Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 April 2020

Ramadhan 1441H - Aisyah

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 40

Baru-baru ini tular di youtube dan instagram sebuah lagu cover bertajuk Aisyah istri Rasulullah. Cover yang pertama yang aku dengar tu dari Adlani Rambe, seorang youtubers Indonesia. Tapi dia tulis cover lagu Projektor Band. Setahu aku, lagu Projektor Band adalah Aisyah. Tapi lirik lain tu! Malas ambil port, aku ingat indon ada band nama projektor band jugak.  

Tapi lepas-lepas tu, makin rancak pulak artis Indonesia cover lagu tu. Jadi aku pun dengar2 jugaklah lagu tu. Sedap gak yang version Sabyan. hehe. Then baru notis, kat Malaysia pun dah ramai dah cover. Termasuk TokTi! 

Memang kat youtube tokti siap tulis cover lagu projektor band - Aisyah (2017) Maka bermulalah pencarian. Rupa-rupanya, tahun yang sama Mr Bie ada buat parodi version untuk lagu Aisyah ni. Dan yang sedang tular tu, lagu Aisyah Projektor Band versi Mr Bie.

Sekian, itu je lah penemuan aku hari ni. 

Makin lemau,
7.06 petang,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

25 April 2020

Ramadhan 1441H - Tadarus

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 39

(MCO atau PKP bersambung ke fasa 4 bermula 29 April - 12 Mei 2020)

Akhirnya Ramadhan pun tiba meski wabak Covid tak kunjung padam. Tapi Alhamdulillahlah sedikit reda kemarakannya di Malaysia. Aku masih di PJ bersama kakak dan adik, menyambut pesta ibadah bersama serpihan keluarga Basri yang tertinggal di Petaling Jaya. Agitu.

Apa Kabar puasa kalian tahun ini? Ramai yang mengambil peluang Ramadhan dan mco ini sebagai ladang ibadah yang luas. Siap susun jadual untuk graduate sebagai graduan Taqwa di hujung Ramadhan.

Pagi ni, lepas Subuh aku terlelap kembali. Sejak-sejak MCO ni, memang macam tu lah selalunya, sebelum puasa hari tu memang berpandukan notis dekat fon je, kalau ada job enquiry baru lah aku bangun on laptop. Kesampahan apakah. Ok berbalik pada cerita hari ni, aku tidur dengan damai nya, suasana kat sini pulak kemain redup je setiap pagi pun. Mungkin sebab kena halang dengan kondo sebelah kut, jadi panas matahari tu tak menyimbah sangat. Aku golek2 tengok jam, 9.58. Ha, barulah nak terperanjat beruk. Terus melompat dari katil. Capai handphone, 

"Korang semua dah ready ke? sat eh, 5 minit" on laptop, pi toilet gosok gigi, cuci muka.

Tadarus Online

Mengambil kesempatan mco ni, aku dan rakan-rakan sekolah decide untuk buat group tadarus online. Jadi lepas ambil kira untuk suri rumah dan yang wfh, maka kami setuju untuk buat jam 10 pagi setiap hari untuk 1 juz. 1 juz ni biasanya 1 jam boleh habis. Kalau hari tu sikit orang, maka banyak helai la baca, kalau ramai, mungkin 1 atau 2 muka surat AQ je. 

Pagi ni, ada 4 orang yang online, jadi membacalah kami 5 m/s seorang. Aku kira yang lain-lain pun terlupa/ tertidur macam aku jugak kut. Sabtu kan. 

Jadi aku nak bagi cadanganlah dekat korang tentang tadarus online ni. Rasanya since mco ni ramai dah power dah dengan platform online meeting ni kan. Might as well kita guna kan untuk aktiviti macam ni. kan? Kalau tak schedule kan masa, memang selalu terbabas je timing nak membaca quran tu. Nak dapat kan 1 juz pun rasa bencinta sangat. So diharapkan usaha macam ni dapat membantu khatam quran Ramadhan tahun ni. 

Itulah sedikit sharing kut korang nak follow, sila lah :) Kalau korang plak ada idea mengagumkan boleh jugak share kat komen. ;)

11.31 pagi,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

20 April 2020

Rain or Shine (2017)

Day 1st, 16 April 2020

Cerita ni pasal macam mana bangunan mall yang sedang dibangunkan runtuh dan telah membunuh 48 nyawa. Ada beberapa watak yang mewakili keluarga yang terkesan dengan runtuhnya bangunan tersebut. Kemana cerita ni nak pergi? nanti aku komen sikit2 lah eh.. worth it ke tidak, aku akan simpulkan di hujung karangan.

