meskipun doa adalah senjata bagi mukmin, tapi sedar tak sedar berapa kerap je kita berdoa untuk kawan-kawan kita?
yang sering kita doakan, kesejahteraan keluarga, kelurusan iman, didoakan semoga mati dalam iman dan segala serba serbi yang lebih menjurus kepada diri kita sendiri. nampak selfish kan? doa untuk diri sendiri saja. perkara begitu seharusnya tak terjadi (ouch!) .. kerana sesungguhnya seluruh umat Islam itu hakikatnya bersaudara. (Al-Hujurat:10) Jadi, as long as dia orang Islam haruslah kita doakan mereka. kerana, bayangkan mereka itu adik kita atau mak kita, mestilah kita nak mereka baik2 dan sentiasa dalam lindungan Allah kan?
hurm macam tulah. sebelum buat apa2 sepatutnya pun kita harus berdoa pada Allah, doakan pilihan kita adalah tepat, doakan Allah bersama-sama dengan kita membuat keputusan, dan ofcourse doakan orang sekeliling kita juga sama-sama kearah kebaikan seperti kita juga inginkan kebaikan.
ok, ini sebenarnya peringatan TERBESAR untuk aku, sebab sering culas dalam mendoakan saudara seIslam yang lain. dengan berdoalah langkah pertama kita menyemai kasih sesama Muslim :)
So, mari menyubur cinta sesama manusia, mari mula saling mendoakan kebaikan saudara-saudara kita, rakan-rakan kita, cikgu-cikgu, boss-boss dan Muslim keseluruhannya untuk kehidupan yang lebih baik.
*lastly, jomlah esok ramai-ramai kita menyertai konvoi pembebasan Palestin! tanda cinta kasih kita pada bumi Aqsa, pada saudara² kita disana ♥.
2 comments:
utk tidak jadi selfish, bila berdoa jgn guna 'aku', gunalah 'kami' supaya semua orang pun dapat kebaikan yg kita doakan. :)
yeah terima kasih.
Post a Comment