Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 April 2012

sorotan beberapa kisah

Assalamualaikum.

Can I jot down today post a lil bit journal like? Haha. Ok abaikan, memang begitu pun hakikatnya blog ni. Tak perlu nak can i sangat lah kan.

Sebenarnya dari masa meeting terdetik nak memblog, tiba buka lappy sangkut lak di FB, kemudian kisah Fatin Liyana yang baru balik Korea, dan tak semena-mena stalk Farah Lee. Ah, memang melalut betul. So, gitu gini tengok dah delay sejam dari masa asal..

To the point,

Beberapa hari dalam minggu yang lepas sebenarnya banyak perkara yang terjadi. Aku pun tak berapa pasti macam mana nak put into word. Meski demikian, tetap yang aku harapkan ada ibrah dan sesuatu yang kalian dapat selepas membaca entri yang akan menjadi agak panjang ini. (Kasi peluang aku lepas gian..)

Jumaat lepas, aku sebenarnya telah mengambil cuti.. khas untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan 13-13 yang salah seorang lagi akan menamatkan zaman bujang tahun depan. Plan asal telah dirancang sebulan yang lalu, untuk ke Melaka. Tapi tu lah, mana kita nak tau apa akan terjadi di masa depan.

Ada program IPT berlangsung pagi Sabtu tu. which is aku salah seorang ad-hoc. Makanya, plan sedikit berubah dimana kami pun memulakan kembara Jumaat dan Sabtu di sekitar PJ/KL dan Sabtu petang baru gerak ke Melaka. Dan seperti yang termaktub didalam AlQuran, kita merancang, Allah juga merancang. Abang long (pernah diceritakan dalam entri lalu) masuk ICU, tengahari Jumaat. Maka secara tak rasminya, keputusan yang sukar aku putuskan untuk tidak mengikuti kembara tersebut, dan pulang ke kampung halaman. Apapun terjadi family first. kan?

Ketika di program IPT, aku menjaga checkpoint bersama seorang kakak se-usrah, dia menceritakan betapa berusaha kerasnya beliau dalam menonjolkan peribadi muslim beliau terhadap persekitaran dunia kerjayanya.
"Kita biasa dengar orang bercerita tentang futur, Tapi bila kita tengok orang ni slow je dalam dakwah selepas mula bekerja. Kita takleh simply cakap oh dia ni da nampak tanda-tanda nak futur. It just, everything need time. Adaptation in work process, and show our best to our boss, its also part of dakwah." Ok banyak lagi la yang beliau sampaikan dan aku rasa betul juga apa yang beliau katakan.

Perkara yang sama pun ada diperkatakan oleh seorang lagi rakan. work load! ..

Tadi sebelum bermesyuarat, aku berjumpa dengan rakan baik di Universiti. Pun bercerita masalah. Tapi masalah bukan berkaitan usrah dan dakwah. Masalah rakan sekerja. See, semua orang pun ada masalah.

Sebenarnya, dalam dunia ni memang banyak sangat masalah, banyak sangat kerja, sama ada kerja pejabat. masalah bersama rakan-rakan, ahli keluarga dan masyarakat juga. Banyak yang tak terhingga, sama ada kita nak terus beralasan dalam menghadapinya, atau bear with it dan terus beurusaha untuk menyediakan ruang kepada diri kita menjadi lebih baik.

Hari-hari mendatang nampak macam makin susah. T_T pilihan semakin banyak; antara menjaga hati manusia, atau menjaga hati sendiri.. dan yang terbaik pastilah mengejar redha Allah meskipun dicelahan ranapnya hati-hati manusia.

Berdiri di tapak yang sama selama bertahun-tahun aku rasa juga menyesakkan, sudah masanya aku berfikir tentang hidup supaya dapat bergerak lebih laju dalam melangkah. Doakan.

* Maaf kepada pencinta Bahasa Melayu sekiranya entri ini tidak mememartabatkan bahasa ibunda.
** Dalam banyak siri luah perasaan diatas, aku lebih banyak menjadi pendengar dari memberi respon. tak sempat. So. aku spill kat sini pun ok kan? Esok kerjakan? Jadi aku stop sini dulu

Sekian, wassalam.

3 comments:

cikEff said...

salam tuan tanah!
ingat leh jumpa jumaat lepas, rupanya tak berjodoh :)
well-said. bila dah kerja lain kan? kita boleh tolong doakan utk kita masih di jalan ini. moga dapat jumpa nnt. syurga mungkin. kena uji tu, resam la kan?
maakillah :)

Merentas Horizon said...

TIMM!!! rindu.. ^______^ ya, ujian penentu syurga.. ya ramai yang bercadang mau ketemu pd Jumaat dan rata-ratanya juga tak ketemu.

moga Allah terus menjaga Tim sehingga kita berjumpa lagi :)

SaMihaH said...

betul sarah, tu baru cabran dunia berkerjaya.. membina BM, berkluarga kelak? lain pula masalah @ ujiannya..besarkan jiwa, nescaya masalah akan kelihatan kecil.. :)

doakan kita n sahabat2.. slow x bermakna akan futur, tp mengimbangkan antara DnT dan kehidupan.. teringat kata kak as, selagi kita masih di jalanNYA INI, kita akan terus bertemu n berjumpa lagi.. jaga diri!