Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 December 2022

Harapan saya

MasyaAllah dah 29 Disember gais.

Terkezut dengan kelajuan 2023. Bagaikan kelajuan cahaya.
Tahun ni sempat ke entah nak buat koreksi tahun 2022. Leka banyak lahai this year.

Harap sempat.

harap.

harapan.

06 November 2022

Seseorang di tepi jendela.

Aku merenung ke luar jendela. Mengenang kembali 2 tahun yang lalu. Posisi yang sama, juga jendela yang sama. 
.
Suara sunyi dan perasaan cemas yang di tahun itu, tiada lagi hari ini. Meski redup hari ini masih sama seperti yang dulu, tapi rasa cemas itu sudah jauh berkurang dan tiada lagi suasana kesunyian yang membungkus.
.
Begitu mudah Allah menterbalik kan seluruh rasa. Sehingga kita juga hampir terlupa, kita pernah segundah hari itu.
.
(Kadang² rindu plak dengan PKP 😆)
.

17 October 2022

Man are born to be a hero

"Akak saya last game tau, esok ada hari olahraga kat sekolah"
"Eh kata demam, dah sihat ke?"
"Saya baru demam semalam kak, tak kan lah dah sihat"
"Pastu, ni boleh ke nak pergi sekolah esok?"
"Tak pe kak, saya kan laki"
(Rindunya kat Najib. Last seen kat wasap 20 July. Kat PUBG lagilah, sejak season baru langsung tak on. Phone dia hilang ke eh. Senyap terus. Btw, Najib ni 11 tahun)

"Eh Afiq sorry lah eh, akak slow ni"
"Takpe kak, kan kita memang nak santai2 je ni"
"Afiq tu demam tu kak"
"Eh, Afiq demam? Dah kenapa datang gak ni?"
"Nak kasi berpeluh"

Its true, man are born to be a hero. Meanwhile,

"Akak cuba rasa dahi saya ni, panas ke?"
"Eh panas" Kak Siti.
"Ce ko rasa dahi dia" 
"Biasa je ni" aku

Tapi member duk bersin2 dan mengadu kepala goyang. 
"Di, kalau tak ok tak payah pergi. Akak pergi ambil Fang je"
"Saya bincang dengan Fairus dulu"
"Kak, Fairus cakap pergi je"

Disebabkan itu jugalah aku bawa je Didiey ke kaki GUS meski dia in state memasuki fasa demam. Dan ke puncak dan selamat turun balik.

Kesimpulan dari kisah ni, kita semua adalah hero. We are born to be a hero. Kita mampu mewujudkannya dalam diri kita. Believe in yourself. Bukan kerana kau lelaki atau kau perempuan, tetapi kau telah terlahir sebagai hero!

18 August 2022

Block and delete

I found this tweet this morning.

Tiba-tiba remind me of something happened few weeks back. 

Macam biasalah main PUBG. Bukan semua orang kita kenal, walaupun dalam frenlist. In fact, aku main game ni, memang less dari 5 orang kut yang aku kenal (in real) adik aku 2 orang, dengan anak saudara sorang. Yang lain tu memang from totally stranger.

So satu hari aku main dengan sorang brader ni. Aku pun tak sure bila dan dimana aku start main dengan dia ni dan macam mana dia boleh ada dalam frenlist aku. Sebabkan nama dia pun aku dah lupakan, jadi kita namakan brader ni J. Aku main dengan stone masa tu, stone ni pun aku baru kenal beberapa hari from random jugak. Tapi sebab dia rajin on, jadi kerap plak main sama. Aku invite J sebab dia tengah idle. Maka kami pun main sama. 

In game, barulah we both duk refresh balik (tapi memang refresh pun still tak kenal) J baru 16 tahun. Pastu dia pun terkejut jugaklah aku 35. Dalam pada tu, masih sempat nak flirt ya. 

"Ala, takpelah tua2 pun berpengalaman kan" aku tau tu double meaning. 

I ignored him for that phrase. 

I do teruskan berbual topik yang lain. And of course, sampai kat lobby aku unfren him. Easy.

Tapi tu lah, dalam game kan. easy je kita nak delete people yang tak align dengan our liking.

Kalaulah semudah itu kita boleh delete people yang kita already ignore sekian lama di real life. The different between real life dan dunia tipu2. 

So gais, cerita dia untuk situasi di dunia nyata ni, kau fikir lah sendiri the best way to block this kind of people. I believe setiap kita ada approach terbaik untuk situasi mcm ni. 

All the best u all! Save your mental health from this unnecessary people~

04 August 2022

Cerita Covid-19

Ya gais. Seperti kita semua, akhirnya im joining the club. Lama dah, hujung Mei hari tu. Sebab dah lama, kita pun ingat² lupa dah wak ceritanya. Nasib baik ada tulis dalam dairi 🤣🤣. Korang enjoy je lah ek. Nah.
MasyaAllah, kejadiannya ya. Sampah sekali hidupmu sistur. Benda dah jadi, layan je lah kan. 

Simpan sini untuk memori 🍒