Alhamdulillah.. setelah tambah tolak lebih 3 bulan merancang dan bekerja.. berakhir sudah PKN'09.
Mungkin aku seorang pesimis yang selalu melihat kepada air yang separuh kosong pada sebiji gelas.. Namun, akhirnya aku tersentak dek kisah Badar.. tentera Islam yang 313orang juga boleh menandingi tentera kufar yang 1000 orang..
maka, tahniah kepada Karisma PJ atas kejayaan antum menjadi penganjur PKN'09 kali ini.. jangan terlalu kecewa dek kekurangan, kerana dari situ akan sentiasa ada ruang pembaikan..
Tahniah juga kepada Asiyah Hasanah ^_^!! I know you can do lah.. berdebar sket2 sebelum bahas tu biasalah kan.. (tapi sila jangan suruh saya berbahas..haha)
Mabruk juga kepada ukhti kita Samihah.. atas taklifan baru yang diterima.. Moga ini merupakan tarbiyah baru untuk kamu.. ^^,
Antara kanak2 yang turut menjayakan PKN'09
Renungan PKN'09:
Qalbun mariidh* - terhasil bukan sekadar apabila tidak menjaga pandangan atau melakukan perkara 'lagho' .. malah, kemalasan dan sering berlengah dalam melakukan perkara dakwah juga sebenarnya petanda qalbun mariidh.. - Pakcik RM, Petaling
Nauzubillah, minta dijauhkan..
*terima kasih cik anon.
Rumah Kelana Jaya,
jam 10.51 pagi.
2 comments:
pembetulan..
"qalbun mariidh", bkn "marib"
dlm bhs arab begini: قلب مريض
tahniah atas kelangsungan pkn!^^
moga terus maju dlm gerak kerja da'wah
jazakillah ukhti...
doakan sy ye..! moga sy dpt memikul nye dgn baik.. amat2 memerlukan sokongan dr kamu.. =)
Post a Comment