Assalamualaikum rakan-rakan sekalian ^________^ teehee!
Ahha, skil nak mintak bantuan mestila berikan senyuman manis untuk langkah pertamanya kankan? Yes. Saya (juga, kata ganti diri haruslah ditukar memandangkan perlulah bersopan dan merendah diri) nak mintak tolong bantuan kawan-kawan semua yang budiman untuk men'yuka'i (like) halaman peminat (fan page) ofis saya seperti disebelah kanan atas blog saya ni.
Nampak tak? Nampak tak? Nampak kan? (Baru 19 orang like. Target Isnin depan ada 100 like. tsk.)
Saya nak mintak tolong kalian yang cantik-budiman-dan-terpuji-lagi-kacak-bergaya ni, untuk like fanpage (dengan izin) tertera. Bukan apa, kami dalam langkah membuat satu eksperimen kecil untuk melihat sejauh mana promosi-paksa-rela-kawan-atas-kawan ini berkesan dalam menaikkan rating facebook fan page.
Terima kasih daun keladi untuk anda-anda yang tolong. Semoga Allah balas budi baik kalian yang budiman lagi baik hati ini dengan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.
Nota kaki:
1. Jika anda-anda nak mintak bantuan like fan page macam ni kabar-kabar kan lah ya, InsyaAllah jika tiada perkara-perkara kearah kemaksiatan akan saya balas budi kalian ini.
2. Sejak akhir-akhir ni, blog ni memang dah jadi separa testing port untuk projek pejabat =,= phew~
No comments:
Post a Comment