Makin lembap rasa nak tulis blog. ok, 2021.Tak ada yang wow sangat bagi aku 2021 ni. Tapi ada lah a lil suprise here and there. Jom kita try summary sikit.
Awal tahun di mulakan dengan PKP kembali. Tiba-tiba kes Covid naik balik. On and off PKP, then renew SOP je la citer dia tahun ni. Dalam kekalutan PKP ni, aku terjebak dengan tiktok.. Biasalah, aku suka benda-benda bleh bersosial ni. So, terberkenalan lah dengan few people. Dan few jugak yang aku pernah jumpa in person.
Dapat anak buah baru, Medina. Baby PKP ni.
Plan mentenen seluruh Malaysia pun tak dapat nak run since state border tak buka. Bila border buka ada masalah lain pula. Jadi melepek je lah kat ofis. Kat ofis pulak macam tu gak lah, on and off, fully masuk ofis atau kerja dari rumah. Atau bergiliran. Tapi benda ni soon akan jadi sejarah dan ingatan aku kira. Gila ah, tak pernah terlintas dapat kerja dari rumah cam ni. Tak gitu? Lama gak lah kira nya sebab since 2020 kan. Cuma time 2020 tu time PKP seram sejuk. 2021 ni time PKP dia lebih bertenang.
Hujung-hujung PKP, kes spike gila di sebabkan varian delta tu. Hospital penuh, mesin oksigen terhad. Banyak kes perlu oksigen, dan di pantau ICU to the extend, doktor terpaksa pilih siapa yang dorang nak bagikan tabung oksigen tu. Tapi good side, terus laju pemberian vaksin.
Selain dari tiktok, aku jugak dah sangkut dengan game PUBG. Macam-macam drama jugak dalam pubg ni, yang lepak lobby semata nak curhat, yang suka maki macam dia paling bagus, yang join team nak cari pasangan. Aku pun sempat lah terjebak. Nasib cepat sedar. Tapi, itulah kan.. nama pun pengalaman. Lol, dah tua-tua buat pelik plak perangai kan.
Dah hujung-hujung ni, timbul plak varian baru lagi untuk Covid-19. Omicron! Nama dia macam hi-tech sangat. Di sebabkan varian baru ni, dah kena plak amik booster vaksin. Tapi up until now, tak tau lagi pun apa kesan yang omicron ni boleh bagi kat kita. (atau aku pun tak cukup study tentang this new varian)
Tiba-tiba Disember, banjir! Gempar betul banjir tahun ni. Lebih gempar lagi, tempat yang terkena banjir ni adalah unexpected place. Siapa sangka boleh banjir kat Shah Alam? Puchong? Dikala orang tengah standby di pantai timur. Tiba-tiba kat sini pulak yang kena. Banjir tau, bukan banjir kilat! Selain dua ni, banyak gak lah lagi yang kena banjir. Macam Hulu Langat, depa besa banjir kalau empangan lepaskan air. Tapi kali ni teruk dia lain maciam. Kalau dengar cerita orang terkena banjir ni, sedih dalam masa yang sama inspiring. How strong life hit them tapi depa tetap kena bangkit. Allahu, hampa memang kuat gais! Insan pilihan tuhan. Moga Allah gantikan yang lebih baik.
Oh. tahun ni dapat award 10 tahun bertahan di tempat kerja! Mantap sarah. haha. Jugak, eh ada bonus tahun ni! Alhamdulillah, meski pandemik. Ada gak rezeki dapat bonus. Ya Allah, berilah hidayah kepada majikanku. Amin.
Selain semua ni, di hujung-hujung ni aku selalu rasa space out dan not here, not there gitu. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab circle of friend yang makin mengecil. Ke aku terpengaruh dengan FOMO (fear of missing out)? Tapi sejak bila lak aku follow the trend apatah lagi takut ketinggalan kan? Entahlah. Banyak benda aku pun dah confuse. Aku cuba menerima yang setiap kita punya fasa tersendiri untuk menyinar dan bersinar. Bila kilauan tu dah agak-agak makin malap. Kau senyap-senyap je lah duk tepi. Do your best at your own capacity. kut?
Untuk 2022? Aku harap, aku lebih komited dalam perjalanan menuju Allah. ^^, Moga aku dapat mengakhiri umur dengan pengakhiran terbaik. Meski setelah segala noda dosa yang aku lakukan di 2021 dan sepanjang usia yang telah berlalu. Owh ya, doa yang sama jugak untuk korang yang tengah membaca ni. Selitkan aku sama dalam doa kalian. Aku masih mahu berteman dengan kalian orang baik.
Selamat Datang 2022, santai2 ya. Jangan terlalu laju, takut tak terkejar.
2 comments:
nak like je tapi xde button like @ love plak... jadinya kita komen lah....haha... moga kita terus bersahabat hingga ke syurga hendaknya...aminnn
InsyaAllah, amin! :)
Post a Comment