Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 November 2015

Belajar menjadi manusia

Dulu aku pernah menggambarkan diri sendiri sebagai seorang yang panas baran. Walhal, memang jarang lah orang nampak part aku yang panas baran tu.

Sebenarnya, aku pun tak tau lah yang adakah aku memang panas baran, atau ada term lain yang lebih sesuai.

Semalam, aku ada pergi satu mesyuarat ni, tentang next projek kami. Video editting. Panggil sekali brader yang akan jadi tenaga pengajar tu. He deserve my respect lah.. sebab cara dia handle soalan2 orang bertenang gila. Sedangkan soalan2 macam bodoh belaka. dan kadang-kadang soalan tu macam orang yang bertanya rasa dia lagi bijak plak. Tapi dia steady je jawab dengan tenang dan rasional.

Fuh.

Bila la agaknya aku boleh jadi tenang dan rasional? selalu berapi jer.. tinggi lagi rasanya tingkat keegoan. Masih berkerak lagi agaknya karat jahiliyah..

Haish.

Astaghfirullahalazim.

24 November 2015

Ber-impi-lah!

"Realiti hari ini, adalah doa masa lalu" - FB Yus

4 tahun yang lalu, aku pergi ke company trip. Masa tu baru sebulan kerja dengan company sekarang. Tak banyak yang aku tau, tak ramai yang aku kenal juga. Paling kenal adalah kawan-kawan satu department saja. Sebab kerja dengan mereka, makan pun dengan mereka. Masa tu aku the lonely malay girl alive kat department. aha. So, diorang temankanlah aku makan. Makan bersama-sama.

Tapi untuk department lain, memang kenal macam tu sajalah. Yang malay ladies lain, sometime jumpa terserempak masa nak pergi solat je lah.

Berbalik kepada company trip. Masa aku pergi tu, aku tak banyak fikir pun. Dengan assumption inilah jalan pintas nak kenal ramai orang, dan ini juga peluang nak dapatkan Samsung Galaxy Tab 2. Woahaha, macam kelakar. Tapi, i really dream of it kut masa tu!

Aku bukanlah nak cerita tentang company trip tu. Sebab rasanya dah pernah cerita kut sebelum ni, so malas nak ulang. Cuma aku nak imbas kembali satu part dalam aktiviti tersebut. Malam hari pertama tu, ada aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti tu, setiap dari kami kena list kan target dalam tempoh 2 tahun akan datang. Dari segi personal dan juga perjalanan kerjaya.

Aku tak ingat berapa banyak yang aku list kan. Tapi, yang aku ingat adalah seperti dibawah:

- membeli kereta sendiri
- pergi mengerjakan umrah bersama mak dan ayah
- mempelajari mandarin
- menguasai framework PHP yang sedang digunakan + 2 yang baru

Bila aku imbas balik satu-satu, aku tengok all of it achieved walaupun takdelah dalam frame 2 tahun tu.

The key point here is, Jangan takut untuk bermimpi! ^^, 

xoxo,
pen off.

20 November 2015

nota rindu untuk blog :D

Di Subuh begini, terasa hening. So, buka blog jap amik mood menulis. Baru nak start di hentami dengan bunyi alarm kereta.

'haih, awal betul masuk kerja bang penyamun..' tapi kat kondo sebelah ni, boleh ke penyamun nak masuk? high level kut security dia.

ok. nampak tak, senang benar melalut.

aku rasa lemau lately, sebab banyak sangat benda tertangguh. konsep pengutamaan masih fail. dah berapa tahun hidup, tapi masih sama. *sigh*

ok btw, nak promo program terdekat.

29 November
Seminar: Ada Apa Dengan Alam, 
CUBE Akademi Pengajian Islam, UM,
8 pagi - 1 tengahari

5 Disember*
Video editting class
Masjid Bulat 
9 pagi - 1 tengahari

6 Disember*
Wall Climbing 
Putrajaya Challenge Park
9 pagi - 1 tengahari

untuk projek * memang aku masih ada hutang lagi for both. T.T so sadd.. tapi takpe, untuk yang berminat save the date dulu. Harapnya semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Promo berwarna akan muncul lagi soon insyaAllah.

for it, teruskan berjuang semua!! gambateh.

