Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 May 2011

.musim kahwin datang lagi,

boleh aku simpulkan disini, cuti sekolah = musim kahwin. ok ker? korang nak stuju tak? adakah kerana yang kahwin ni rata-ratanya para guru? ah! tak mungkinlah.. doktor dan jurutera juga berkahwin kan? malahan tukang sapu dan golongan buruh juga berkahwin.

tetapi kenapa mesti musim cuti sekolah juga menjadi tumpuan? adakah kerana keperluannya terhadap tenaga kerja buruh kontrak sementara mereka sedang bercuti dari belajar? hehe. mungkin!

ok, bulan 3 tahun ni sahaja bersamaan cuti sekolah lepas.. beberapa orang rakan sekolahku telah menukarkan status mereka. pendek kata dari single dah jadi double - triple gitu..

cuti penggal kali ni plak? mari tanda kalendar anda aku. takpe tanda je dulu. pergi ke tidak boleh dipikirkan kemudian.ok?

28 Mei - Anith Hashim (Taayah,UM)
29 Mei - Pa'an (Taayah)
3 Jun - Kak Miah (Biotek UM)
4 Jun - Kak Kema (Fizik UM)
7 Jun - Kak Mira (Kimia UM)
11 Jun - Nasyrah (Bioinfo, UM)

ok ni baru list 6 orang. yang aku tau dan aku ingatlah kan. mungkin senarai akan bertambah panjang lagi, mungkin.

*tiap kali nak start buat kerja mesti mengantuk. bila buat menda lain segar plak. apa maksud semua ni kawan²?
*ada beberapa event penting dalam bulan Mei ni yang saya terlibat sama. dan tiap hari memikirkannya membuat saya nervous! ouh, cepat-cepat lah berakhir.

2 comments:

Unknown said...

ouh iye2. sy pn nk tanda kalendar. k.sarah ble dh dpt tarikh jgn lpe btaw eh :)

btw, cuti sll kenduri sbb sanak sedare sume cuti. so sng nk gather.ehe

p/s : situasi akak nk buat keje sme ngan situasi sy nk study -_-'

Merentas Horizon said...

Oh, nampaknya bukan saya seorang mengalami masalah tersebut.

p/s: tarikh? belum ada lagi.. dah ada nanti akak announce kat sini k!
(wah! berangan di situ)