Nak dijadikan cerita masa meeting aku tak dapat pergi. Masa diorang start hebahan aku masih kat Jogja! Haha. Kesian yang contact aku via whatsapp tu, dah malam baru aku dapat reply (sebab takda data plan kan masa kt Jogja, mengharap ihsan wifi free kat hotel & homestay jer la)
Walaupun plan asal, kami target untuk 4 bot, dan peserta terkumpul seramai 40 orang. Namun pada akhirnya change of plan. Bot kami minta 3 dan peserta turn out to be 34 orang je.
Excited vs Nervous.
Mesti cam bengang jer kan, asyik nervous memanjang jer kerja aku ni. Aku excited sebab tak pernah candat sotong, mahupun overnight atas boat! Tapi dalam masa yang sama ada jugalah perkara-perkara yang mencemaskan aku. Sebab air! Namun nervous air ni takde la begitu mencemaskan berbanding nervous nak dapatkan peserta T.T
Sabtu, 7 Mei 2016.
Terminal Bas Sementara, Seksyen 13 Shah Alam.
Sejak sebelum jam 7.00 pagi para peserta dah mula berkumpul berhampiran tempat teksi dalam terminal. Banyak juga muka-muka baru yang pertama kali aku jumpa. Tapi ada juga yang dah dua tiga kali menyertai program GSB.
Peserta
Bersama pengiring di Shah Alam. Afiq, Akmal, Fareez, Irsyad.
Da balik awal Ismaliana :)
Kira-kira jam 8 pagi bas pun tiba di terminal. Semua pun dengan excited mengambil tempat di atas bas. Barang-barang pancing, memasak, beg besar, air mineral dan pelbagai lagi yang sama waktu dengannya di simpan di bawah bas. And, here we go. Till we meet again Shah Alam!
Terminal Putra LRT, Gombak.
Sekitar jam 9 pagi kami berhenti pula di Terminal Putra LRT Gombak. Ada 8 orang yang memaklumkan akan naik dari sini.
Bendahari program, Iwan. Datang hantar fulus. Pengiring Gombak.
Dan bas pun memulakan perjalanan. Berhenti sebentar di Genting Sempah untuk mana-mana individu yang belum berkesempatan sarapan.
Jeti Pulau Kapas, Marang.
Sampai di Jeti Pulau Kapas, masa tu da 3.30 petang. Berhenti makan sebentar, kemudian Solat Jamak di Masjid Marang yang terletak berhampiran. Mandi, salin baju dan bersiap untuk menaiki bot. Berkumpul di jeti untuk sesi taklimat dan taaruf. Pembahagian kumpulan dan kemudiannya, menuju ke bot masing-masing.
Naufal macam biasa, jawatan tetap MC
Alammak! kabur lak gambar Cikgu Fizi nih.
Bot ada 3 buah. 2 bot moden, 1 bot kayu. Pembahagian kumpulan pula adalah 12 + 12 + 10. Disebabkan kumpulan aku paling kecil, 10 orang. Maka, kami dapat duduk bot kayu. Kelebihan bot kayu, ada dapur!
Oh! Disebabkan aku ragu-ragu dengan kemampuan aku beraksi di atas laut, jadi sesiaplah aku telan ubat tahan mabuk sebelum naik bot. Ikhtiar kita sebagai hamba, semuanya pun masih pada susunan Allah nak beri segar atau tak. Kan?
Angkat sauh dan pelayaran pun bermula.
This is, Bot 1!
Masa kat jeti lagi, kami dah terkagum da dengan tekong bot. Dengan hensemnya duk depan kapal pakai kain sarung dan lebai putih. Idola betul pakcik ni tau! Tengok bot dari jauh pun dah jatuh cinta. Masuk bot, susun beg kat kerusi kemudian semua lepak kat depan bot. Layan langit senja. Cantiknya, Subhanallah!
Aku keep on dalam otak, aku tak ingat kata-kata siapa tapi one of GSB member lah
"Mabuk ni saiko jer.." ok Sarah, mabuk ni saiko jer. Ko tak mabuk! Steady k. Haa nampak kita saiko pulak diri sendiri. ^^,
Maghrib. Bergaya betul Pak Umar
Baru kira-kira 10 minit perjalanan, Kak Risya da start pening. Da dalam bot baru aku notis, yang mabuk laut ni ada 2 jenis. masa bot bergerak, dan masa bot berhenti.
