Sibuk betul semalam. Tak sempat nak bagi post baru ketika sayup2 takbir berkumandang selepas azan Maghrib.. :(
Btw, semalam di kampungku yang permai ini.. Ayah tiba2 ajak bakar lemang kan.. katanya lemang beli tak sedap.. xpuas nak makan. Masaalahnya.. kami semua mana ada exposure tentang cara2 memasak lemang kan.. Kena tunggu ayahude sampai bersama ilmu permasakan lemang beliau yang telah berbelas tahun berkarat diingatan.. :P
Lets check it out..
Ok itulah serba sedikit sedutan pembikinan lemang. Baju oren adalah Ayah Ude dan baju kuning stripe biru adalah Achik. Fasa2 menunggu lemang siap adalah sangat panjang.. Maka tiada lagi gambar di ambil.. Lemang yang dah siap? Ah, sama je macam lemang2 di pasaran.. bezanya? rasanya lebih lemak jika buat sendiri ^____^..
Di malam hari, selepas berbuka.. aku pun buka semua coklat2 'doorgift' yang diperoleh ketika Iftor Aiti Solution tempoh hari,
hasilnya.. lesap dan tamat riwayat kesemua coklat pada malam itu juga! Haha menakjubkan..
Ok semua, cukuplah tu laporan.. Di kesempatan ini.. pihak krew penerbitan merentas horizon ingin meminta ampun dan maaf jika terdapat sebarang artikel / post didalam blog ini yang mengganggu ketenangan hidup pembaca sekalian.. T_T
Sungguh, bukan niat aku!
Sekian. Jemput datang rumah k!
8.28am
Kg Gajah.
No comments:
Post a Comment