Disebabkan ada orang dah pinjam HDD aku, maka.. aku pun terpaksa melayan Gondoruwo di Catch UP TV3.. (sebab banyak perkara ada dalam HDD.. spt laporan kewangan untuk analisis kNL ^_^ dan beberapa siri the arrival.. hurm)
tapi citer tu takdela seram sangat pun.. tipikal Malay drama/filem. Saka.
yg jadi seram.. bila, tepat2 aku habis tgk citer tu.. pintu bilik aku tertutup dengan SANGAT kuat.. dan tak semena-mena.. tikar getah ruang tamu rumah mula bergelombang kuat.. seperti ada sesuatu merayap di bawah tikar.. (pergh.. ini aksi paling seram..tambah bunyi tikar tu berlaga dengan lantai.. memang bleh buat xtido malam) nasib diluar hujan sedang lebat berlangsung.. maka xjadik la mood seram tadi.
ok.
update!
Last week cuti yang panjang since aku da amik cuti dari hari Jumaat.. demi memenuhi jemputan ke majlis pernikahan anak Pak Lang di Felda Tenggoroh, Johor. plus minus 7 jam jugak la.. konvoi kami hari tu..
sampai di Rumah Penanggah ialah jam 3 petang. duduk2 sambil makan minum kuih yang disediakan, Asar itu kami pun berangkat ke Masjid. Maka berlangsunglah Majlis Pernikahan Abg Arul (incik pembuli aku zaman kanak2.tak akan ku lupa sampai bila2.ahha~) & Pn Shazlin. (Bleh x tanak panggil die Kak Lin? dia baru 21 kut)
ok ini Haikal. anak abg Ery, dia sudah boleh jalan sekarang dan sudah mahu di dukung orang lain. Maka, mood aku jadi suka dan gembira ^_^
ini aku dan kak Siti ketika berlangsungnya majlis pernikahan tersebut. Rancak kami berbual. Al-Maklum la, lama tidak berjumpa. Lagipun adat budaya Johor kan ada watikah2 penyerahan dan aku janji yang sungguh panjang dan lama.
Macam manala aku tangkap gambar.. tok kadi je yang nampak. haha. Yang berbaju pink itulah pengantin perempuan.
Ok. Sehabisnya majlis pernikahan, maka kami pun berangkut, Pak Lang dah tempah 2 buah rumah khas di Felda itu. Ala2 homestay la. Paklang kan org Felda maka banyakla click beliau..
Rumah yang disediakan memang punyai view terindah.. atas bukit & mengadap laut. Fuh!! tiptop..
Esoknya. pagi2 aku da bangun mandi. orang ramai kan, lambat mandi kang panjang lak queue nye.. lepas Subuh tu, melayan keindahan alam di luar rumah.. sambil hirup bau Felda yang menghijau.. Nyaman! Kemudian ada yang ke Tg. Leman, melihat laut. tapi aku stay layan makcik2 ku bergossip.. habis gosip baru 8.45pagi. Lambat betul masa berlalu kat situ.. Biasa kan orang cakap gitu untuk tempat yang tidak berinternet.. hehe..
Then,
dalam 11 pagi kami bergerak ke Felda Tenggaroh 3, mengantar pengantin (kenduri belah perempuan).. jam 12.30 bergerak lah kami ke rumah pengantin bersama hantaran2.. Maka disinilah pertama kali kulihat permbayaran tol untuk membolehkan pengantin lelaki dapat bertemu dengan pengantin perempuan.. banyak gile aku tgk tol dia.. layan jelah kan..
lepas makan kami pun beransur, membaiki balancing Odyssey di Kota Tinggi kemudian melanjutkan perjalanan ke Taman Flora. Rumah Andak. Panjang betul perjalanan nak keluar dari Johor tu.. Jam 9.30 malam macam tulah baru sampai di Kg Kuala Lukut,N9. Sampai di rumah andak, makan dan tido..
Pantai PD
Pagi-pagi tadi, kami ke PD.. tengok pantai je pun.. tak mandi.. mana ada baju dah.. duk angkut baju kotor je dari Johor.. hehe..
gitu gini.. kami pun beransur pulang.. dalam 11.30 pagi aku pun sampai Kelana Jaya. dan family aku meneruskan kembara.. ke Sg Buloh. (dengarnye mahu ke kenduri di Bt Kuching) dan seterusnya pulang ke Kg Gajah petang tadi..
Panjang lagi kembara mereka nampaknya..
YA! yang aku terlupakan sepanjang kembara adalah, kerja yang menimbun.. huhu ^_^. oklah nanti esok aku karangkan lagi dalam episod:tragedi. Sekarang? duk tengok2 sket kerja apa yang boleh dibereskan malam ni..
Sekian,wassalam
1044pm
2 comments:
tragedi apakah?
kunci.
Post a Comment