Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 March 2024

Tadarus setahun sekali

Masa sekolah dulu, ada group tadarus tau. Group usrah pun ada. Lain-lain hari. Selain dari 2 ni, ada jugak kuliah umum, kuliah maghrib. Malam zikrullah dan juga malam qiamullail. Kalau Sabtu pulak ada kuliah Dhuha. MasyaAllah, tabarakallah sangat zaman tersebut! Allahuakbar. 

Terasa jauhhhhhhh sangat la pulak kehidupan yang dulu dan sekarang. Allahu.

Berbalik kepada kumpulan tadarus ni tadi. Jadi kumpulan ni akan regroup pada salah satu hari di dalam weekdays di antara Maghrib dan Isyak. Di dalam kumpulan tadarus ni akan ada satu ketua yang di namakan naqibah. Jadi naqibah tadarus ni fungsi dia jadi macam fasilitatorlah ahli group ni. Normally yang jadi naqibah ni bagus2 bacaannya, samada kakak form 5 atau STAM. So dia akan betulkan bacaan kita.Tadarus-mate yang lain pun boleh tolong betulkan. Takde hal. Ahli kumpulan tadarus plak campur semua tingkatan.

Bila dah besar-besar ni baru aku perasan, sebenarnya perkara tu adalah didikan. Kita dididik untuk membaca dan memperdengarkan bacaan kita kepada orang. Kita berani ditegur dan menegur. Seriusly bukan senang tau nak menegur ni, kena take courage. Tapi kalau dah di latih insyaAllah kita bisa. Kita juga tak rasa takut dah nak baca depan orang. Banyak je orang aku jumpa, yang baca ok je. Tapi bila ajak tadarus tiba-tiba jadi macam terabur baca. Sebab gugup gitu. 

Covid 2020, dalam beberapa perkara yang mengubah hidup kita. Banyak juga kebaikannya. 2020 kami memulakan tadarus online (kami = rakan-rakan sekolah menengah, yeah Taayah!) Aku kira, inilah antara perkara baik yang bermula di tahun yang mendung.

Tahun ini, tahun ke-4 bersama mereka. Ada yang baru, ada juga yang berlalu. Mungkin diorang ada banyak kerja lain, atau mungkin juga mereka dah ada group tadarus lain? Hehe.

Melihat satu-satu nama di screen, terasa melankolik sedikit. Lama betul kami bersahabat, dari tingkatan satu. Dari kita semua punya keluasan masa yang sama, target yang sama dan kesempatan yang sama. Sehinggalah hari ini, setiap kita berlainan. Ada yang juggle dengan anak, dengan kerja, dengan pelbagai lagi kesempatan dalam kesempitan. Sejauh itu kita telah melalui usia ini. Fokus perbualan kita mungkin dah tak lagi sama. Tapi setidaknya, ada satu yang membuat kita sama, jam 9.45 malam di depan laptop kita semua :)

Ana uhibbukum fillah! Ukhwah fillah abadan abada. till jannah. Sampai syurga gais? cari please, kalau nanti tak jumpa aku kat sana. 



Pen off,
Ramadhan ke-10

12 March 2024

Back at 1 :P

2009-2011
2024
Ada banyak nak cerita, tapi tapi tapi.. too tired la today. Nantilah ek. Kita bagi gambar je lah dulu. To many more years ahead Awanis! :) Dulu ini lah soulmate, sebelum dia menemui soulmate nya yang sebenar. HAHAHA

Moga tahun ni Awanis dapat baby ya Allah! amin.. (aminkan cepat readers, Ramadhan ni pasti dimakbulkan tuhan)

Petaling Jaya
10.49pm
Ramadhan hari pertama 2024

21 February 2024

Interview

"So how do you feel of knowing new people when hiking? Do they all good people?"
"I don't really think everyone is good. But we can always find something good in everyone"
.
senyap
.
"wow, impressive"

..


