Sejak akhir-akhir ni aku perasan yang nescafe dah tak banyak memberi kesan keatas aku. Sebaliknya teh lebih memberi kesan yang ketara. Ok, tadi meting diorang serve teh panas. So? here I am at 12.13am :)
Ok, dah 13 hari tak menaip.. sebenarnya banyak kerja kita ni, manusia secara amnya. Pergi kerja, dengan kerja ofis. Balik kerja dengan aktiviti menambah ilmu agama, itu belum kira kain yang nak kena basuh, nak kena lipat. Maka, logiklah kan.. bila dah kerja ni susah bebeno nak update blog. He he he.
Oh ya.. tambahan pula aku dah kenal twitter kan. Maka, macamtulah
So selepas belajar, aku anggap blog ni dah macam aku punya track record lah.. nak check balik tarikh-tarikh penting. Now, mari listkan..
13/9/2013 (Jumaat) - Pulang ke kampung halaman (amik annual leave untuk preparation kahwin Naim)
14/9/2013 (Sabtu) - Ayah buat kenduri kecil-kecilan ajak orang masjid dan adik beradiknya, sempena esoknya nak menghantar Naim bernikah.
15/9/2013 (Ahad) - Menghantar pengantin ke Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Masa sekolah dulu ramai kawan-kawan aku duk Taman Bunga Raya. Nak beradik ipar baru aku tau kat mana rupanya taman tu. hehe :)
16/9/2013 (Isnin) - Fikri eksiden. tragis punya kes. Memang gempar, maka aku pun apply emergency leave untuk hari Selasa. So he was warded at Hospital Teluk Intan for a night. Berdasarkan scan semua ok, cuma kalau tanya dia, katanya still pening. Now, dia sedang MC till 3/10 nanti baru ada second check-up tengok lah result later macam mana. Hope everything just fine. Masa ni aku sedar, melihat atau mendepani orang eksiden lagi gabra. it was a nightmare. Masih terngiang-ngiang suara Amin "Mak Biki eksiden" sambil dia terketar-ketar nak cari kunci motor supaya dapat bergegas ke tapak kemalangan. He was unconscious from the incident until he was sent to the ward. Alhamdulillah, tak effect otak. Boleh ingat semua, boleh cam semua. So malam tu, dapatlah aku pengalaman menemankan orang warded untuk kira-kira 4 jam. Lepas tu mak yang jaga sampai esoknya :)
17/9/2013 (Selasa) - Pengantin baru yang rencananya nak balik ke Kg Gajah pada Khamis terpaksa mempercepatkan plan. Pagi tu sekitar jam 11 diorang sampai rumah. Kitorang pun gerak ke Hospital. Banyak dah boleh makan nampaknya. So assume ok lah tu. Dalam jam 3 macamtu aku dan Kak CT pun bergerak pulang ke PJ.
18/9/2013 (Rabu) - Ok after a long break, (5 hari cuti) masuk ofis. Petang tu terus sakit tekak, apa kes? Sakit tekak yang terus panas dalam. Cuti lagi esoknya.
19/9/2013 (Khamis) - Sebenarnya memang dah ammik cuti pun untuk Khamis, sempena Fikri nak konvo. pagi tu, aku layan kan dulu perasaan demam tu, nak tengahari baru gerak ke Behrang. Celebrate gitu gini.. (ok first time gi konvo siap berfamily-potrait-gambar-studio-bagai k) 6 lebih jugak la baru bertolak balik ke PJ.. Maafkan saya Kak Ct kerana terpaksa anda jadi driver disebabkan kesihatan saya yang tak begitu memberangsangkan.
20/9/2013 (Jumaat) - Aku ingat memang nak rilek-rilek lah Jumaat malam, tak alih-alih dapat sms ada mesyuarat nuqaba'. Ok, sambung ke mesyuarat tu. Tiba-tiba dapat sms dari orang yang terlibat dengan kemalangan Fikri minta ganti rugi. Cakap gitu gini. Hurm, susah jugak tetiba aku terlibat sama kan. Nampaknya, kena balik lagi lah ni. Setelkan hal ni pulak.
21/9/2013 (Sabtu) - Pagi-pagi join program Jog For Ummah Ikram Gombak. Kalau ikut boleh je nak cancel kan plan yang ni, then subuh-subuh terus gerak balik kampung. Tapi rasa macam tak bagus lak sebab melibatkan anak usrah .. So proceed program dulu. After program, dalam jam 12.30 baru bergerak pulang ke kampung. 1.30 ambil fikri dan dalam 3.30/4 macam tu sampai Kg Gajah. Bila dah sampai kampung baru senang nak berbincang ngan ayah dan encik yang terlibat kemalangan. At last both agree untuk bayar half half.
22/9/2013 (Ahad) - Disebabkan dari PJ dah lewat semalam, maka kena lah balik PJ lewat lewat sikit kan? dalam pukul 6 ayah jumpa wakil encik yang dilanggar, selesaikan semua isu wang bersama hitam putih pembayaran. Ok, mission accomplished! So, 6.30 kami bergerak pulang ke PJ.
Oh wow! what a hectic week! Its another chapter of a long week. Eh, baju tak lipat lagi!!! Kenapa aku duk menaip blog plak ni. lepas lipat baju nak kena buat poster, oleh itu. Sekian, Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment