meskipun dah dari zaman belajar sering berada dalam keadaan kehidupan yang pack (kbi-kum-bioinfo) tapi rasanya aku masih tak dapat beradaptasi dengan baik lagi. Macam sekarang ni, kalau tiap2 malam kau ada hal-hal lain lepas kerja, dan bila ada satu malam yang free telah dibazirkan, rasa bersalah betul! haih.

Ok, berbalik kepada tajuk, tadi aku mendengar tazkirah dari seorang yang sangat berbakat ini, (ada gaya2 pentazkirah Jumaat sudah.. ^__^ ) bertajuk sahabat, teman dan kawan, err betulkan tajuk ni?

Ni yang berjaya aku jot down, bolehlah korang pun terisi jiwa dengan pengisian Cik Edah kita ni ye.. =)

Carilah sahabat yang..
1. Bila kita berbakti kepadanya, dia menjagamu
2. Bila kita mintak tolong, dia segera menghulurkan bantuan
3. Bila kita hulurkan bantuan, dia terima dengan baik
4. Bila kita merapatkan persahabatan, dia semakin rapat
5. Bila kita merancang sesuatu, pasti dia membantu
6. Jika melihat sesuatu yang buruk dari kita, pasti dia menutupinya
7. Bila merasai kebaikan kita, dia menghargai dan menyebutnya

Telah berkata Imam Ghazali,
"Teman yang baik itu adalah apabila melihat wajahnya mengingatkan kita kepada Allah, mendengar kata-katanya menambah keimanan kita, melihat tingkah laku dan ibadahnya mengingatkan kita kepada kematian"

Selain dari berusaha menjadi kawan yang baik, sama-sama jugalah kita menjaga nilai ukhuwwah yang kita ada hari ini.. jom cek checklist kat bawah ni, kut² ada pada kita, bolehlah nak diubah.. kan?

Duri dalam Ukhwah
1. Berlumba-lumba dalam mengejar kenikmatan dunia
2. Tidak ada santun dalam bicara
3. Menyebarkan fitnah
4. Suka berdebat
5. Enggan menatap wajah bila berbicara
6. Meninggikan suara

"Ada seorang ulama' mendengar cerita dari seorang pemuda. Pemuda itu memberitahunya tentang suatu hadis. Hadis itu, telah diketahui oleh ulama' itu sebelum pun pemuda itu lahir, tetapi demi menjaga ukhhuwwah mereka, ulama' itu langsung tidak menyampuk malah mendengar sahaja hadis dari pemuda itu sehingga habis"
"orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang keras kepala dan suka membantah"

nauzubilahminzalik.jauhkan aku dari sifat ini Ya Allah!

Last sekali,

"Orang mukmin itu bersatu pada perkara yang disepakati 
dan berlapang dada pada perkara yang tidak sependapat"

♥ sayang adik² semua!

22 February 2011

side note

Ketika aku mengamati kedudukan 2 YouTube-star ini,

+NigaHiga di Los Angeles
+KurtHugoSchneider di Yale

aku mendapati,


mak aih, perjalanan 1 hari 18 jam.. besonye amerika ni ye..

Alhamdulillah aku duk Malaysia, kalo duk amerika ni, jenuh gak nak hafal nama² negeri. T_T

20 February 2011

Mousse Coklat Putih

asSalam Ahad everybody!!

apa macam hari ni? ada sehat kah? sakitkah? kepada yang sihat, ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan tersebut. Kepada yang sakit, juga ucapkanlah Alhamdulillah ditambah dengan Astaghfirullah. InsyaAllah sakit itukan kafarah dosa.

(Best betul jadi mukmin ni, dalam apa jua keadaan tetap beruntung, bila kita bersyukur ^__^)


Ok hujung minggu ni, kami telah pun berhasil sampai ke Daiso! yeah Daiso di IOI Mall Puchong. Daiso ni satu kedai yang menjual barang² dari Jepun. Semua barang RM5. Semua barang dia mainly from Jepun lah. (Oh tapi kalo check-it-out betul², ada gak yang made in China) Nak jadi kan cerita.. asalnya, nak pegi sana cari mangkuk untuk buat souffle (ok of course lah bukan aku yang nak buatkan. oven pun takde). 


Bagi aku, untuk barang² yang kecik tu memang tak berbaloi lah nak beli kat sini. Kalau pensil ke, bekas kicap ke kan, takpun cotton bud.. aku rasa memang tak sesuai sangatlah beli kat sini. Try lah datang, memang pening kepala nak re-calculate nak beli apa je. 

Sayangnya bekas untuk souffle tu tak ditemui. Tapi tak pe nevermind, atleast dah pernah sampai Daiso, dan dapat gak lah beli 2 bekas comel + 2 kain (craft purpose). 

Balik dari Daiso, aku meneruskan kembara ke Giant Kelana Jaya untuk meneruskan pengembaraan misi Mousse Coklat Putih. 

Ok, share the picture la eh. Nanti kalau korang berminat nak buat boleh la google ek resepi dia, sebab yang aku buat ni melalui pembacaan majalah saja. 


Inilah Mousse Coklat Putih yang berjaya dihasilkan


Ini pulak buku yang telah mencetuskan inspirasi. Banyak lagi juadah² yang boleh dicuba, tengoklah nanti bila rajin. Kalau korang nak beli, bolehlah singgah ke BookXcess di Amcorp tu, ada lagi beberapa jenis yang sesuai untuk dibeli.

Sekian!