1. Sembahyang atas bot masa bot tengah bergerak
2. Belajar nak tengok kiblat bila kita atas laut.
Ya Allah betapa besyukurnya dapat pakcik Umar ni as tekong. Memang semua nya pakcik lah yang banyak ajar. Pakcik steady solat atas bumbung bot! Gigih k nak amik wudhuk guna air mineral (lupa bawa spray. hmm) Tapi pakcik Umar steady, amik air laut jer.
Sebelum sauh berlabuh, kami duk lepak kat depan bot lah ambil angin malam. Sambil layan perasaan. Pelbagai perasaan lah. Yang nak mual melayan mual. Yang tak mual duk layan view. Brader awak-awak tu lagi steady, sebabkan kitorang duk penuhkan depan bot dan blok view dia, maka dia naik atas bot dan kontrol bot guna kaki je! Terbaik!
Akhirnya bot berhenti, dan kami pun mengambil posisi masing-masing. Pakcik Umar bagi relung candat sorang satu. Mana yang tak dapat relung candat tu, dapat lah joran. Letih gak menunggu sotong nih!
Lepas bot berhenti Kak Midah dan Ash pulak kecundang! Muntah-muntah. Masing-masing secure kubu semasing. Bila bot dah berhenti, haruslah berayun kuat. Kan kena pukul ombak. Mungkin itu boleh beri efek mual yang lebih dahsyat. Kak Risya pun sama, sambung lagi mabuk! Jadi selain yang ber-3 nih.. kami ber-7 yang lain meneruskan misi candat.
Lama jugaklah nak dapat first sotong. Aku rasa antara yang awal dapat sotong adalah Naja, dan awak-awak. Yang lain krik-krik belaka. Dah dalam pukul 10 tu macam tak nampak bayang lagi aku pun mula merasa mengantuk. Rasa macam duk dalam buai kan tu yang mengantuk kuat tu. Pastu aku tambat relung candat, ikut cadangan mirul lepak atas bumbung.
MasyaAllah !! Subhanallah. Inilah yang dikatakan bot ribuan bintang.. apa barang 5 bintang kan. hehe. Baring atas bot sambil usha bintang-bintang di langit lepas. Star gazing! Baring memandang langit sambil terbuai dengan ombak. Memang mengundang! Sedar-sedar aku dengar suara Mirul.
"Kak Sarah, kalau nak tidur kaki tu masuk kan dalam ni. (Merujuk kepada lubang kat bumbung kapal, tempat kami naik) Kang tak pasal-pasal dah hilang masuk laut"
Bahaha! Tak lama lepas tu Tokie ajak Una naik, so mirul di paksa turun. Hehe. Girls time this time. Ahaha, da kitorang bertiga je atas tu, memang sedap lah aku tidur. Sejam kemudian baru bangun. Hehe. (Tapi masa tidur tu 2x gak terjaga sebab badan macam tergerak sikit bila ombak pukul bot. Tekejut tau, habis nafas sat. Takut gak tergolek masuk laut)
Pukul 11 tu aku turun lepas dapat tidur selesa kan. Pegi kat candat, eh cam berat jer ni. Tarik punya tarik. Alhamdulillah! dapat lah seekor sotong laut dalam. Besar gak ni, sekaki setengah jugak aku rasa. Eksaited! Tapi tu jer lah, sekali! Cubaan seterusnya tak berjaya pulak.
Yeah, inilah sotong yang aku candat!
Masa ni, tetiba aku rasa perut dah lain macam. Kalau di biar terus aku syak memang akan muntah ni. Terus mendapatkan minyak cap kapak dan makan something. (Sebab aku percaya muntah ni selalu terjadi sebab kan angin mungkin perut kosong, tak makan) Alhamdulillah cara tu berhasil lepas makan sikit dan melumur minyak cap kapak.
Sebab da sejak Isyak sampai sekarang tak berapa nak ada sotongnya, maka Pak Umar pun ajak awak-awak bot pindah tempat. Mencuba nasib di tempat baru. Selepas sauh dilabuhkan, memasing pun melontar candat. Kali ni pun masih tak begitu menggembirakan. Aku tengok Kak Risha, Kak Midah dan Ash masih di alam fantasi mereka sendiri. Memang memasing ada port sendiri.
"Kak Sarah, nak masak tak sotong ni?" Tokie
Aku malas-malas je nak jawab. Sebab sotong tu bukan banyak pun. Huhu.