Kenapa aku pilih cerita ni? Sebab ada Lee Junho. Nanti sambung lagi, nak abiskan movie Junho jap. Apsal aku addict lak ngn Junho ni.. kan? Dia ada iras-iras Kwon Sang Woo skit. Tapi certain angle je lah.

Hmm.. sebab mata sepet je kut kan?

Day 4th, 19 April 2020

Sampai hari ni dah tengok 5 episod. Semakin lama semakin, ok lebih kuranglah macam kdrama kebanyakan. standard. standard.

Day 5th. 20 April 2020

Akhirnya aku habiskan juga drama ni sebelum tidur, maka jam 4 pagi baru tidur. Sekarang aku dah fahamlah kenapa ada orang cakap cerita dia lain dari yang lain.

Apa yang boleh aku rumuskan untuk cerita Rain or Shine ni adalah,

1. Hero dalam cerita ni membawa beban yang berat, kehidupan yang bertimpa timpa kesakitannya. Di mulai dengan kematian ayah, melihat kematian di depan mata, terpisah dengan adik, tidak di sukai oleh bakal mertua kerana kerja sekadar buruh kasar, saat terasa terhimpit dengan kenyataan yang menyakitkan itu nenek yang menjaga selama ini pula meninggal dunia. Jalan cerita berjaya memaparkan definisi kemurungan yang terjadi kepada watak utama drama ini
2. Watak heroin agak strong jugak apabila meskipun telah di tolak oleh hero kerana gagal memenangi penerimaan orang tuanya, namun tanpa lelah terus memilih untuk memperjuangkan perhubungan tersebut. Peh melo betul cerita ni. Biasa kan citer korea dia ada main tarik tali tu kan, so yang ni, ko rejek pun aku tak kira, aku nak kau. Camtu.
3. Disaat terburuk seperti mana pun, pasti akan ada orang yang di hadiahkan untuk menemani langkah kita. So, chill.

Pagi tadi sebelum tidur, berkobar rasa nak menulis. Tapi sekarang dah hilang dah perasaan tu. Aku sebenarnya agak absurd gak sebab aku harap hero mati, eh tak mati pulak. Oh, apa yang aku nak syorkan? Kalau korang rasa dah lama tak nangis, nak eksersais kalenjar air mata boleh lah layan cerita ni. Tapi aku nasihatkan part nenek dia mati tu bleh la nangis, part yang lepas tu kalau ada yang sedih takyah la nangis, membazir air mata je.

Lulz.

4.12 petang,
Seksyen 19, Petaling Jaya

18 April 2020

#mco #day32 - hidup

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 32

Suatu bauan yang harum melalui rongga hidung ketika Maghrib sudah dihujung waktunya menunggu Isyak tiba. Bau perfume yang entah dari rumah atas atau rumah bawah aku tidak pasti. Aku hanya menciumnya di angin lalu ketika sedang duduk ingin memulakan dairi PKP yang makin kerap tergendala. (Semakin takde life agaknya, so nak tulis apa pun dah habis idea)

Aku menghampiri tingkap untuk terus tenggelam bersama bau yang harum itu. Tapi, hmmm.. dihujungnya ada bau rokok. Cis! Baru je nak hairan tadi, sebab memang kadang-kadang aku akan bau asap rokok bila duduk di sini. Tak jadi parasarah nak start cerita mistik. Mungkin brader baru lepas mandi untuk hari ni, then sembur perfume sebab nak lepas gian lama tak dapat pakai perfume pergi ofis. Lepas siap berdandan, barulah dengan gembiranya merokok di pinggir jendela. 

Ahaha. Dasyat gak imaginasi aku nih. Patutnya aku gunakan imaginasi bernas dan geliga ni untuk sesuatu yang menghasilkan keuntungan. Kan? Tapi apa ya? 

Ok, hari ni dah hari Sabtu, semakin susah sebenarnya untuk mengingat hari akhir-akhir ini. Harap-harap Ramadhan sampai nanti aku masih ingat hari. dan aku ingat yang kita telah memasuki Ramadhan. Ada 5 hari je lagi nak masuk Ramadhan. Laju betul tahun ni. Dah bulan 4 tau 2020 ni. 

Hari ni aku duk layan 1 series kat Netflix gara-gara adik bongsu punya cadangan, tapi aku tak bercadang untuk review tentang series tu sekarang. Cuma nak ceritanya, tiba-tiba aku teringat seorang kakak dekat mahkamah yang aku sempat kenal. Kenapa sempat? sebab baru-baru ni dia dah pindah keluar dari mahkamah, gi mahkamah lain pulak.

