Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 November 2020

Muadz Berkaca Mata

Hari ni Naim bawa Muadz cek mata, sebab dia keep on kerdip mata dan bila test baca tulisan kecil jauh sikit, dia da tak nampak.

Hasil checkup dengan optometris, ok memang rabun. 150-400. Tinggi tu! Oh my Muadz. Rasa baru lagi Muadz baby. 

Doc cakap kalau tak pakai spek cepat, ada potensi juling. So, nantikan kemunculan terbaru Muadz soon. Budak kaca mata.



Selamatlah mak ayahnya menjaga budak 6 tahun pakai cermin mata. Moga cermatlah, tak macam zaman aku dulu, kerap beno patah lah, pecahlah.

Makngah harap seiring masa, cermin mata tu dapat bantu Muadz turunkan power Muadz, biar yang tebal ni mak ngah dan ayah awak je.

19 November 2020

Pyramiden, Norway

Kadang-kadang perkara random ni, selalu jugak memberi percikan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Kadang tak gembira pun, sekadar memberi satu pengetahuan baru pun dah menyeronokkan, bukan?

Tadi aku tiba-tiba terklik pada satu pautan ni. Bandar pertama yang dalam senarai tu memang agak terkenal jugak sebab ada dalam satu filem Korea yang dibintangi oleh Song Joong Ki, Battleship Island. Bagi aku filem tu menarik jugak lah, walau pun dengarnya kontroversi filem tu kat Jepun. Ok takpe, sebab aku bukan nak reviu filem pun kat sini kan. Haha!

Dalam 5 senarai tu, aku tertarik pulak dengan bandar yang kat norway tu. Cantik lah pulak!

Aku salin dan tampal lah butiran tentang tempat ni untuk bacaan korang.

4. Pyramiden, Norway

Bandar ini telah ditinggalkan lebih 20 tahun yang lalu. Pada tahun 1910, bandar ini telah dijumpai oleh kerajaan Sweden dan kemudian dijual kepada Kesatuan Soviet pada 1927 untuk dijadikan kawasan perlombongan arang batu. Selepas perang dunia kedua, kawasan tersebut dibangunkan menjadi sebuah bandar yang dilengkapi dengan hospital, kolam renang, café, dan juga tanah perkuburan bagi penduduk di situ. Selepas kejatuhan pihak Kesatuan Soviet, perlombongan di situ merundum dan memaksa operasi di situ dihentikan pada tahun 1991. Kelompok penduduk yang terakhir di situ dipindahkan pada tahun 1998 dan sehingga kini bandar Pyramiden tidak berpenghuni.

Walau bagaimanapun, bandar Pyramiden kemudian dibuka sebagai tempat tarikan pelancong. Namun, harus diingatkan haiwan buas seperti beruang kutub selalu melawati kawasan tersebut. Dinasihatkan kepada pelancong yang ingin bermalam untuk membawa senapang sebagai langkah keselamatan. Atau pun tak perlu ke sana demi keselamatan diri.

Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-5-bandar-tidak-lagi-berpenghuni/

Jom gais, Norway? Hehe. Apa? takleh travel? Bleh, youtube kan ada! 

Haha, till then.

14 November 2020

Kerja menonton

Dulu aku ada seorang boss ni, dia ada satu idea yang bermain di fikiran. 
`Kan best kalau kerja aku tengok movie je, atau main game je. Pastu komen pasal benda tu`

Tu lah kata-kata boss aku dulu, nama dia Amir. Masa tu sekitar 2009/2010. Masa tu dia manage kitorang fresh grade. Bila kitorang stuck buat code, nanti dia datang tengok dan betulkan. Bila boss besar tau cara dia ajar kitorang macam tu terus kena banned dari pegang laptop 1 hari. Boss besar suruh ajar, bukan buatkan. 

Jadi sebabkan hari tu dia tak dapat pegang laptop, jadi dia banyak menghabiskan masa dengan berangan. Amir Amir, apalah dia buat sekarang.

Tapi sebenarnya sekarang dah ada kan job tu? Streamer or paid review. Apa yang kita pernah terfikir dulu, banyak je dah terwujud hari ni. So sama ada kita grab the chance untuk make it come true, atau tunggu je masa merealisasikan angan-angan kita.

*penat jugak sebenarnya menonton drama/movie ni. PKP/PKPB telah mengembalikan hobi aku yang satu ni.

Distracted

Semakin tua ni, semakin mudahnyalah nak tersasar dari tujuan asal. 

Semalam aku baca twitter Sir Kamarul. Kalau korang layan mesti tau, dia ni banyak share thread cerita pasal jenayah. first tweet dia macam seram2 misteri gitu.Jadi orang teka2 ni citer hantu ke. Sir kabo kalau nak layan cerita seram boleh ke Youtube Faizal Rozi Vlog atau Ossasuke Hikaru

Maka pagi ni, teringatkan suggestion sir, jadi aku pun on tab, klik youtube. Eh, Ryan ada video baru, collab dengan pewdewpie lagi! (ok game streaming among us je pun), ada pulak suggestion acoustic cover lagu Dive - Ed Sheran, klik plak yang tu. Tertengok pulak 2-3 cover, sebelum akhirnya aku teringat sebab sebenar aku on youtube! hahahaha.

So now, aku tengah on Youtube Faizal Rozi sambil menaip blog. Jangan tanya vlog FR ni seram ke dak, sebab tak leh fokus, aku tengah taip blog kan 😁

Oh, tapi kalau nak episod seram youtuber ni aku suggest korang tengok Laparpo siri nina bobo cari yang dia pergi tasik cermin, Ipoh. Bagi aku yang tu seram jugaklah. taktau kut korang tengok tak seram kan.

Okey, satu benda yang aku tak gemar bila tengkok youtube, banyak nauu iklan 😣

So, hey! siap satu content di pagi Sabtu nan permai. Harap tak membazirkan 5 minit korang membaca kesampahan ini. 

🤗

04 November 2020

Puteriku Sayang (2004)


Disebabkan ternampak twitter kak Maryam tentang lagu ni, jadi jomlah kita down memory lane sat. Teringat zaman-zaman matrik lak dengar lagu ni. Time matrik dulu, keluar outing beli walkman. Jadi kaset2 zaman tu, banyak la lagu2 nasyid nih. Baru habis sekolah kan, nak beli kaset bukan genre nasyid pun ada rasa bersalah sikit. Tapi memang lirik lagu nasyid dulu2 ni, menyentuh hati sangat. 

Ada yang tak pernah dengar? Tu lirik dia, nak dengar boleh cari kat Youtube. Yang versi aku layan dulu versi Hijjaz lah, tengok tadi ada versi Mestica jugak. Oh, saing2 dengan lagu ni dulu, aku suka jugak lagu Sebelum Terlena! a good muhasabah song, before a good sleep i think! Eh panjang lak. Enjoy gais, a lil throwback wouldnt harm i guess. right?

Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang, Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang, Kau bunga idaman