Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

06 April 2018

Kopi.

Walaupun dah banyak kali membuat percubaan untuk berhenti kopi, tapi tetap kecundang.

Tadi, aku merayau di pasar seni, ada member dah terlalu gian nak makan tempat favorit dia dekat bumbung pasar seni tu. Jadi, sebab Jumaat rehat panjang kitorang pun pergilah ke Pasar Seni. Mengikut jarak, takdelah jauh medan pasar ni dari kampung baru. Tapi kolumpo ni kan, celah mana tah nye yang tak jem. Jem satu hal, salah jalan hal kedua, dan yang seterusnya cari parking. Menjadikanlah perjalanan tu terasa panjang. Ha, camtu.

Lepas makan, kitorang pun bergerak pulang, tapi aku rasa macam kena pi pekena kopi satlah alang-alang dah sampai medan pasar ni kan. kopi fancy kat dalam pasar seni ni, tak berapa feel, nak ke tea live jauh pulak nak kena ke lrt pasar seni. jadi fikir punya fikir, oklah pi gloria je lah, kat agro bank, satu hala nak ke parking.


Asal order aku nak kopi je, tak fikir pun nak panas atau sejuk. Aku terus tengok bahagian hot coffee, regular 12 oz, kalau large 16 oz. Which is aku pun takleh imagine saiz ni utk berapa besar tapi sebab harga akan beza rm1 je, maka aku ambil yang large. Tapi bila brader barista tu duk tanya nak yang panas ke? atas keterkejutan terus aku mintak ice coffee. Ahaha! Ice Coffee yang besar 24 oz. Zzzz. Aku pulak sejak batuk lama hujung tahun lepas dah jarang dah amik ais nih. Maka sekarang terkulat-kulatlah menghabiskan ice coffee 24 oz.

Ok apa yang aku nak cerita kat sini,

Bila kita membeli nih, selalu kita akan menimbang-nimbang, keuntungan yang kita dapat jika kita ambil lebih. Tapi sebenarnya, kita tak boleh habis pun dengan ke'untung'an tu. Sebabtu kawan-kawan, beli tu janganlah ikut cara orang. ikut cara kita je. kalau tak boleh habis 24oz, beli je yang mampu diminum, bukan mengejar 'untung' tu

Applicable untuk pelbagai situasi di dunia ini. Ni contoh ringkas je lah.

Sekian.

No comments: