"Life begin just on the other side of your comfort zone"
[Day 4 - 15 September 2014]
hari ni aku rasa begitu rushing. semalam dah bincang, ktorang kena bangun atleast jam 5, sebab mus pesan, jam 6.30 fly dan kemah akan di jatuhkan dan paling last kitorang kena bergerak dari Langsir adalah jam 7 pagi.
sebab apa jam 5? sebab adalah seperti diatas plus.. ktorang kena masak untuk sarapan dan pek lunch sekali!! sobs. aku dah bangun jam 4 lebih camtu. pastu tengok semua tak bangun lagi kan. takde geng, tdo balik. last last, 5.30 baru aku bangun tu pon sebab dah nampak dari arah fly ground cahaya lampu. means da ada orang bangun. kan? aku bukan pe, baju aku sidai kat mana2 ntah, dengan tali tak cabut simpan lagi.. pendek kata beg tak kemas lagi lah!
dengan lintang pukang aku menggagau mencapai barang2 aku. then, da simpan semua. amik wudhuk dan bersolatlah aku. Lepas solat aku tarik barang masak ke tengah untuk persediaan memasak. Kalut lahai, nasi banyak la plak. kena dua kali goreng. Inti roti pita tak setel lagi. Gitu gini setel. Siap semua makan, basuh pinggan. bungkus.
bergerak lah kami kurang lebih jam lapan lebih.
Kami pun bergerak ke Sg Bangan. Tempat ni aku rasa tak jauh.. dalam 20 minit berjalan. Tapi, kalau namanya berjalan dengan beban berkilo kilo ni, rasa macam lama je.
Sg Bangan ni another, Subhanallah view! cantik. Ah semua sungai la cantik, dalah hutan kan, kalo nak mencemarkan setelah travel 8 jam mcm tak berbaloi rasa.
Nah kasi layan sikit gambar kat Sg Bangan.
Mula-mula masa briefing asal, Mus cakap akan berenti singgah sejam untuk mandi. Haih, tapi dah dapat air.. meleret sampai ke dua jam. huhu. Dalam jam 11 jugak aku rasa kitorang menyambung perjalanan. Lepas 3 jam berjalan, sampailah semula kami ke Bukit Taubat, T.T ha kali ni aku da ada kamera, nah gambar setepek.
Lepas sejam kitorang sampailah ke checkpoint yang aku kira terakhir sebelum keluar dari hutan lipur chemerung. Aku memang dah longlai segala lutut, jari kaki dan tumit.
"Ok semua, sekarang letak beg dan kita akan naik kat atas ni hike dalam 10 minit. Semua compulsary! Ni tempat wajib pergi, kita nak tangkap group photo kat sini"
Mula rasa macam nak mengamuk, tapi layan jer la kan. Lagipun tak bawa beg. Sekali dah sampai. Peh, memang tak patut kalau aku tak datang tadi :P
Air Terjun Chemerung, tertinggi di Asia Tenggara betul-betul depan mata. priceless!
dah pesan, ini untuk bergambar je. tapi mana-mana yang pantang jumpa air tu terjun jugak! haha. Selepas bergambar, turun balik then berjalanla pulang dengan kaki tak serupa kaki dah. worn out!
Dekat jam 6 gak aku rasa kitorang sampai kaki gunung. Aku memang pecut, nak masuk bilik air punya pasal. Haha. Pastu solat, pastu berkumpul jap kata-kata pergulungan dan ucapan terima kasih. maghrib+isyak. Bergeraklah kami pulang ke Kota Raya kurang lebih jam 8 malam.
Tak lama pastu singgah somewhere kat Chenneh untuk dinner. Sampai LRT Gombak 1 lebih, sampai PISA jam 3. Aku taktau pulak Gombak dan Shah Alam begitu jauh. !==