05 November 2015

2 perkara.

perkara #1

dulu, masa aku zaman belajar.. bila ajak pergi kelas agama/usrah/program selalu je alasan adalah.. eh tak dapat lah, tak lama lagi nak exam, eh assignment tak siap, eh ada connas, eh nak balik kampung. eh dan eh sampai lah habis. terus eh.

lepas tu, dah kerja. eh macam kosong sangat plak, pe kata kita buat group discussion lepas balik kerja. tilawah jap then belajar sikit2 la ilmu agama. eh tapi nanti siapa nak masak. husband balik nak makan, abang saya pun. nanti kesian kat mak saya kena masak.

sebenarnya.

dulu masa zaman belajar, aku pun dah pernah terfikir. kalau aku selalu sangat bagi alasan sebab tak dapat nak join. aku rasa macam.. macam.. dugaan/something yang nak blok kita dari buat baik tu akan datang pada setiap era. kalau belajar mungkin assignment dan exam. bila dah kerja, mesti ada benda lain plak kan. kalau dah kahwin, mesti lagi susah.

so, aku putuskan untuk berfikiran. kalau tak sekarang bila? kalau tak disini dimana?

bagi aku peluang takkan datang berulang kali. dan kalau kita tolak sekarang, adakah peluang tu akan datang lagi? dan, kita lah yang bertanggungjawab menjadi kan peluang yang datang ruang untuk menjadikan kita seorang yang lebih baik. kan? kan?

jadi, untuk pembaca sekalian. mungkin boleh pause balik diri sendiri bila kawan ajak buat baik. dan fikirkan begini..
"ini mungkin ajakan Allah untuk aku" 

hidayah Allah, misteri kan?

perkara #2

bila dah tua-tua nih, kawan-kawan yang dulu berlari dan bergerak laju bersama-sama rata-ratanya dah bernikah, berhijrah dan beranak pinak. Jadi, kadang-kadang (tak boleh tipu lah) memang akan rasa ke-solo-an yang menebal. rasa down tak terperi pun adakalanya singgah.

tapi, rasanya dah tiba masa aku move on. Dan mula membina kehidupan baru dengan jundiyah baru yang lebih tinggi hamassah nya.

welcome back sarah!

* doakan projek sulung #loneranger saya berjaya Ahad ni, nebes.
** walaupun demikian aku pasti Allah akan bantu >.< rindu.

03 November 2015

cerita hantu.

sesi terkenang cerita lama jap.

dulu masa kecik, kami adik beradik erm ramai gak la. bila balik kampung cuti sekolah, haruslah lagi ramai. :D sekali dengan abang kak sedara semua kan.

masa tu, akan duduk reramai kat rumah mak long. boleh lagi lah nak ingat.. pergi terawih ngan mak long, gi kelas mengaji ngan mak long. tapi duk tepi jer, malu nak ngaji sama. hehe. kadang pegi tak pakai tudung jer, mak long hangkut je kami berdua g sama ke balai raya. belajar mengaji. masa kecik aku dengan kak siti la selalu duduk kampung masa cuti sekolah. yang lain duk ngan mak kat perak. tak tau lah nape kami berdua je selalu kena stay kampung. mungkin senang sikit mak nak uruskan adik-adik kecik kut.

lepas tu kalau ada kenduri ke, atau masa siang.. saudara mara akan datang jugak kat rumah mak long, main bersama-sama. kalau buat tengah datang syok, mula lah semasing bagitau mak tak mau balik rumah.. nak tidur jugak kat rumah mak long. ahaha~

then, kalau masa tu hujung minggu dan ucu ada kat rumah kampung, dia selalu marah kalau kami main kat luar.. lagi-lagi masa tengahari. masa kecik selalu rasa nak mengamuk dan benci dengan ucu (masa tu ucu tak kawin lagi). tapi bila da besar fikir balik, mesti ucu pun letih nak cari kitorang kalau kitorang duk main nyorok-nyorok pusing satu kampung.

haha

end up, ucu akan ajak semua berkumpul dan mulakan sesi cerita hantu. ahaha~ mungkin itulah antara cerita-cerita hantu terawal yang aku dengar dalam kehidupan aku. jadi bila kami duk berkumpul syok dengar cerita hantu, takde lah kami merayau. so, jimat dah tenaga ucu kat situ.

tanpa disedari.

dah dua kali masa balik kenduri/BBQ kat kampung, aku duk berkumpul dengan anak-anak kepada abang kak sedara, bercerita kisah seram dengan diorang :D Roda masa, telah berputar!

tetiba rindu pulak kepada kupu-kupu sekalian~
jom citer hantu!
(ketahuilah citer hantu bukan untuk menambah takut, tapi menambah rapat :P)