Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 November 2020

Pyramiden, Norway

Kadang-kadang perkara random ni, selalu jugak memberi percikan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Kadang tak gembira pun, sekadar memberi satu pengetahuan baru pun dah menyeronokkan, bukan?

Tadi aku tiba-tiba terklik pada satu pautan ni. Bandar pertama yang dalam senarai tu memang agak terkenal jugak sebab ada dalam satu filem Korea yang dibintangi oleh Song Joong Ki, Battleship Island. Bagi aku filem tu menarik jugak lah, walau pun dengarnya kontroversi filem tu kat Jepun. Ok takpe, sebab aku bukan nak reviu filem pun kat sini kan. Haha!

Dalam 5 senarai tu, aku tertarik pulak dengan bandar yang kat norway tu. Cantik lah pulak!

Aku salin dan tampal lah butiran tentang tempat ni untuk bacaan korang.

4. Pyramiden, Norway

Bandar ini telah ditinggalkan lebih 20 tahun yang lalu. Pada tahun 1910, bandar ini telah dijumpai oleh kerajaan Sweden dan kemudian dijual kepada Kesatuan Soviet pada 1927 untuk dijadikan kawasan perlombongan arang batu. Selepas perang dunia kedua, kawasan tersebut dibangunkan menjadi sebuah bandar yang dilengkapi dengan hospital, kolam renang, café, dan juga tanah perkuburan bagi penduduk di situ. Selepas kejatuhan pihak Kesatuan Soviet, perlombongan di situ merundum dan memaksa operasi di situ dihentikan pada tahun 1991. Kelompok penduduk yang terakhir di situ dipindahkan pada tahun 1998 dan sehingga kini bandar Pyramiden tidak berpenghuni.

Walau bagaimanapun, bandar Pyramiden kemudian dibuka sebagai tempat tarikan pelancong. Namun, harus diingatkan haiwan buas seperti beruang kutub selalu melawati kawasan tersebut. Dinasihatkan kepada pelancong yang ingin bermalam untuk membawa senapang sebagai langkah keselamatan. Atau pun tak perlu ke sana demi keselamatan diri.

Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-5-bandar-tidak-lagi-berpenghuni/

Jom gais, Norway? Hehe. Apa? takleh travel? Bleh, youtube kan ada! 

Haha, till then.

No comments: