budak praktikal tu ditukarkan ke cubical baru. cubical baru itu, betul-betul berhadapan dengan boss. sebelum dia di arahkan berpindah, baru sahaja dia menyampaikan kerisauan yang menjengahnya,
"lambat-laun sy yg end up dekat depan tu? harap2 tak payah la" - KMT
tak sampai beberapa masa, dia diarahkan pindah. dan aku hanya tergelak sebenarnya bercampur terkejut. aku rasa dia berat hati. tapi sebelum berpindah, dia ada berkata,
"oklah, akhirnya saya dapat duduk bawah aircond" - KMT
betapa memandang ke arah sisi baik sebenarnya banyak membantu kita untuk terus bergerak. meninggalkan yang perih, dan hanya fokus untuk mencapai yang terindah dan bahagia!
Abaikan herdikan dunia kerana dunia sering mengajar kita sisi buruk seperti busuknya jiwa kebanyakan manusia di dalamnya.
Ya Allah, mohon hatiku juga sepertinya.
Mampu memandang air yang separuh penuh didalam gelas, berbanding yang separuh kosong pada gelas yang sama.
Bahagia itu adalah sebuah pilihan. Berusahalah untuk memilikinya.
No comments:
Post a Comment