Ok dah tu je nak simpan. Dapat tak dapat lantak pi. Tapi dapat impressive tu dah cukup dah. 

k bye. 

03 February 2024

Echo

Pagi ni group keluarga besar mak nampak rancak di Whatsapp. Mereka berperancangan ke Nilai pagi ni. Tapi macam biasalah, kami keluarga yang di Perak ni biasa nya terpinggir (atau sengaja meminggirkan diri atas alasan jauh. ahahaha) Aku tak tau perkembangan perbualan di group sebab tengah sarapan di dapur bersama ayah. Fon pulak tinggal kat dalam bilik. Mak yang baru balik dari tandas terus ke dapur sebelum duduk untuk bersarapan.

"Apa yang bising2 kat dalam group tu? Diorang ke Nilai? ada apa kat sana"
Aku no idea, tak sempat menjawab mak menyambung semula
"Oh ada jemputan orang kawen hari tu kut" mak refer kepada perbualan bulan lepas, ucu ada share kan jemputan kenduri. 

Aku pun mengiya kan saja. Mungkin juga. Diorang memang rajin berombongan gitu. Tak lama kemudian Jiha keluar 

"Mak diorang ramai-ramai berkumpul tu nak pergi mana?"
"Kenduri kahwin kat Nilai tu"

Tak berapa minit kemudian dapat call dari Kak Siti. Dia cakap call jiha tadi tak angkat. Lepas tu dia tanya,
"Mak diorang nak pergi mana tu?"
"Kenduri kat Nilai tu kut"

Lepas tu sambung la sembang serba sikit. Call off, kami sambung makan. Eh tak lama lepas tu, Amin pulak keluar dari bilik terus bertanya
"Mak diorang nak pergi mana?"

HAHAHAHA! Terasa seperti satu echo! bergema-gema dengan soalan yang sama. Tu baru 3 anak yang bertanya. Aku memang kagum lah dengan mak anak ramai. Dan dengan mak-mak lah secara generalnya. Ni baru satu round. Dah berpuluh tahun hidup ngan anak ni, mesti lagi banyak kali lagi kejadian macam ni berulang. 

Mak mak, kalian memang hebat! Aku kalau orang tanya benda yang sama kali ke-3 pun aku dah malas nak jawab, kali ke-2 aku dah start membara. Lol. Memang takleh jadi cikgu gaisek. 

ok tu je lah sikit coretan aku buat raso2

29 January 2024

Kebodohan Yang Mahal

Hari ni nak ceritakan tentang kejadian yang agak bodoh tetapi telah memakan modal ya. Ia terjadi pada hujung minggu lepas. 

Cerita di Manjung (Sabtu, 27 Januari)

Pada hari Sabtu yang lepas, aku menemani ayah ke Manjung. Ayah memang suka bersiar-siar, window shopping, mahupun shopping. Tapi selalu tak mendapat sokongan dari mak yang dah sakit lutut bila berdiri lama. Dulu kerap juga ayah keluar dengan kawan-kawan atau adiknya. Tapi adiknya dah menikah dan tinggal berjauhan, kawan-kawan pulak makin berkurangan yang mampu menyokong hobi ayah. Kesian pulak aku kalau tak menyokong aktiviti yang mulia ini. Hehe.

"Jom rah kita ke Manjung"

Maka sekitar jam 3.30 petang, selesai dari makan tengahari aku pun menemani ayah ke Manjung. Ayah cakap ada benda dia nak cari kat sana. Dia suruh aku search toy store sekitar Manjung. Ada satu dalam Aeon, maka kami singgah ke Aeon untuk ke toy store tersebut. Selepas itu akan ke pasar malam memandangkan ada pasar berhampiran Lotus Manjung. 

Sejak pagi aku memang dah diserang sakit perut, tak sangka selepas makan tengahari angin kuskus dalam perut ni menyapa lagi. Hari ni pulak, bukan main ramai pengunjung Aeon sampai terpaksa parking di parking bumbung (first time park kat bumbung, selalu ada je parking kosong kat sekitar Aeon) Sampai di Aeon adalah sekitar 4.15 macam tu.