Sebelum dia pindah tu dia ada lah spill sikit tentang life dia, the frustration, the guilt? the thing yang dia harap dapat content dengan perkahwinan dia, tapi its totally not. Sepanjang dia cerita tu, aku dengar je lah, takkan aku nak condemn kan. Sampai saat dia nak pindah keluar tu pun dia ada rasa sedikit sesal dengan perkahwinan dia. Aku rasa mungkin dia tak sesal kut, hanya dia penat. You just need rest sis, clear up your mind, and give it another try.

Kehidupan ni, makin lama kita mingle with people makin cepat kita belajar tentang hidup. Banyak perkara yang sebenarnya kita takkan faham kalau kita meletakkan logik kita untuk keadaan mereka. Ambil sedikit masa untuk mendengar, dan cuba bayangkan kita sebagai mereka. Mungkin dari situ, kita akan belajar melihat dari sudut yang lain. Tuhan jadikan kita 2 telinga, pasti untuk kita lebih mendengar, kan? Tapi hanya dengan satu mulut, manusia lebih mudah prejudis dan menghukum dari cuba mendengar untuk memahami dan menjustifikasi dengan lebih benar.

Oh berbalik pada kakak tu, aku harap beliau baik-baik saja. Semoga PKP ni menautkan kembali perhubungan kekeluargaan dia dan keluarga.

Alhamdulillah, rambling sikit dapat satu post. Oklah, maybe its time to sleep now. Till next time peeps. Ready ke tak nak Ramadhan ni gais? hehe. 

11.00 malam,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

11 April 2020

Seputar Komentar Filem

Seperti yang sedia maklum, cita-cita aku untuk membaca telah beberapa kali gagal sepanjang PKP ini. Aku taktaulah momentum apa yang aku cari, memang tak sampai. Mungkin sebab tak ada buku Bung Fiersa lagi yang hendak dibaca. Ahahaaha! Bias. Memang.

Disebabkan itu, maka aku beralih kepada aktiviti tidak sihat iaitu menonton filem. kita ada iflix, netflix dan viu. Selain beberapa siri drama yang telah dikhatamkan, aku jugak turut menonton filem.

Hari ni aku menonton 2 filem.

Door Lock (2018)

Cerita ni aku ternampak kawan post kat FB. Komen aku tentang cerita ni, memang memberikan debaran. Orang tu dahlah tinggal sorang di studio apartmen yang tak ada bilik. Then ada intruder duduk dalam rumah dia. So bayangkan lah seram ke tak seram. Beberapa kali tukar password pintu pun, intruder tu tetap boleh masuk. Nak tau lebih lanjut seram tak seram, korang tengoklah sendiri. Yang memang tinggal sorang kat rumah sewa tu, hati-hati ya!

Bulan di Atas Kuburan (2015)

Tentang cerita ni, ada dekat viu. Aku download lama dah, amazingly dia tak auto delete macam kat iflix or netflix. Yang uniknya tentang filem ni adalah, dia mengangkat kisah Suku Batak yang berasal dari Pulau Samosir yang indah di tengah-tengah Danau Toba.

Kisah betapa anak muda Medan ini nekad untuk mengangkat hidup mereka ke satu tahap yang lebih tinggi lalu meninggalkan keluarga menuju Jakarta. Sang ibu menjual kain untuk memberi uang belanja buat bekal anak teruna nya yang berangkat ke Jakarta.

"Nanti ikut abang pulang ke Medan ya" Tigor
"Cita cita abang bagaimana?" Nisa
"Abang telah menemui cita-cita abang, kau" Tigor

Namun, Jakarta tidaklah seindah yang sering diperkatakan orang banyak. Malah hidup di kota lebih perih dari di kampung. Kisahnya sedih yang bertambah tambah. Tapi dari filem ini, kita akan nampak betapa susah yang namanya berusaha membangunkan hidup. Betapa kesusahan demi kesusahan itu menjadikan mereka manusia yang tangguh.

Bukan gunung berapi dan kawah raksasa yang membunuh manusia,
Yang membunuh manusia adalah kerasukan dan ketidakpedulian

Kesendirian dan ketakutan itulah 
Kawah kawah yang sesungguhnya. 
Gunung gunung berapi yang sesungguhnya 
yang tinggal dalam diri manusia.

9.50 malam,
Seksyen 19, PJ
Covid-19 Red Zone