"Tunggu sikit lagi kut"
Da nak pukul 12 tu, rata-rata dah tidur. Aku dan Tokie layan Youtube seround, sebelum berhenti nampak Daus macam bergerak-gerak. Alamak, mengganggu Daus tidur ke? Terus stop layan youtube. By the way, amazing jugaklah sebab masa tengok tu memang tak buffer langsung internet. Laju! Tengah laut kut! Ahaha.
"Pakcik, kat sini pun macam tak banyak je sotong. Kita pergi tempat lain la pakcik"
"Air kuat ni, kalau macam ni kat mana-mana pun memang susah dapat sotong. Kita tunggu air lembut sikit"
Selepas sesi soal jawab tu, aku pun dah sedar tak sedar. Sebelum sebelum tu pola tidur aku: tidur sejam + berjaga setengah jam, then tidur lagi. Tapi kali terakhir aku tidur jam 1.30 tertidur terus sampai pukul 4 pagi. Ralat jugak rasanya.
Ahad, 8 Mei 2016.
Perairan Pulau Kapas, Terengganu
Dalam 4.20 pagi tu aku terjaga, aku nampak Pak Umar sedang bersiap-siap.
"Pakcik, kita nak pergi mana ni? Nak balik dah ke?"
"Kita pergi ke tempat kawan kamu (lagi 2 bot) Kalau kat sana juga masih tak ada sotong, kita balik"
Sauh diangkat. Motor dimulakan. Dan kami pun bergerak ke kawasan Bot 3 dan Bot 2.
Akhirnya!
Kat sini ada banyak giler sotong. Berenang-renang pulak tu kat permukaan laut. Bot 1 ni lengkap jugak peralaannya, siap ada sauk dan umpan mata kecil (untuk sotong kecil). Tiba-tiba Ash yang kecundang tadi pun dah ok! bersemangat betul nak menyauk sotong! Sibuk belaka lah Bot 1, nak mendapat kan sotong2 di laut. Kami menyauk/menjoran sehingga Subuh juga lah. Sampai aku pun terlupa pesan Yunuss suruh sampai jeti diantara jam 6 hingga 7 pagi. Excited sangat agaknya!
Kiri: Tokie tengah pilih sotong nak masak
Kanan: Awak-awak bot dan sotongs!
Tokie and Husna!
Lepas Subuh, bot pun da bergerak nak balik jeti Daus duk request untuk makan sotong atas bot. Lepas bincang ngan Pak Umar, Pak Umar bagi greenlight. Maka, Una dengan Tokie la harapan untuk mencuci sotong. Kak Risha dan Kak Midah memang masih di alam lain! Aku? hehe.
Lepas siap digaul dengan tepung, telur dan kunyit aku tolong hidupkan api je. Ash yang tolong gorengkan sotong. Meletup kuat ok sotong tu!
Gigih Ash menggoreng walaupun menyorok-nyorok jugaklah di balik dapur.
Brotherly sangat Ash.
Erm, ke Ash pun sedang lapar sotong goreng tepung? Hmm..
Aktiviti anak muda atas bot 1
Aktiviti anak muda atas bot 2
Ok, sampai semula ke peradaban~
[Daus, Mirul, Kak Midah, Kak Risya, Shafik, Naja, Pak Umar, Awak-awak, Ash
Husna, Aku, Tokie - Bot 1]
Sampai jeti, berjalan ke masjid. Mandi, sarapan dan bergerak ke Kuala Terengganu.
Yang paling menang masih Pak Umar!
Dari Marang kami bergerak ke Pasar Payang dan Kg Losong. Last sekali singgah Zohor di Masjid Kristal dan bergerak pulang ke Selangor!
Hasil tangkapan yang dibahagikan sorang sikit kepada ahli bas
Sampai di Shah Alam sekitar jam 11 malam dengan masing-masing mendapat 7-8 ekor sotong seorang. Waiting for Candat 2.0 ~
Rombongan Gombak dan hasil tangkapan
Rombongan Shah Alam dan hasil tangkapan
Alhamdulillah, program berjalan lancar. Selamat pergi, dan selamat pulang! Walaupun sotong tak banyak mana. Tapi pengalaman tu~ priceless!
p/s: Ntah bila lah gamaknya nak belajar renang. T.T wuwuwu.
Gambar kat Pasar Payang masa tengah tunggu bas sampai.
Menyerolang gak eh warna merah!
:: Sebuah lagi projek GEMA Selangor Backpackerz! ::
2 comments:
kalau ada rezeki nak join candat 2.0!
Haha.ok baru dpt baca kak!yeay. Hidup pak umar!
Post a Comment