Firman Allah SWT:
“ | "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) | ” |
kalau budak sekolah, mesti seronok. sebab apa? sebab hari ni kelas abes awal kan?
kalau orang lelaki, pun gembira jugak. sebab dapat pegi solat Jumaat berjemaah di masjid. seminggu sekali dapat berjumpa dengan jiran sebelah ofis yang selama ni jarang bertegur sapa, dalam pada masa yang sama menambah zikir dan fikir melalui khutbah jumaat oleh khatib.
kalau orang perempuan camner? aku dengar ramai yang suka hari Jumaat sebab break dia panjang, 2 jam. So orang laki pi solat Jumaat, yang perempuan panjang kaki gi shopping complex la kan. Oh, jangan dilupakan pula, ada juga perempuan² yang menggunakan masa singkat tu untuk menambah ilmu agama. ahha~
para pekerja plak? harusla gembira, sebab esok da mula hujung minggu. Lepas lari dari keserabutan kerja. kankan?
erm.
apa lagi yang significant dengan Jumaat? yes! betul dan tepat sekali. orang selalu buat demo lepas solat Jumaat. senang nak kumpul orang. lagipun, bukan senang tau orang bekerja ni nak dapat pelepasan gi demo. So, kesempatan break panjang perlulah digunakan sebaiknya.
aku dengar hari ni ada demo di Masjid Negara. Lepas solat Jumaat. pasal apa? pasal amarah rakyat bantah fitnah. susah betul nak duga kan hati manusia ni. nampaknya sudah terbukti benarlah kata-kata nabi saw, bahawasanya pada akhir zaman itu akan tersebar luasnya fitnah. Nauzubillah.
- Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
demo ni, kalau korang pernah pergi, perasaan semangat dia tu lain macam. rasa nak pergi beperang gitu. sebab dalam gerombolan yang besar kan.
err.
ok berbalik pada topik kita tentang hari jumaat ni kan. yang aku sedih sekali bila hari Jumaat. aku lihat ramai para lelaki muslim yang melalaikan kewajiban ini. tengok saja di kedai2 makan, atau kenderaan awam, atau shopping complex. mana-manalah. kadang2 aku rasa macam tanak datang ofis pada setiap hari Jumaat. perasaan berdosa setiap kali bertemu Jumaat. T_T
kadang² aku terpikir, kalau dunia berterusan begini. bagaimanalah kehidupan akan datang. lelaki² ini nanti akan bernikah, akan mempunyai anak. lalu, generasinya bagaimana? Nauzubillah.
Sabda Rasulullah SAW:
“ | "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). | ” |
peringatan untuk kita juga, supaya tidak terlibat dengan fitnah akhir zaman:
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:
"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."
[sumber]
3 comments:
kdg2 dorg langsung xde rase segan kalau x pi solat. penah gak sje2 tnye dorg,alih2 kne mrh pastu ckp kite nie sibuk2 je hal die. nnt kalau kubur sblh2,kite gak yg dgr die bisng tiap2 hari sbb kne siksa...ya Allah....
suke2 ngan tajuk ecah kali ni... memang pun, org lelaki skg selambe je duk lepak2 kat kedai mamak, sedangkan tahu waktu tu adalah solat jumaat... apa nak jadi.. =(
statement hang : kadang2 aku rasa macam tanak datang ofis pada setiap hari Jumaat. perasaan berdosa setiap kali bertemu Jumaat. T_T ---> sgt2 memahami.. T__T
moga hidayah Allah akan menyentuh hati2 lelaki di luar sana..doa2 kan lah..
Post a Comment