"Plan kita macam mana ni yah?" aku tanya sesiap, sebab nak pegi toilet terus kan.
"Kita Asar kat sini, lepas Asar kita ke pasar malam"
"Ok"

Maka berpisah lah kitorang satu ke toilet, satu lagi taktau kemana.

Betapa terkezutnya aku ketika ditoilet. Bapak ah! Seluar aku pakai dah reput rupanya, koyak mat! Aduh duh duh. Seluar ni aku jumpa kat dalam bilik baju terpakai kat rumah aku tu. Last time balik, aku tolong sort kan baju2 yang dah tak pakai untuk di hantar ke projek guna semula/ di buang. Maka terjumpa lah seluar ni, nampak helok. Jeans/ slack off white. Tak perasan pulak ada koyak. Sebabkan tadi nak cepat terus je aku capai. Da sampai toilet baru notis. Nasiblah baju aku sedikit labuh, masihlah boleh cover. 

Habis je bisnes di toilet, teruslah aku bersegera ke Aeon untuk mendapatkan 'seluar kecemasan'. Ya, maka kerana terlalu cemas melayanglah RM59. Selalu aku beli seluar kat online je, harga range RM20-30 je. Sobs. Ada je pilihan lain sebenarnya tapi tu lah aku rushing sikit, nak kejar Asar kan.

Di pasar malam Manjung, ayah, cucur udang dan sentimental.

Dia macam bukan kebodohan sangat, mungkin kecuaian? ketidak-begitu-telitian? lebih kurang gitu lah. Tapi itu satu cerita, nak ceritakan lagi satu kisah yang lebih tragis dan lebih mahal.

Cerita di Sg. Buloh (Jumaat, 26 Januari)

Ya, kejadian ni terjadi sehari sebelum cerita aku tadi. 

Balik kali ni aku bagitau kak Siti untuk gunakan Vijay (kereta aku). Kak Siti baru membeli Rokiah (kereta baru dia) Jadi last time dah balik ngan Rokiah, kesian pulak kalau asyik Rokiah je jalan jauh, Vijay nak gak. Maka, balik je kerja terus aku menuju sekolah kak Siti di Sg Buloh. 

Disebabkan nak balik kampung dan kereta akan tinggal 2 malam, maka kak Siti pun alihkan parking kereta ke tempat yang agak sibuk, Namun yang demikian, secara automatik dan tanpa berfikir panjang dia telah menarik kunci pedal kaki, Untuk makluman Rokiah bukanlah kereta baru, ia adalah used car yang dibeli dari orang lain. Yang mana, ketika beli memang owner asal dah takde dah kunci pedal kaki tu, memang da lama hilang lah cerita dia. Bahaha! Boleh pulak dia pergi tarik walau dia tahu kunci takde! Allahuakbar. 


Maka, sepanjang perjalanan pulang menjadi perjalanan yang agak sunyi. Mungkin otak dia sedang ligat berfungsi setelah seketika tadi otak dia jammed dan gagal berfungsi dengan baik. Sambil aku drive, dia pun duk search la google, youtube, fb dan sewaktu dengannya. Dapatlah jumpa locksmith yang boleh buat. 

Bukan promosi Emas Anuar ya. Jangan salah faham.

Ahad tu, kami balik semula ke PJ sedikit awal dari selalu. Ada janji jam 5 petang dengan locksmith yang datang dari Kajang. Adik tu tolong buka kan kunci pedal kaki, dan melayanglah RM120.

Sekianlah kisah kebodohan kami di hujung minggu yang cukup mahal harganya. Dunia ini keras! Atau mungkin juga kurang bersedekah, maka terkumpul banyaknya rezeki orang lain dalam duit kami. We never knew. 

Till then.