Ia merupakan satu program yang sangat unik rasanya. Motif utamanya adalah untuk memperbanyakkan lagi anak muda berjiwa Abd Rahman bin Auf mahupun Uthman b Affan. Usahawan yang bijak berniaga dan tak kalah dalam iman kepada Allah :)
Punyalah banyak ilmu yang dikongsikan tapi ada satu yang selalu aku terkenangkan. Tentang keberkatan rezeki.
"Jika antum nampak satu pen, antum pulak tengah rushing dan perlu tulis satu perkara ni. Urgent. Antum guna tak pen tu? Sedangkan antum tak tau pun siapa owner pen tu"Waktu tu kan student, bila dengar tu macam, zass! kena sebijik! yelah kadang-kadang da lewat masuk kelas kan, kena tanda attendance lak tu.. main sapu je pen sesiapa je lah kan. tak tau pun sapa owner, main guna je.
Banyak benda, adalah kita rasa tak endah, dan mungkin tak perlu endah. Tapi sebenarnya sangat penting untuk di endah. Sebab apa? sebab setiap amal kita memang dicatat oleh malaikat kiri dan kanan. Takut kan?
Ada 2 kisah yang aku rasa sesuai di jadikan sumber untuk kita bermuhasabah dan koreksi diri.
1. Kisah tentang seorang penjual kayu api yang menggunakan serpihan kecil kayu api untuk mencungkil gigi (baca panjang)
2. Kisah Umar Abd Aziz yang memadamkan pelitanya kerana pelita milik negara, sedangkan dia mahu membincangkan tentang masalah peribadi keluarganya. (baca panjang)
Banyak benda yang kita kena ubah sebenarnya. Bila hidup kita semakin jauh dari zaman sahabat, apatah lagi di zaman Rasulullah bersama menunjuk betul atau salah.
Ok, this is just a token to ponder. Reflection.
1 comment:
bace entri kamu rasa cam dlm liqo' pulak..hehe
tu la sebabnya kena bersama bulatan gembira! :D
kita tak selamanya bleh brada di zon 'alam kampus' yg mane biah solehah nya terasa.. masa berlalu, fasa2 yg baru dengan suasana yg baru kita tempuhi.. selagi masih di jalan D & T insyaAllah peringatan utk bersama..
just my 2 cents..wallahu'alam
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Post a Comment